. Subuh .

Assalamualaikum.

Sekadar renungan, kenali tetamu anda yang bernama " Subuh ".
Ya Habiballah : Subuh

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku, " Assalamualaikum, " seru Subuh. Wa'laikumsalam," sahutku. Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar.

Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

" Tadi...,"kata Subuh dengan sayu, " ... aku baru sahaja melintasi satu tempat. Ku cari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satu pun tiada yang mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan air mata Subuh pun berlinangan.

Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

" Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya di sebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling aku suka adalah hidangan buah TAHAJJUD, puasku cari di bumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah TAHAJJUD dengan puas serta leka. "

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh."Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon AL-LAIL, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada roti SHIYAM, " cadangku pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat. " Roti itu ada tuan empunyanya, " kata Subuh.

" Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh. " Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas air mata tangisan." Pinta Subuh.

Aju agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?

Namun, aku tetap menjenguk ke dalam perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir penuh. Dan aku berdetik di dalam hati. Adakah ini petanda kemarau akan berakhir?

Tanpa berlengah lagi, ku bawa air tersebut pada Subuh, tetamu yang ku sanjungi, Dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman. " Subuh... ," seruku,"... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian, akan ku layan kau dengan sebaiknya, wahai Subuh."

Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan dipenuhi. " Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu." Dan aku akur dengan penjelasan Subuh.

" Subuh," ... seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi," ... sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?" " Insyaallah," jawab Subuh, " ... bukankah aku kekasih yang kau rindui?"

Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap " Assalamualaikum, " seru Subuh. " Wa'laikumsalam, " jawabku kembali. Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan ......

p/s : Apakah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak?

jawapannya ...... tersirat dalam diri.
wallahua'lam.wassalam.

.sekian.

. Sekali Lagi Diuji .

Assalamualaikum.


Apa yang hendak saya sampaikan hari ini hanyalah sekadar luahan hati. Kita tidak pernah terlepas daripada mengimbau apa yang telah berlaku pada masa lalu terutamanya apabila kita putus cinta. Walaupun pahit untuk ditelan tapi itulah kebenarannya. Apabila melakukan aktiviti seharian, semua yang berlaku dapat dilupakan begitu sahaja, TAPI... ada satu ketika, hati kita pasti akan tersentak. Igauan semalam datang kembali.

Mengapa mesti perasaan ini dirasa lagi? Pedih. Hanya tangisan yang berderai di lubuk hati yang paling dalam bertopengkan wajah yang ceria diluarnya. Kaki melangkah untuk melakukan rutin harian setiap hari, cuba untuk tidak mempedulikan apa yang dirasa namun fikiran tidak dapat berhenti mengganggu. Igauan semalam, sejarah silam tidak mahu diingat lagi tapi semalam, apa yang berlaku betul-betul membuatkan perasaan ini merasai lagi apa yang pernah dirasai dulu.

Ku renung sejenak, cuba meredakan hati sambil melihat ke luar jendela. Ya, muhasabah diri, itulah yang harus dilakukan. Hati sebak, hati sedih, hati pilu mengenangkan masa lalu.

.Duhai hati.

Bila kamu putus cinta, pandanglah ke hadapan. Masih ramai manusia yang mencintai kamu. Malah, Allah S.W.T. tidak pernah putus cinta-Nya kepada kamu. Kenapa bila kamu putus cinta
dengan seorang manusia, kamu hendak memutuskan cinta segala-galanya?

.Hatiku.

Jika yang lalu datang kembali, jika yang lalu cuba menyingkap tirai lama yang telah lama ditutup, maka biarkanlah sahaja. Sememangnya kita tidak dapat lari dari perasaan ini tapi biarkan sahaja. Kita bukan yang dahulu lagi, yang tersesat dalam dunia penuh kegelapan. Kita telah tinggalkan jalan itu, menyedari hakikat yang sebenar berteraskan hidayah Allah S.W.T. Alhamdulillah dan moga ia berkekalan. Berdoalah kepada-Nya agar perasaan ini reda dari mengingati masa lalu.

Ya Allah, kuatkanlah hati ini Ya Allah, hanya kepada-Mu sahaja aku sandarkan cinta ini Ya Allah. Sesungguhnya Cinta Allah Cinta Abadi.
Amin.

.sekian.

. Resepi Kek Perkahwinan .

Assalammualaikum.



Apa habaq sahabat2 sekelian. jom baca resepi2 perkahwinan.

Bahan :

1 lelaki sihat.
1 wanita sihat.
100% komitmen.
2 pasang restu orang tua.
1 botol kasih sayang murni.

Perisa :

1 buku besar humor.
25 gram rekreasi.
1 bungkus doa.
2 sudu teh telefon.
5 kali ibadah/hari.

Semuanya diadun hingga rata dan mengembang.

Tip :

Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.

Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan ( sebaiknya dibeli di pusat beli belah bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin. )

Jangan beli di pasar yang bernama DISKO atau PARTI kerana walaupun modelnya bagus dan harum baunya tapi kadangkala menipu pelanggan atau kadang menggunakan zat pewarna yang dapat merosak kesihatan.

Gunakanlah kasih sayang cap ' DAKWAH ' yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari Kementerian Kesihatan dan Kerohanian.

Cara Memasak :

Lelaki dan wanita dicuci bersih, buang semua masa lalunya sehingga tersisa niat yang murni.

Siapkan loyang yang telah disapu dengan komitmen dan restu orang tua dengan rata.

Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panggang dengan api yang rata sekitar 30 minit di depan penghulu.

Biarkan didalam loyang tadi dan sirami dengan perisanya.

Kek perkahwinan sedia dinikmati.

Catatan :

Kek ini dapat dinnikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati dalam keadaan hangat. Tapi kalau sudah agak dingin, tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi sesuai selera, serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi ketuhar berjenama ' Tempat Ibadah '.

Setelah mulai hangat, jangan lupa menghubungi bila berjauhan.

Selamat mencuba, dijamin semuanya halal.

. sekian.

. Salam Ramadhan .

Assalammualaikum.

Ramadhan datang lagi. Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia.

Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurniakanNya. Allah juga akan melipat gandakan rahmat bagi mereka yang sentiasa bersyukur.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya.

So, selamat menunaikan ibadah puasa semua. :)

.sekian.

. Follower Bertuah ke 3ooo!! .

Assalammualaikum.

Apa habaq semua? dah lama aku tak update. blog pun dah bersawang. siap labah-labah buat sarang lagi. ngeeee .almaklumlah bz memanjang.

Disebabkan kesibukan yang melampaui batasan, hari nie aku just nak perkenalkan follower bertuah aku yang ke 3ooo!

Aku pun tak sangka masih ada jugak orang nak folo aku, walaupun aku jarang update sekarang. terima kasih banyak2 la no pada sapa2 yang sudi folo blog aku.

