. Monoloq Diri .

Assalammualaikum.

sekadar gambar hiasan

Rasanya sudah lama tak bermonoloq disini. Kesibukan membuatkan aku semakin hari semakin jarang untuk update. Entah kenapa rasa ini tiba-tiba bagai hilang. Dalam amarah pada diri yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. 

Marah kerana tak bisa mengawal minda. Marah kerana gagal mengenal jiwa. Marah kerana sering alpa pada cinta. Entah kenapa rasa ini semakin hari semakin suram. Melihat dan melihat tanpa ada yang berdetik seperti selalu. Mungkin keutuhan yang cuba dibina menjadi punca. Tekanan yang memaksa diri dalam renungan yang kelam.

Aku cuba mencari diri yang lama menyepi. Biar sakit, biar perit. Gagah melangkah tiada beralih arah. Biar dibenci biar dihindar, tapi masih tetap bertahan kerana aku masih tetap aku yang dulu.

.sekian.

. Semangat Baru .

Assalammualaikum..

Walau apa jua yang berlaku di masa lalu, kuatkan semangat kita untuk membina hidup yang baru. Apa yang berlaku dimasa lalu terima saja sebagai sebahagian daripada sejarah hidup.

Paling penting jangan selalu menoleh ke belakang, kerana ia akan 'menahan' anda dari terus bergerak maju ke depan. Setiap kali menoleh ke belakang, berbagai perasaan akan timbul. Tertekan, sedih, kecewa dan seribu satu macam lagi bersarang tiba-tiba di benak anda.

Kesannya, mood anda akan berubah secara tiba-tiba. Lama-kelamaan fikiran-fikiran negatif mudah masuk kedalam minda anda dan menyebabkan anda jadi tidak bersemangat, lemah, longlai dan bagaikan tidak bernyawa.

Allah sayang pada hamba-hambanya, Dia takkan menurunkan musibah begitu saja, mesti ada hikmah disebaliknya dan menjadi tugas kita untuk menilai diri, apa yang kita buat dan sebanyak mana kita mengingati DIA satu masa dulu.

Walau tiada siapa yang mendengar jeritan suara batin Anda, dia sentiasa mendengar. Merintih, mengadu dan memuji namaNya dalam doa-doa Anda adalah perkara terbaik untuk dialukan di saat tiada siapa yang boleh duduk bersama mendengar luahan hati Anda.

Jadikan kesilapan masa lalu sebagai pembakar semangat ! Di kala orang mengecapi kesenangan, kebahagiaan dan kejayaan, anda juga berhak mencapai yang sama, hanya perlu mengatur strategi anda sendiri untuk mencapai semua itu.

Di saat anda tidak tahu ke mana mahu berjalan, kata hati dan naluri Anda merupakan teman terbaik. Usaha membina hidup baru, bila anda sudah mencapainya ia merupakan satu kejayaan yang amat manis !!

.sekian.

. Muhasabah Diri .


Assalammualaikum..



1. Sesiapa yang banyak bercakap nescaya banyak berbohong.
2. Sesiapa yang banyak berbohong nescaya kurang malunya.
3. Sesiapa yang kurang malunya nescaya kurang wara'nya.
4. Sesiapa yang kurang wara'nya nescaya hatinya mati.

Apabila hati telah menjadi mati, seseorang manusia itu akan sukar untuk menerima hidayah atau petunjuk dari Allah. Tanpa hidayah, hidupnya akan sentiasa berkata-kata dan membuat sebarang dosa menurut hasutan iblis lalu terjadilah penderhakaan terhadap Allah.

Renung2kan..

.sekian.

. Al-Kisah Misai Sulung .

Assalammualaikum.

Nak tahu apa itu misai sulung? jom ikuti ceritera dekat bawah.


sekadar gambar hiasan


Ramai lelaki suka menyimpan misai untuk kelihatan macho, segak dan berkeyakinan. Lelaki beranggapan menyimpan misai, melambangkan kejantanan. Namun tak kurang juga yang mahu kelihatan bengis dan garang. Menyentuh tentang misai atau dikenali juga sebagai kumis, tentu ramai yang kurang pasti makna misai sulung.

Misai sulung mengikut kata orang tua, memiliki kuasa memikat semula jadi dan sebagai daya tarikan serta permanis wajah. Biarpun wajah tidak setampan mana tetapi misai sulung membantu anda dipandang kacak.

Misai sulung jarang dimiliki oleh kebanyakan jejaka bandar ketika ini atau mungkin tiada langsung. Berbeza di zaman dahulu rata-rata jejaka kampung menyimpannya hingga panjang berdepa. Kalau dilihat dalam filem-filem Melayu misalnya, Nordin Ahmad dan P. Ramlee dalam filem ' Semerah Padi ', tentu anda ingat panjang dan lebatnya misai mereka berdua. Apatah pula orang tua bijak pandai penguni gua dalam filem 'Hang Tuah'? Bayangkna misainya yang bertemu pula dengan janggut hingga ke paras dada. Mungkin di zaman mereka payah untuk mendapatkan pencukur atau mereka sekadar mengguntingnya jika ia terlalu panjang. Siapa tahu???

Pada kebiasaannya, misai sulung ini akan tumbuh seawal umur 12 tahun hingga 14 tahun atau seawal perkembangan hormon dalam badan mengikut tahap akil baligh masing-masing.

Ketika itu, jika diperhatikan, misai kelihatan halus seperti bulu roma. Sekiranya dibiarkan tanpa mencukur, sebaliknya sekadar menggunting untuk kelihatan kemas hingga berusia 20 ke 25 tahun ia kekal sebagai misai sulung.

Bagi membezakan antara misai sulung dengan misai biasa, amat mudah. Misai sulung kelihatan cantik, kemas, lebat, rambutnya tersusun dan wajah si jejaka itu akan sentiasa manis walaupun berada di bawah panas terik matahari.

Berbeza dengan misai biasa, panjang tidak menentu disebabkan pertumbuhan yang tidak sama. Maka dengan itu bagi jejaka yang masih memiliki misai sulung, ada baiknya menjaga misai dengan baik agar kemas dan bersih.

Selain itu, misai yang cantik melayakkan anda membawa watak yang sesuai dengan diri sendiri.
Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

.sekian.



 
design by mizzapple