salam semua. jom ikuti sambungan CP dari part 2.
Dalam usia 17 tahun ini, aku rasa begitu sensitif pada kata-kata seseorang. Bila menyentuh perasaan dan agak bertentangan dengan diriku sebenar, aku begitu terasa hati.
Hari ini aku hanya menatap buku di meja, sedikitpun aku tidak memandang wajah cikgu yang menyakitkan hatiku. Entah kenapa ada sesuatu yang terasa damai bila memandang wajah itu. Tapi ia berubah menjadi sedih bila ada kata-kata yang melukakan.
" Damia Qumaira." Dia memanggil.
Aku berdiri dan menuju ke mejanya mengambil kertas peperiksaan pertengahan tahun yang pasti telah dicatat markahnya.
Aku tidak berani menentang wajahnya. Aku terlihat 85 peratus. Hatiku jadi gembira, tetapi aku cuba mengawal rasa gembira itu. Hingga selesai kertas dibahagikan, barulah aku mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Aku rasa Cikgu Riduan tentu akan memujiku kali ini. Kebahagiaan tiba-tiba bertakhta dalam diriku.
" Damia Qumaira, ada saja yang tak kena pada kertas jawapan awak". Suara itu tiba-tiba membuat aku hiba. Aku fikir aku akan tersenyum malu bila dipuji kerana mendapat markah tertinggi, rupanya sangkaan itu salah.
Aku dapat melihat rakan-rakan memandang padaku. Pelajar yang mendapat markah tertinggi pun tidak memuaskan hati cikgu, mungkin itu kata hati rakan-rakan.
Pulang ke rumah hanya dapat melepaskan rasaku melalui airmata.
Cuti penggal kedua, Cikgu Riduan menganjurkan lawatan ke alam semulajadi di Gunung Jerai, Kedah. Aku tidak bercadang pergi, kerana aku tahu nanti segala kata-kata Cikgu Riduan akan menyakitkan hatiku. Apalagi bila sepanjang hari bersamanya.
Namun, aku begitu ingin mengikutinya. Alangkah bahagia hati aku bila Cikgu Riduan memakan bekalan yang aku bawa, lalu memuji masakan itu.
bersambung.

15 pengomen tegar:
salam..
ssebagai seorang guru..tindakan Cikgu Riduan memuji Damia Qumaira satu moral yang sangat diterapkan dalam kelas..selalu diamalkan..
bukan saja bagi pelajar yang mendapat markah tinggi tapi markah rendah pun kita puji dengan semangat untuk terus berjaya..
best cerita ini.
pnguhan postif dan ngtif saling dperlukan...yer tak?
adoii..bila nak abis ni?esok sambung cerita ni tak?
arhh! to be cntinue pulak!! uwawawa
cepat sambuuuunggg...
Hahaha.. Rmainye nak bc sambungan citer ni. Sambung cpt2 ek Miz Apple. Xsabor nak bc jugk ni... (^.^)
Salam...i kisah benar ke kisah tak benar ni...hehehehe
sekamar rindu : yap! betul 2.
iniialahaku : yes!
sayapmalam : next month! hehe
anamizu | sitihanisahali | mawar merah : nantikan sambungannya. =)
fadzli : benar2 belaka. :p
sila sambung.. saya pon nak tau pe jadi ni... heheheh...

amni : wokeh! akn d'update later. :)
Catat Ulasan