Berbalik pada cerita asal, follower bertuah blog mizzapple jatuh kepada.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



nak tau sapa ika nie. p la tengok sendiri no. aku pun tak berapa nak kenal. hehe

to ika : terima kasih banyak2 la folo blog ceq na. singgah2 la selalu. jangan folo ja, tapi tak singgah. ok, keep in touch. touch n go!

.sekian.

. Perjalanan Hidup .

Assalammualaikum.



Hidup ini Indah.
Walau bersulam lara dan gundah.
Kaki mesti terus melangkah.
Dalam pencarian sebuah arah.
Andai tersadung atau rebah.
Bukan beerti mesti mengalah.


Dalam retak menanti belah.
Biar langkah terpaksa dipapah.
Biar segunung cabaran melimpah.
Jangan disebut ungkapan kalah.


Hidup tak sendirian.
Tak tersisih keseorangan.
Masih ada yang sayang.
Kekasih dan kawan masih boleh diharapkan.
Walau tak mengharap secebis ihsan.


.sekian.

. Tragedi Satu Petang .

Assalammualaikum.

Ketika Mia hendak pulang dari tempat kerjanya, Mia bertemu dengan seorang gadis yang sedang merintih menangis kesakitan didepan bangunan pejabatnya. Mia tak sampai hati membiarkan gadis itu lalu menegurnya. Mungkin Mia boleh menghulurkan bantuan kerana tangisan gadis itu seperti sedang menghadapi kesukaran atau kesakitan.

"Dik, kenapa menangis kat sini? Adik kenapa?"

Gadis itu mengangkat muka lalu melihat orang yang menegurnya. Dia mengelap air mata kerana terasa segan dengan kelakuannya.

" Saya dihalau dari rumah dan tiada tempat untuk pergi."

Mia tertelan air liur, besar betul masalah budak ini tapi kalau tak dihulurkan bantuan rasa kasihan menyelubungi dirinya. Mia berfikir jauh, dia mesti bantu gadis ni. Kalau gadis muda ni bertemu dengan salah orang habis rosak binasa dirinya. Mia mengambil keputusan membawa gadis ini pulang sementara Mia mencari jalan untuk mencari tempat tinggal gadis ini, atau mungkin menghantar gadis ini kerumah pengasih atau dimana-mana asalkan gadis ini selamat.

" Mari ikut akak balik dulu. Nanti kita fikirkan tempat tinggal yang sesuai untuk adik. Oh ya, nama adik siapa?"

" Saya Qaisara." Qaisara memandang wajah Mia, berjurai air matanya meleleh kerana ada yang sudi menghulurkan bantuan padanya. Qaisara akur dan mengikut Mia pulang kerumah.

Di rumah, Qaisara senyap sahaja, sepatah ditanya sepatah yang dia jawab. Mia juga tak mahu memaksa Qaisara menceritakan segala-galanya dalam masa terdekat. Mia mahu Qaisara berehat dan menenangkan fikirannya dahulu. Mia benar-benar kasihan melihat anak gadis terbiar begitu.

Qaisara baring di sofa setelah diberi makan. Kini diberi bantal dan selimut. Walaupun terasa selesa dan selamat namun hatinya gusar bagai ingin meletup. Ada perkara yang mengganggu ketenangannya yang membuatkan air matanya sekejap-sekejap mengalir. Kakak yang menolongnya tadi sudah masuk kebilik.

"Ibu! Ibu! Mana Ibu?" Suara dalam mimpinya mengganggu lenanya. Qaisara terjaga dari tidur sambil tercungap-cungap. Rupanya dia bermimpi, matanya terkebil-kebil. Qaisara cuba melelapkan matanya namun yang terdengar ditelinga hanya bunyi kipas siling berpusing. Qaisara pusing ke kiri dan kanan, ditariknya selimut. Terasa panas dia menolak selimut itu, Qaisara betulkan bantal dikepalanya, semua serba tak kena. Sehingga dia sendiri tak perasan bila dia benar-benar terlelap.

"Uwek! Uwek!! Uwekkk!"
Bunyi tangisan bayi membuat Qaisara terkejut. Qaisara berjalan ke arah bunyi tangisan bayi itu. Perlahan-lahan dia menghampiri tubuh kecil yang sedang tergolek di tepi jalan. Qaisara mengcangkung lalu memegang tubuh kecil itu dan menarik perlahan untuk melihat wajah bayi itu.

"Aaaaaaaaaa!!!" Qaisara termengah-mengah, rupanya dia bermimpi. Mimpinya begitu ngeri, bayi itu berdarah dan dihurung semut. Qaisara terus terduduk.

Mia terjaga mendengar jeritan Qaisara dan terus keluar dari bilik mendapatkannya. Mia menghampiri Qaisara.

"Kenapa? Mengingau ke?" Qaisara mengangguk-angguk kepala.

"Istighfar banyak-banyak, tadi sebelum tidur solat Isyak tak? Tu atas meja sana akak dah letak kain telekung dan juga sejadah." Qaisara geleng kepala.

"Kenapa? Datang bulan ya." Qaisara geleng kepala lagi. Mia mulai berkerut, dia berasa hairan kenapa budak ini tak boleh solat. Mungkin gadis ini tak diajar cara untuk bersolat atau dia memang tak dididik.

"Dah, dah... tidurlah semula. Kalau boleh, baca apa-apa surah yang adik tahu." Mia bangun dan dia berjalan perlahan untuk masuk ke dalam bilik semula.

"Kak, saya... saya tak boleh solat, baru lepas bersalin." suara Qaisara terketar-ketar. Kaki Mia terhenti, Mia mula berkerut tak faham. Dia berpusing semula mengadap Qaisara.

"Saya berdosa kak, saya dah buang bayi saya kat depan surau bangunan akak keja tadi."

"Astaghfirullahalazim... bila? Petang tadi? Kenapa kau tak cerita masalah kau? Kenapa kau ambil jalan singkat? Macam mana ni? Rasanya tak ada orang ke surau sebab petang tadi semua orang dah balik keja. Jap, akak salin baju kita ke sana." Mia terkejut dengan pengakuan Qaisara.

Mia tergesa-gesa bersiap, dalam kepalanya terlalu banyak yang difikirkan. Patutlah, Qaisara jalan seperti sakit perut. Patutlah tak boleh solat dan patutlah dia begitu sedih. Mia juga takut jika bayi itu kelaparan dan tak boleh diselamatkan, Mia cepat-cepat memandu kereta ke bangunan tempat kerjanya. Mia terus meluru turun tanpa menghiraukan Qaisara sebaik sahaja sampai dibangunan itu.

Dari jauh, Mia mengamati kalau ada dengar suara bayi menangis, hatinya semakin runsing kerana keadaan begitu senyap. Apalah nasib bayi yang tak berdosa tu, Mia benar-benar risau mengalahkan dia adalah ibu bayi itu.

Mia nampak tubuh kecil yang berbalut kain batik didepan pintu surau. Mia terus meluru ke arah bayi itu. Bayi itu diangkatnya, comel betul bayi tu. Bayi tu selamat, nasib baik tak dihurung ulat atau semut. Bayi tu menangis sebaik sahaja diangkat.

