. Say No To Valentine!!!.


بسم الله الرحمن الرحيم

Salamun 'ala manittaba'al huda.

Ya, dalam menuju bulan februari tahun ini, kita semua akan melalui 2 hari yang istimewa, antaranya Maulidur Rasul dan ehem2, Valentine's Day. Almaklumlah, jika disebut soal2 berkaitan agama memang kurang sikit sambutannya berbanding yang satu lagi tu. Jadi disini tersangat suka aku ingin memperingatkan kawan2 sekalian agar kita sama2 berjuang dengan betul2 hebat membasmi hari dimana berlakunya maksiat. Hari inilah dimana ramai gadis2 diluar sana akan terpedaya dan 'ter'perkosa oleh jantan2 buas diluar sana. Jadi saya menyeru wahai pendakwah2 sekalian agar MEMPERHEBATKAN lagi dakwah kalian dalam membendung gejala ini. Ayuh, peringatkanlah teman-teman diluar sana melalui sms, blogm facebook, twitter, media massa dan sebagainya. Jom kita perangi habis-habisan si kufar.

Sejarah Valentine Day ( valentine nama paderi ye. )

Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarahValentine's Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pasa pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270M. Beliau dianggap 'syahid' oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka. Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine's Day.


so SAY NO TO VALENTINE!!!

valentine-day-2

Sumber : tHe KaKaRocT

31 pengomen tegar:

al_hakim berkata...

hukhuk..minta dijauhkan

ijam ismail berkata...

ooo..cmtu eh cter dy..ok2...skrg da leh cter ngn kwn lain da..heeee..thanks

nelly berkata...

padam 14 february dari minda kita ..
=)

mira . berkata...

drp sambut 14 feb ,baik sambut 15 feb ,maulidurasul :)

:: Zanna :: berkata...

14hb Feb mmg x de dlm dairy zanna seumur hdp...zanna nk kongsi info n crdit kat blog m.a yer. ^.^

n3 baru : Facebook dah kena block!!? :(

cacing berkata...

tak ramai yang tau kisah ni.... masih ramai yang mengucapkan hapy valentine... oppsss... cacing terucap la pulak.... heeee....

http://cacingpanas69.blogspot.com

atie berkata...

setiap tahun pun duk kempen 14 februari..tp menda sama jugak berlaku..huhu..mana silap agak ye..huhuh

unknown girl berkata...

marilah say "no to valentine" ..tlg jauhilah budaya ni ..

ghost writer berkata...

no gurl no valentine..

any gurl no valentine too...neva.

Piasara berkata...

kalau depa tau pon..masih tetap nak sambut jugak..apa nk buat!macam dah tau tak pakai tudung tu apa hukumnya..ttp tknak pakai
dah tau berzina tu haram..buat jugak..semuanya pd hati!Klau hati dah kelam...

tomatokering :) berkata...

haishh , even ada yg dah tau pon still sambut lagi .

amier azrul alias berkata...

yeay!
amier pon xprnh n xnk smbut hari valentine nih!

salam maulidul rasul :)

M.a.s.u.r.i berkata...

hrmmm...nice info there

mizzapple berkata...

pada yg pernah sambut tu pas nie xpyah la smbut lg.
n pada yg xpernah sambut jgn sesekali nk try smbut plak.

ManJe berkata...

Kte akan sedar jika ade yg menyedarkan.. tp ade jugak org yg d'luar sana buta kan mate n pekak kan telinga mengenai hal nie.. pe yg sonok sgt sambut Valentine tu sy pun x tahu.. pe yg penting we already do our parts..:)

EB berkata...

Sya x pernah smbut Valentine..
Maaf sya x romantik.. hohohohoho..
Sya smbut futsalmilo.. hahaha

miss_neeya berkata...

valentine??ntah pape je

~kueh~ berkata...

sama2 kita ingat mengingati antara satu sama lain~~
bidang dakwah tu luas..
em, entri yang berguna pada zaman orang yang xgune akal yang berguna:)hee

nuriz berkata...

sambut maulidur rasul lagi berkat

pipoq berkata...

valentine vs maulidul rasul

kalo dua dua pun hanya diingat setahun sekali, tak bagus gak..buang perkataam maulidul tu, adakah kita setiap hari mengingati kekasih junjungan kita tu ?

Orchid Balqis berkata...

Apa yg baik kita ikut...
Yg tdk dijauhkan..;)

Finaz Jaafar berkata...

hmmm..
btol !
kalo nk sgt sambut cinta takkan sekali jeh setahun??
biarlah 24-7 kan..=)

kay_are berkata...

rase ramai yang tau cume dorang still nak sambut gak.. 2 r masalahnye..

PutRi_nAdiA berkata...

no vlntine,,,, agreed very muchh,,

Along Usop berkata...

ni lah de bende yg ramai buat taktau.. isk..

mizzapple berkata...

depa malas nak mik tau.
2 je mslhnya.

nub berkata...

yep2 say no! lau x kasi pukoii!!

p[A]n[A]d[O]L berkata...

tiap2 thn 14feb mmg ari yg biasa n tiada mknanya dlm idup inie..ehehhe

suhaiza berkata...

salam maulidur rasul.

NO VALENTINE'S DAY...

http://suhaiza-qasehorked.blogspot.com/2011/02/valentines-day-episode-2.html

nOra berkata...

no meaning of valentime day in mylife...=))
hiii...awk telah di tag..jom singgah cn..http://nora-gelabah.blogspot.com/2011/02/jom-kenal-dengan-cik-nora.html.

Mr. TN_SkY berkata...

wah nice entry =_=..esok bukan? haa..betul tuh..bila berbicara tentang dakwah..agak kurang yg mmbaca..cuba letak gmbar seksi2, then gosip2 kew..wow! beratus respond! haha :-D aduii..donia2..

mari2 sama2 kita banteras valentine day..atau Volunteer day? (volunteer to what? fhm2 hehe)

Diterima Menyertai 100 Penulis Editor!

Catat Ulasan



 
design by mizzapple