"Nah! susukan bayi ni cepat, dia lapar." marah Mia pada Qaisara. Qaisara menyambut dan menyusukan bayinya dengan air mata yang tidak berhenti-henti mengalir. Dia bersyukur kerana masih berkesempatan menjaga bayinya. Dia berjanji untuk menjaga bayinya dan tidak mahu melakukan dosa lagi.

Mia tiada pilihan, dia terpaksa menghantar Qaisara dan bayi tu ke rumah pengasih. Dia mahu Qaisara belajar selok-belok agama dan jadi orang berguna.

moralofstory : jauhi zina dan elakkan maksiat.

.sekian.

.Takziah : Seorang Lagi Rakan Blogger Telah Meninggalkan Kita.

Assalammualaikum.

Takziah untuk keluarga arwah hakim @ telordibasuh. Hari ni beliau telah pergi menghadap Ilahi kerana penyakit asma. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

aku dapat berita ni dari blog SK. selalu jugak aku jenguk blog beliau. rasa macam xpercaya pulak dia dah xde.

nak tau maklumat lanjut boleh rujuk

SINI

dan

SINI

marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah.

.al-fatihah.

. Selamat Hari Ibu Mama .

Assalammualaikum.

Selamat Hari Ibu Mama!
Mama adalah insan yang paling bermakna dalam hidupku.

Kerana Mama Yang Melahirkanku.
Kerana Mama Yang Membesarkanku.
Kerana Mama Yang Menjaga dan Merawatku sewaktu aku sakit.
Kerana Mama Yang Menyuap dan Menidurkanku.
Kerana Mama Yang Menasihati dan Mendoakanku.
Kerana Mama Yang Sentiasa Memeluk dan Menciumku.
Kerana Mama Selalu Disampingku disaat Susah dan Senang.
Kerana Mama Aku Berjaya hari ini.

Tak terbalas Jasamu Mama.
Kaulah Ratu Hatiku.

Doa untuk Mama.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Ya ALLAH Ya Tuhanku.
Rendahkan suaraku, perindahkan ucapanku, dan lembutkan hatiku untuk Mama.
Berilah Ia balasan sebaik-baiknya atas didikannya padaku.
Peliharalah Dia sebagaimana Dia Peliharaku.

Ya ALLAH Ya Tuhanku.
Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya.
Sebagaimana Dia mengasihaniku sejak kecil.
Murahkanlah Rezekinya dan panjangkan usianya.
Berilah Keberkatan Di Dunia Juga Akhirat dalam hidup kami sekeluarga.

Sesungguhnya Engkaulah Yang Memiliki Semua Kurniaan Maha Agung dan Engkaulah Yang Maha Pengasih diantara Semua Pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.

Mawar Untuk Mama.


.sekian.

. Cinta Perciciran .

Assalammualaikum.


Apa habaq semua. sihat ka? mudah-mudahan sihat lah ya. jom baca kisah sepupu ceq.

sekadar gambar hiasan. nak mampuih aku buh gambaq dia.

Kalau tengok sekali imbas, macam Lisa Surihani, Kalau tengok betul2 macam anak arab pun ada, memang cun memang cantik. Zulaikha memang berbangga dengan kecantikan dirinya. Bagi Zulaikha cukup bagi dia dengan hanya memiliki kecantikan yang semulajadi. Tak perlu belajaq tinggi, buat apa, nanti dah kawen ke dapuq jugak. Zulaikha memang tak kisah tercicir kat belakang, kalau pegang duit mesti tercicir duit, sampai dia digelar Zulaikha cicir.

Mmm.. orang nak cakap apa cakaplah, depa tu dengki dengan kecantikannya. Masalah cicir ni bagi dia bukannya besaq sangat. Bulan lepas sepupu kami kawen, sebaya pulak tu. Mak Zulaikha mula berletiaq dahlah tercicir dalam pelajaran, ni tak kawen2 pulak.

" Tu lah hang, sekarang dah tercicir, anak mak ngah hang tu yang kawen dulu, esok orang dah beranak pinak hang tu jadi anak dara tua pulak. "

Zulaikha awal2 lagi dah kemaskan baju nak kerumah mak ngah, nanti kalau lambat tercicir pulak dia kat belakang.

Riuh betul hari tu, semua saudara mara datang, semua puji kecantikan Zulaikha. Makin besaq makin cantik anak dara ni. Mak Haris memuji Zulaikha. Dari belakang mak Zulaikha hanya mencebik. Ini sudah baik. Peluangnya semakin terbuka. Zulaikha control cun hari tu, setiap langkah nya penuh berjaga-jaga agar tiada yang tercicir, bagi telur dekat orang bertandang pun perlahan-lahan, menampakkan kesopanan Zulaikha hari tu membuatkan ramai yang terpegun termasuklah Haris.

Mmm.. Petang tu setelah selesai kenduri Zulaikha bersandar tepi dinding mengadap ke TV. Penat betul rasanya, dekat luaq Haris dan sekumpulan lelaki sedang berborak. Sementara tunggu turn nak mandi, sesekali Zulaikha jeling ke arah Haris, tak silap lagi Haris jugak menjeling ke arahnya. Digentel2 kain tuala yang berisikan pakaian, Zulaikha rasa menggelabah sikit. Berdebar-debar hatinya.

" Hah! Zulaikha, bilik ayaq dah kosong, tadi kata nak mandi. "

Zulaikha bangun dengan teratur sekali. Dia terpaksa melintas di hadapan Haris. Makin berdegup jantungnya. Tiba-tiba langkahnya terhenti.

" Zulaikha! " Tak lain tak bukan itu suara Haris menyapa. Makin kencang turun naik dadanya. Zulaikha toleh ke belakang dengan senyuman paling menawan.

" Ni ada kain tercicir . " Haris mengangkat dan menghulurkan padanya. Suasana menjadi gamat dengan hilaian ketawa. Merah muka Zulaikha. Tak patut depa ni ketawa. Zulaikha terus lari masuk bilik mandi. Zulaikha menangis. Tapi memang tak patut Zulaikha cicirkan seluar keciknya. Mana taknya orang ketawa, bila fikir sekali lagi dia pun ketawa sendirian. Zulaikha keluaq dari bilik ayaq dengan muka selamba seperti takdak apa-apa yang berlaku. Sejak hari tu Zulaikha amat berhati-hati dengan sikapnya sendiri agar pisang tak berbuah dua kali.

Dua hari lepas, Zulaikha di pinang Haris. Tak sia-sialah seluar keciknya jatuh tercicir sehingga Haris tak boleh lupakannya.

* haha. malu giler! anda ada cite menarik, jom la kongsi!

.sekian.

. Awas! Penipuan Lelaki di Internet! .

Assalammualaikum.

Cinta Internet ada yang berpanjangan hingga ke jinjang pelamin, malah hidup bahagia. Tapi ada juga yang sebaliknya. Cinta alam maya kebanyakkannya bersifat dusta dan punya agenda disebaliknya. Jom kita tengok ciri-ciri lelaki penipu di Internet.

1. Dia Menggunakan Gambar Lama.
  • Wajah yang kacak, tubuh yang tegap, kata2 yang sangat romantis adalah ciri2 lelaki idaman yang menjadi perhatian wanita. Ini kerana mereka beranggapan lelaki inilah yang akan menyayangi mereka sepanjang hayat.
  • Realitinya, tidak semua yang indah itu adalah manis untuk dikenang dan tidak semua lelaki jujur. Salah satu taktik mereka adalah dengan meletakkan gambar lama atau gambar lelaki lain yang kacak.
  • Berhati2 lah, jangan terlalu teruja apabila anda mengenali lelaki di Internet. Jangan sampai anda terpedaya dan menyerahkan segalanya.
2. Menipu Tentang Umur.
  • Selain wajah kacak, mereka juga boleh menipu latar belakang diri mereka.
  • Dia menyatakan umurnya 35 tahun sedangkan hakikatnya, dia berusia 20 tahun atau mungkin juga 50 tahun.
  • Mereka menipu kerana mereka tahu wanita memang suka lelaki yang matang. Untuk memikat anda, mereka sanggup menggunakan apa saja. Siapa yang tertipu? Andalah wanita yang terlalu mudah mempercayai orang lain.
3. Jadilah Diri Anda.
  • Biodata diri sangat penting untuk pengenalan diri seseorang individu. Jadi apabila anda memperkenalkan diri seeloknya anda bersikap jujur saja kerana jika anda menipu, lama-kelamaan rahsia akan terbongkar juga.
  • Ketika itu, kalau rasa cinta sudah membuak, anda mungkin berisiko kehilangan orang yang anda sayangi.
  • Bersikap jujur adalah sangat dituntut, ini kerana anda mahu hidup bersamanya selama-lamanya.
4. Tidak Mahu Berterus Terang.
  • Lelaki yang berniat untuk menipu terutamanya yang sudah berumah tangga selalunya sangat susah untuk bercakap tentang perkahwinan. Mereka akan mengelak dari bercakap hal ini.
  • Jadi bila anda mengenali seorang lelaki dan mahu mengujinya nyatakan impian tentang perkahwinan, berapa orang anak yang anak mahu dan sebagainya.
  • Jika anda rasakan dia agak sukar berbicara soal perkahwinan, fikir-fikirlah sendiri apa yang patut anda lakukan kerana lelaki begini biasanya hanya mahu berseronok sahaja tanpa memikirkan masa depan.
"Beringat-ingatlah sebelum kena
kalau dah kena menyesal tak guna"

.sekian.

. Contest Review Blog Fix Computer Problems .

Assalammualaikum.

Ni contest kedua aku join. Contest ni dianjurkan oleh saudara MJ. Blog yang memberikan informasi bermanfaat kepada peminat komputer dan IT. Blog yang dimaksudkan adalah myglobalnetworks.com.

ok. kita mulakan review pertama.

.Mengenai myglobalnetworks.com.

Blog yang berasaskan komputer dan IT memang selari dengan beliau kerana beliau pakar dalam bidang komputer. dari pemikiran saya design blog ni harus dititikberatkan kerana sebagai pengunjung, kita selalu beranggapan bahawa dunia IT mempunyai teknologi yang canggih, oleh itu blog tersebut harus mempunyai design yang cantik dan menarik.

.Header blog.

Header sangat penting kerana dengan header dapat meningkatkan pengunjung ke blog kita. dari pikiran saya, header fix computer problems perlu ditukar kerana sebagai blog yang berasaskan komputer dan IT seeloknya diletak gambar berkenaan komputer dan IT.

.Entri blog.

Entri didalam blog fix computer problems memang bersesuaian dan memenuhi kehendak pengunjung yang ingin mengetahui tentang dunia komputer. seeloknya juga disetiap entri diletakkan gambar atau video yang bersesuaian bagi menarik minat pengunjung.

.Kesimpulan.

Blog fix computer problems memang sesuai dikunjungi bagi peminat2 komputer dan IT. Tak banyak yang perlu diubah, hanya sedikit saja. Rasanya ni saja yang mampu aku review. aku pun bukan pandai sangat nak review blog orang. akhir sekali. pada sapa2 yang nak join. boleh klik SINI.

Hadiah agak lumayan. wang terkumpul sebanyak RM 700.00 untuk tempat 1 hingga 3. so, apalagi jom la join reramai.

. Al-Kisah Mat Bulu .

Assalammualaikum.

Apa habaq semua. dah lama xupdate blog. ada yang rindu dak? keke. jom layan cerita kt bawah nih.

sekadar gambar hiasan

Aku cukup heran tengok mak. Nampak ja macam biasa, tapi dada berisi. ( ilmu ) Mak kalau bab agama memang ' ada keles '. Kekadang mak ajaq orang ngaji, kekadang mak ngajaq fardu ain bagi kaum ibu. Namun begitu, aku sebagai anak mak, nampak gaya adela sikit mengikut jejak langkah mak. Rasanya ilmu tu ada cuma amalnya yang macam ada tak ada ja. Kena pulak dah besaq panjang, mak aku dah tak daya nak teguq.

" Amalkan ayat Kursi tu hari-hari buat pelindung diri " Mak selalu pesan.

Aku iyekan ja. Dulu aku hafal tapi kadang-kadang bila baca balik, ingat-ingat lupa. Susah-susah dalam Quran ada, baca ja, hapal belakang kira.

Malam tu aku balik keja lewat, kena buat overtime. Habis ja bedal nasi bawah saji aku terus landing atas katil empuk aku. Isyak karang-karang pun boleh buat, tu pun kalau jaga. Tak sampai seminit aku dah hanyut. Camni alamatnya Subuh pun tak jumpak, biasanya bila dah penat gila camni la, jaga terus siap-siap nak pergi keja. Tapi malam tu lain pulak jadinya.

Tiba-tiba aku tersedar, rasa hati lain macam ja, macam ada orang dalam bilik aku ( selain dari akulah tu! ). Malam tu bulan terang mengambang tapi yang peliknya takdak bunyi sekoq pun cengkerik masa tu. Sunyi lain macam ja! Dalam mata aku dok terkebil-kebil, telinga aku terdengaq bunyi macam orang berdengkur. Setahu aku dalam rumah ni takdak orang tidoq berdengkur. Dalam kesamaran malam, mata aku dapat memfokus satu lembaga hitam yang terkujur disisiku. Alamak aih! pebenda pulak nih!

Dalam kegabraan yang tak terhingga tu aku jadi kaku, nak angkat satu jari pun tak daya rasanya, Tak tau la nak cakap apa, takdak kudrat ka atau tak berani sesangat-sangat sampaikan nak berganjak satu hun pun tak dapat. Dada toksah cakaplah, kalah rebana ubi dentumannya, kira boleh dengaq sebijik-sebijik. Dub-dab! Dub-dab! Dub-dab! Peluh tak payah kiralah, rasa macam berjoging, habis basah tilam, ( kot campuq dengan ayaq kencing, tu aku kurang periksa! )

Baca ayat Kursi! Dah dekat sepuluh minit menggelabah baru aku teringat pesan mak. Baru masuk ayat kedua aku dan berenti. lupa! Hissh! Apsallah aku tak hafal! Aku cuba lagi sekali, gagal lagi! Mungkin aku panik kot, tu yang habis tak ingat tu! Rileks. Tarik nafas. Cubaan ketiga. Ingat-ingat lupa tapi aku bantai ja. Janji baca!

Tiba-tiba bunyi dengkur tu berhenti. betul ka ayat aku baca tadi? Menjadi ka ni? Belum sempat tarik nafas lega, benda-alah tu bergolek merapatkan tubuhnya ke tubuh aku. Terasa lengannya yang berbulu bergesel dengan tangan aku. Rasa macam nak menjerit, takut bercampuq dengan geli tapi suara aku tak keluaq.

" Ayat Kursi konon, macam reti! " Lembaga hitam tu bersuara, bergema macam dalam gua. Rasa nak pengsan. kalau pengsan pun bagus, kurang-kurang aku tak payah menghadapinya tapi aku tak pengsan-pengsan jugak. Camna ni!!! Mati la aku kali ni! Aku pejam mata rapat-rapat.

Tiba-tiba aku terdengaq bunyi pintu bilik aku ditolak dan bunyi suis lampu dibuka. terdengaq suara mak membaca sesuatu dengan nada yang keras. Aku tak berani buka mata.

" Qu.. bangun! Mak ni. bangun nak! " suara mak tenang. Pelan-pelan aku buka mata. Mak senyum. Aku toleh ke sisi. Memang benda tu dah takdak tapi cadar kat belah tu dah kusut masai.

" Ni mesti belum sembahyang Isyak ni, kan?! Aku ngangguk mengiakan. Malam tu aku sembahyang Isyak, sunat hajat dan tahjud sekali. Lepas tu aku baca Quran sampai bunyi azan Subuh. Lepas sembahyang Subuh baru aku tidoq balik. Esoknya aku tak p keja. M.C.! Ni semua gara-gara mat bulu. tapi semua tu ada hikmahnya, tak gitu?!!

*************************************************************************************************************
Ni cerita lama. sapa ada kisah2 yang menyeramkan jom la kongsi bersama. ce cite ce cite

.CP : Kenangan Bersama Guruku. Part : 6.

Assalammualaikum.


Sambungan dari CP Part 5. Apakah damia menerima lamaran Cikgu Riduan?

" Damia tak mahu. Damia nak belajar lagi ", tegas sekali ucapanku. Ibu kelihatan tersenyum.

" Ibu pun rasa payah nak terima, kerana Damia perlu belajar lagi ", jawab ibuku.

Dua minggu selepas itu aku menerima sepucuk surat yang bercop Hawaii pada envelopnya. Aku agak kaget kerana aku tidak mempunyai siapa pun kenalan di Hawaii. Aku membuka perlahan surat itu dan mataku terus pada tandatangan surat itu. Cikgu Riduan. Aku tambah tergamam.

" Damia Qumaira, cikgu tak sangka pinangan cikgu ditolak. Sejak pertama kali cikgu melihatmu ada sesuatu yang mendesak cikgu untuk menghantar rombongan peminangan itu. Tapi tak sangka pinangan cikgu itu tak diterima.

Cikgu kini berada di Hawaii meneruskan pelajaran selama enam tahun. Kalaulah Damia setuju kita tentu dapat bersama selepas cikgu pulang dan waktu itu Damia juga tentu telah tamat pelajaran yang sepatutnya. Malang, itu cuma angan-angan cikgu sahaja.


Agaknya Damia marah kerana cikgu selalu mengutuk Damia di dalam kelas. Itu adalah usaha cikgu supaya tidak ketara perasaan cikgu di kalangan teman sekelas Damia. Apa boleh buat, Damia terus membenci cikgu!

Sekian, semoga berjaya.


Ingatan selalu,

Cikgu Riduan.

Hatiku begitu tersentuh. Tanpa kusedari air mataku mengalir di pipi. Aku memang sayang padanya sejak pertama kali bersua, tapi malang sikapnya membuatkan aku membencinya. Tapi, sesungguhnya, surat ini menyatakan seluruh rasa benci itu. Terasa kesal menolak pinangan itu. Air mataku tambah deras mengalir.

*************************************************************************************************************
-tamat-

. Giveaway Zalin onceitalk.com .

Assalammualaikum.

Selamat petang semua. Dah makan/minum petang belum? Kalau belum sila pergi isi perut dulu ye.

nie first GA yang aku join. disebabkan GA nie paling simple dan senang, tu sebab la aku join. Ok, GA nie dianjurkan oleh en. zalin.

senang ja nak join GA ni. hanya perlu buatkan satu entri bertajuk " Giveaway Zalin onceitalk.com ". jom la reramai join. xjoin rugi tau, hadiah pun kira ok la, top up free, sapa xmau kan? keh3

so, pada sesapa yang nak join. boleh klik banner kt atas ni. ataupun kat sini.

akhir sekali aku nak tag mamachia.

rasanya nie first GA en.zalin, jom reramai kita meriahkan GA ni, support member2 blogger.

.sekian.

. Rentak Hidup Semakin Kaku .

Assalammualaikum.

Tiba-tiba langkahku jadi kaku
Rentak hidup bagaikan membeku
Tiada lagi lagu rindu
Hilang sudah dibawa angin lalu

Telah lama terpahat rindu
Dalam ingatan sepanjang musim berlalu
Mekar dan kembang menghias segenap ruang kalbu
Dalam teraba-raba tanpa arah tuju

Bergema rintihan suara pilu
Makin menghiris makin syahdu
Tatkala ku teringat pertemuan pertama dahulu
Kini segalanya menjadi rindu

. Misteri Rumah Berhantu!! .

Assalammualaikum.

Rumah sewa dekat Seksyen 2, Shah Alam dikatakan berhantu? betul atau tak kesahihannya, jom baca cerita kt bawah ni. aku amek dari email yang dikirimkan oleh sorang teman. Ceritanya agak menarik dan mampu menyentap sanubari pembaca yang lemah semangat. rasanya mesti ramai yang dah baca kan?

tgk pn dh seram, apalagi nak p tdoq. bagi free pn aku xmau dk.

cerita bermula ( baca time malam baru best, pas2 tutup lampu, macam tengok wayang gitu! baru ada feel. huhu )

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi, gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan dvd dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah...
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what?
ad a batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310

.sekian.

.Follower ke 2000!!.

Assalammualaikum.

Akhirnya nombor yang ditunggu2 sampai jugak. Terima kasih kepada semua geng blogger yang sudi memfollow blog yang xseberapa ni.

Follower yang bertuah ni adalah milik kepada.
jeng..jeng..jeng..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

en. Arep Xarevierxr


Sebagai menghargai follower bertuah ke-2000, entri kali ni ditujukan khas buat anda. Maaf sebab xdak award nak bagi.

Blog en. Arep ni agak simple, baru first time aku masuk, n xbanyak yang aku tau pasal blog en. Arep ni, so pada sapa2 yang nak terjah blog en. Arep, sila klik SINI.

Akhir kata terima kasih sekali lagi pada semua follower dan pengunjung-pengunjung blog apple. Tanpa anda siapalah mizzapple. ^^

.sekian.

.Sapa Yang Lebih Hina??.

Assalammualaikum.

sekadar gambaq hiasan
aku pinjam sat gambaq ni. gambaq sapa xtau. tuan empunya gambaq, jgn marah na.
aku berkenan tgk pemandangan ja.


Ada satu kisah seorang pemuda yang menuntut ilmu dengan seorang tuk guru. Bertahun-tahun dia mendalami ilmu hingga sampai pada peringkat terakhir. Dia mengadap gurunya untuk ujian terakhir tersebut.

Tuk Guru : " Hang telah menempuh semua tahap pelajaran dan tinggal satu ujian saja lagi. Kalau hang boleh menjawabnya beerti hang lulus,".

Adi : " Baik tuk, apa soalannya? "

Tuk Guru : " Hang cari orang atau makhluk yang lebih rendah tahapnya daripada hang. Tuk bagi hang tempoh tiga hari untuk mencarinya. "

Lepas tu Adi pun meninggalkan pondok untuk melaksanakan tugas dan mencari jawapan atas pertanyaan gurunya.

Hari pertama, Adi bertemu dengan seorang pemabuk yang boleh dikatakan hampir tiap-tiap hari dok mabuk. Adi berkata dalam hatinya, " Hmmm... inilah orang yang lebih rendah martabatnya daripada aku. Aku telah beribadah puluhan tahun sedangkan dia terus-terusan mabuk. "

Tetapi sesampainya dirumah, timbul pertanyaan dalam fikirannya, " Belum tentu, sekarang orang tu dok mabuk, tapi siapa tahu pada akhir hayatnya Allah s.w.t memberi hidayah ( petunjuk ). Manakala aku yang sekarang banyak beribadah tetapi pada akhir hayat nanti tidak seperti ini. Bermakna dia belum tentu lebih hina daripada aku. "

Hari kedua, Adi keluar rumah lagi dan bertemu dengan seekor anjing yang sangat menjijikkan . Bulunya kusut dan tubuhnya penuh dengan kudis. Adi berfikir dalam hati, " Anjing ini haram, menjijikkan dan penuh kudis... maknanya ia lebih hina daripada aku. "

Adi berasa amat gembira kerana telah mendapat jawapan atas pertanyaan gurunya. Sebaik selesai solat isyak dan ketika hendak merebahkan tubuh untuk tidur, tiba-tiba Adi berfikir, " Anjing tu kalau mati, habislah halnya. Ia tidak diminta atau ditanya tentang tanggungjawab atas perbuatannya oleh Allah, sedangkan aku akan diminta dan ditanya akan tanggungjawab yang sangat berat dan kalau aku berbuat banyak dosa akan masuk neraka kelak. Hmmm... maknanya keadaan aku tidak lebih baik dari anjing tu. "

Hari ketiga dimana akhirnya Adi berjumpa tuk gurunya.

Tuk Guru : " Sudah dapat jawapannya? "

Adi : " Sudah tuk, " Ternyata orang yang paling rendah amalannya adalah saya. "

Mendengar jawapan Adi, gurunya tersenyum, " Hang lulus. "

***************************************************************************
Kesimpulannya : Selama kita masih hidup kita tidak boleh sombong, berasa lebih baik daripada orang atau makhluk lain. Yang berhak sombong adalah Allah s.w.t kerana kita tidak tahu bagaimana akhir hidup kita nanti. Oleh itu, kita kena belajar berprasangka baik terhadap orang atau makhluk lain yang diciptakan oleh Allah.

Kalaulah semua manusia mempunyai sikap seperti Adi, alangkah indahnya hidup ini.

.sekian.

. Selamat Hari Lahir Sayang .

Assalammualaikum.


Hari ni genaplah umur aku 2*.. tuttt. hehe . Hari ni plak kena keja besa la dk kt kedah. ahad mmg la keja. dk pikiaq2 ada ka org nak selebrte besday aku ni? nak tau ada ka xdk kena tnggu time balik keja nnti la. huhu

Ramai kawan2 dk wish besday aku kt fb. terharu sngt n terima kasih tuk kawan2 yang wish samaada yg dk dekat mahupun yg dk jauh.

Dalam banyak2 wishes yang aku dapat. aku tertarik dengan ayat2 kt bawah ni.

.kalau xnampak sila klik bagi besaq.

Kata2 yang penuh bermakna dan memberi seribu pengertian buat diri aku. membuat aku terkenang balik perkara2 yang pernah aku lakukan. terima kasih sahabat.

.sekian.

.Kami Blogger Utagha.

Assalammualaikum.

Pagi2 buta ni rasa tertarik plak nak join segmen KBU. ampa tau dak benda apa KBU ni? Haa! mai sini ceq nak cerita. KBU ni sebenaqnya singkatan bagi Kami Blogger Utagha. KBU diasaskan oleh Cik GKSB. Sapa cik GKSB ni? nak tau p la terjah blog dia.

banyaknya bendera ! ce tengok ce tengok. cantik dak? hoho. ada 4 bendera kat sini. Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. pilihlah ampa negeri yang mana satu.

ceq dari Kedah. anak jati Kedah ang tau. dari kecik sampai besaq dk kat kedah. dari belajaq sampai reja pn kt kedah. ada ampa nak mik kisah? haha

ok la sampai takat ni dulu, malas nak cakap bnyk2 pada geng2 utagha nu kalau nak join sila klik SINI. tak rugi woi kalau join. boleh kenal-kenalan ngan geng2 utagha.

soseh2 : jom lekaih kita join segmen nie.

.CP : Kenangan Bersama Guruku. Part : 5.

Assalammualaikum.

sambungan dari CP Part 4. jom baca kisah selanjutnya.

" Damia, Cikgu Riduan panggil di bilik guru ", kata Adeeb, ketua kelasku. Aku tergamam. Apa yang mahu dikatakan oleh Cikgu Riduan? Apakah dia mahu mengutuk dan mencari salah ku lagi? Otakku berputar ligat memikirkan apa yang dikehendaki oleh Cikgu Riduan.

Aku menatap wajah Cikgu Riduan. Terasa ada debaran kencang di jantungku. Aku cuba bersikap selamba. Aku cuba mengawal perasaan. Hanya Cikgu Riduan di bilik itu. Cikgu-cikgu yang lain barangkali sudah balik kerana hari itu hari akhir persekolahan.

" Damia Qumaira marah pada cikgu ", tegurnya. Ada nada mesra daripada ucapannya itu. Aku sedikit tersenyum sambil menggeleng. Tiba-tiba rasa benci yang cuba kutanam itu luntur sedikit-sedikit.

" Hadapilah peperiksaan dengan tenang. Cikgu mahu Damia berjaya. Cikgu sengaja selalu marah Damia, kerana cikgu mahu Damia bersungguh-sungguh." Dia bertutur dengan lembut. Berbeza sekali daripada waktu dia memarahi aku di dalam kelas.

Aku hanya duduk membisu.

Aku menjalani peperiksaan dengan tenang dan bersungguh-sungguh. Harapanku terlalu tinggi untuk lulus dengan cemerlang. Satu persatu kertas peperiksaan ku hadapi dan seterusnya dapat ku jawab dengan baik.

Waktu aku pulang selepas menghadapi kertas terakhir, aku dapati dua buah kereta tersadai di depan rumahku. Barangkali teman ayah, bisik hatiku. Aku masuk mengikut pintu belakang dan terus ke bilikku.

Aku tergamam apabila ibu menyatakan itu adalah rombongan Cikgu Riduan meminang aku. Tiba-tiba timbul benciku pada cikgu yang selalu memarahiku.

.bersambung.

**************************************************************************
* agak2 damia terima x pinangan Cikgu Riduan? *

. Bukan Satu Nokhtah .

.


Hidup satu kemungkinan
Satu titik di garisan
Adakala di atas
Adakala di bawah
Ia suatu perjuangan
Bersulam realiti dan khayalan

Di dalamnya penuh persoalan
Perlu jawapan
Perlu rasional fikiran
Tatkala ujian mendatang
Hidup seolah di ambang
Suram..
Kelam..

Hidup perlu pengorbanan
Bukan satu nokhtah
Lalu..
Susurilah dengan tenang
Setiap musibah
Aral yang melintang
Lihatlah..
Ada nur di kejauhan.

. Salam Maulidur Rasul .

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas baginda Nabi junjungan Muhammad s.a.w, sekalian ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, serta buat sekalian makhluk Allah yang wujud di muka bumi ini.

Sungguh tidak kita jangkakan bahawa masih lagi kita diberi kesempatan untuk berada dalam bulan yang mulia ini di mana tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah lahirnya seorang putera Abdullah yang telah membawa sinar dan harapan baru kepada semua makhluk Allah di muka bumi ini. Inilah satu hari yang bersejarah dalam episod umat islam di mana lahirnya Muhammad bin Abdullah putera Aminah dan cucu kepada Abdul Mutalib dan anak saudara kepada Abu Talib. Sebuah keluarga yang di pelihara rantaian keluarganya oleh Allah s.w.t. Baginda di utuskan untuk menyinari suatu zaman kegelapan iaitu Jahiliyah kepada suatu zaman pengabdian kepada Allah Yang Maha Esa iaitu Nur Islam.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda S.A.W. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi baginda S.A.W di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah S.A.W semakin jauh dari kita. Namun perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011 buat semua teman-teman blogger dan teman-teman seislam. Kita suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik dalam hidup kita. Marilah kita bermuhasabah diri dan sama-sama memperbaiki diri kita yang lemah ini. Jadikanlah Rasulullah dan Allah sebagai cinta sejati diri kita, kerana cinta itulah yang sebenar-benar cinta tulen dan sahih.



.sekian.

. Kisah Suami Yang Setia .


Assalammualaikum.

Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca talkin, si suami terus menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jaq seperti kebiasaan orang, malah terus disiram satu baldi.

Para hadirin merasakan tindak tanduk itu membayangkan betapa kasihnya si suami ini kepada isterinya. Ramai yang bercucuran air mata melihat senario romantik ini. Tak kurang juga ramai daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa bernasib baik arwah mendapat suami yang begitu setia dengan kasih sayang yang sedemikian rupa.

Namun bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula menimbulkan tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih menyiram air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi serta ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta sambil meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau memasang sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut.

Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan pada arwah yang teramat sangat.

Apabila ditanya, si suami menjawab :

" Arwah isteriku telah berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput atas kuburnya tumbuh. Itu sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh! ".

***************************************************************************
.haha.giler sengal punya suami.

.sekian.

. Say No To Valentine!!!.


بسم الله الرحمن الرحيم

Salamun 'ala manittaba'al huda.

Ya, dalam menuju bulan februari tahun ini, kita semua akan melalui 2 hari yang istimewa, antaranya Maulidur Rasul dan ehem2, Valentine's Day. Almaklumlah, jika disebut soal2 berkaitan agama memang kurang sikit sambutannya berbanding yang satu lagi tu. Jadi disini tersangat suka aku ingin memperingatkan kawan2 sekalian agar kita sama2 berjuang dengan betul2 hebat membasmi hari dimana berlakunya maksiat. Hari inilah dimana ramai gadis2 diluar sana akan terpedaya dan 'ter'perkosa oleh jantan2 buas diluar sana. Jadi saya menyeru wahai pendakwah2 sekalian agar MEMPERHEBATKAN lagi dakwah kalian dalam membendung gejala ini. Ayuh, peringatkanlah teman-teman diluar sana melalui sms, blogm facebook, twitter, media massa dan sebagainya. Jom kita perangi habis-habisan si kufar.

Sejarah Valentine Day ( valentine nama paderi ye. )

Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarahValentine's Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pasa pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270M. Beliau dianggap 'syahid' oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka. Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine's Day.


so SAY NO TO VALENTINE!!!

valentine-day-2

Sumber : tHe KaKaRocT

. Adakah anda sanggup berpoligami???.


Assalammualaikum.

Anda teringin sangat nak berpoligami? Tetapi sanggup ke isteri anda bermadu tiga? Berdebatlah dulu untuk mendapat jawapan yang meyakinkan. Jika tidak, silap haribulan anda bakal menjadi pencetus perang besar yang mana diakhirnya kekalahan pasti jatuh ke tangan anda. Ada berani?

Al-kisah seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

Suami : Lelaki kawin 3 barulah sah.

Isteri : Kenapa pulak?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga", isteri ( is three ). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural".

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular", dua atau lebih "Plural".

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh. tambah huruf "s" untuk yang plural.

Isteri : Betul tu. sama juga la untuk abang.

Suami : Macam mana pulak boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je kan?

Lepas dari tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.

***************************************************************************
.sekian.

. Angan-Angan .

Assalammualaikum.

Sebelum tidur memang tak sah kalau tak berangan. Tak kira la siapa pun, gerenti ada angan-angan. Bohong la kalau cakap xdak angan-angan.

.Budak-Budak.

Nak hebat macam superhero atau nak dapatkan segala jenis permainan yang ada. Kalau boleh kerja sekolah yang diberikan pun nak siap tanpa memegang buku.

.Remaja.

Dapat sambung belajaq di mana-mana Universiti walaupun keputusan SPM hampeh, menjadi top student, dapat kerja dekat Syarikat yang gah dan dapat menjadi pekerja ocntoh setiap tahun. Berhajat nak dapat pasangan persis model atau bertanggungjawab walaupun hampa sendiri berpewatakan tak semegah mana.

.Dewasa.

Yang miskin nak jadi kaya, yang kaya nak jadi lagi kaya. Yang dah berbini nak cuba-cuba tambah bini dan bini pulak harapkan suaminya terus setia serta bagi apa saja yang dia nak.

.Tua.

Dapat anak cucu yang tak menyusahkan dan sentiasa boleh diharap untuk menjaga diri dan hati, bukannya campak kat sana sini dengan alasan.. mak bapak dah besaq, pandai-pandailah jaga diri.

.Dalam Kubur.

Agaknya la, kalau dalam kubur pun boleh berangan mesti nak boleh jawab segala soalan kubur. Masa tu baru nak insaf segala perbuatan di dunia. Jawabnya! dah terlambat la.

akhir kata Selamat Menyambut Tahun Baru Cina pada yang menyambut. Ada ka blogger cina? ada la kot no. :)

.sekian.

.Bila aku Bersendirian.


Assalammualaikum.

Kekadang sesekali kita kena luangkan masa untuk bersiar-siar dan berjalan-jalan seorang diri. Ketika itu kita akan menilai diri kita. Bercakap didalam hati seorang, memandang gelagat orang didepan mata tapi jangan tenung orang, pndai-pandailah cover line. Kita akan rasa sunyi dan kekok bagi mereka yang selalu berteman. Bagi mereka yang single, memang dah biasa tak berteman jalan seorang diri ni dah menjadi asam garam hidup mereka dan pasti berangan untuk berteman kemana sahaja. Kalau tak dapat pasangan kekasih, kawan-kawan pun takpa untuk menemani mereka.

30 January 2011.

Hujung minggu, kawan-kawan sepejabat ajak outing sama-sama, main bowling dan makan-makan, aku dengan baik tolak pelawaan mereka. Hari ini aku nak berseorangan, nak jalan ikut langkah kaki dan nak perhati orang.

Aku memilih untuk berjalan di shopping complex sebab walaupun jalan seorang namun aku rasa berteman serta selamat sebab ramai orang. Kalau nak ke taman seorang diri memang tak berani, lebih-lebih lagi sekarang banyak kes rompak, peras ugut dan kes ' tuuut ' kat taman.

Aku masuk kedai baju niat dihati nak survey, kalau ada yang berkenan baru aku nak beli. Ada satu baju tu warna purple, cantik betul.
" Ya cik, boleh saya bantu? " kata pembantu kedai tu.
Aku pandang budak perempuan tu, aku senyum. Baru aku nak rasa kain baju dan belek-belek baju tu, potong stim betul. Aku senyum nak beredar ternampak pulak sepasang baju yang lagi menarik. Bila aku toleh kat tepi... Haik! minah nie ada kt sebelah aku tersengih. Mmm.. tak jadi aku nak tengok. Aku pun angkat kaki keluar dari kedai baju tu. Tarik nafas dan mencari kedai lain untuk diziarahi. Pembantu kedai nie memanglah tanggungjawab kerja depa, tapi janganlah sampai merimaskan pelanggan.

Best juga seorang ni, ikut hati sendiri je. Aku dan puas jalan-jalan, terasa letih, tekak rasa dahaga, perut rasa lapar. Aku pun singgah kedai makanan segera. Kalau perempuan bila dah jalan sendirian memang tak sah kalau tak diganggu lelaki-lelaki perasan handsome tapi aku buat derk je.

Sebenarnya, bukan ni aku nak cerita tapi ketika aku dalam supermarket. Aku masuk kedalam supermarket sebab nak beli buah epal untuk mengunyah dirumah nanti. Dari jauh aku dah nampak buah-buahan tersusun indah, wow! aku pun terus berjalan ke arah tempat buah, tak perasan terlanggar seorang lelaki.

" Woi! buat ka? saja ja langgar boyfriend orang. " Yang melenting marah aku bukan lelaki tu tapi sebelah dia. Aku diam je. Hish, takdelah aku terliur dengan boyfriend dia, yang aku terliur kt buah-buahan tu. Aku tak sengaja terpandang couple tadi, mmm... Menyampah! Perempuan tu saja ja tergedik-gedik dengan pakwe dia, pastu cakap kuat-kuat. Dia ingat aku hairan sangat dengan dia, pasti orang yang sedang membeli-belah kat situ pun rasa nak blah ja dari situ.

Lepas aku dah pilih buah-buahan dan menimbangnya, aku terpandang sudut makanan, aku nak pergi tapi yang tak bestnya pompuan tu dengan pakwe dia ada kt situ. Aku tengok jam, dah malam sangat ni. Kalau aku nak tunggu couple tu beredar, silap haribulan sampai nak tutup pulak shopping complex ni.

Jadi aku pun pergi ja kt situ. Pedulikan depa. Sampai kt situ aku nampak pompuan tu alih-alihkan harga makanan, dia alihkan harga yang mahal kepada yang murah. Kat situ pulak tak ada orang jaga, sedaplah dia buat projek. Pompuan tu ingat aku tak perasan agaknya.
Aku geleng kepala, dia perasan pulak aku geleng kepala.
" Ala, macam tak pernah buat, macam dia baik sangat. " pompuan tu cakap depan muka aku. Aku diam je, memanglah rasa untung bila barang mahal dapat harga murah tapi tidakkah dia terfikir makanan ni akan jadi darah daging. Aku biar ja, ikut hati nak ja aku report kt guard depan tu. mmm... tapi biarlah, aku malas nak masuk campur.

Huh! puas hati kau dapat jalan sorang-sorang. Bakul dah mula berat maka aku kena cepat-cepat ke kaunter pembayaran sebelum aku penuhkan lagi bakul ni. Tapi bila sampai kaunter aku tengak ada kecoh-kecoh. Aku pun kedepanlah nak tengok apa yang berlaku. menyibuk jap.

Aku tengok pompuan tadi tu dengan pakwe dia.
" Eh! manalah saya tahu! dah harga ni lekat sini, mana ada saya tukar price tag. " Terang pompuan tu pada dua orang didepannya.
Sorang tu guard kt situ, sebab pakai baju seragam guard, dan sorang lagi mungkin manager supermarket.
" Cik kak, kt situ ada kamera. bukannya kami menuduh tak berasas. " kata lelaki berseragam baju guard.
" Alaa.. tak berapa sen pun. letaklah harga mahal pun, aku mampu bayarlah. Cepat kira! " tengking pompuan tu. yang hairannya pakwe dia tu diam ja.

Hush! malu betul, semua orang tengok. lain kali buatlah lagi, setakat beza berapa sen bayar jelh, ni nak tukar harga. Bila pompuan tu terpandang aku ada kt kaunter, aku hanya senyum, lagilah dia tarik muncung panjang.

Setelah selesai membayar aku pun blah dari situ dan terus balik rumah.

.sekian.



 
design by mizzapple