. Awas! Penipuan Lelaki di Internet! .

Assalammualaikum.

Cinta Internet ada yang berpanjangan hingga ke jinjang pelamin, malah hidup bahagia. Tapi ada juga yang sebaliknya. Cinta alam maya kebanyakkannya bersifat dusta dan punya agenda disebaliknya. Jom kita tengok ciri-ciri lelaki penipu di Internet.

1. Dia Menggunakan Gambar Lama.
  • Wajah yang kacak, tubuh yang tegap, kata2 yang sangat romantis adalah ciri2 lelaki idaman yang menjadi perhatian wanita. Ini kerana mereka beranggapan lelaki inilah yang akan menyayangi mereka sepanjang hayat.
  • Realitinya, tidak semua yang indah itu adalah manis untuk dikenang dan tidak semua lelaki jujur. Salah satu taktik mereka adalah dengan meletakkan gambar lama atau gambar lelaki lain yang kacak.
  • Berhati2 lah, jangan terlalu teruja apabila anda mengenali lelaki di Internet. Jangan sampai anda terpedaya dan menyerahkan segalanya.
2. Menipu Tentang Umur.
  • Selain wajah kacak, mereka juga boleh menipu latar belakang diri mereka.
  • Dia menyatakan umurnya 35 tahun sedangkan hakikatnya, dia berusia 20 tahun atau mungkin juga 50 tahun.
  • Mereka menipu kerana mereka tahu wanita memang suka lelaki yang matang. Untuk memikat anda, mereka sanggup menggunakan apa saja. Siapa yang tertipu? Andalah wanita yang terlalu mudah mempercayai orang lain.
3. Jadilah Diri Anda.
  • Biodata diri sangat penting untuk pengenalan diri seseorang individu. Jadi apabila anda memperkenalkan diri seeloknya anda bersikap jujur saja kerana jika anda menipu, lama-kelamaan rahsia akan terbongkar juga.
  • Ketika itu, kalau rasa cinta sudah membuak, anda mungkin berisiko kehilangan orang yang anda sayangi.
  • Bersikap jujur adalah sangat dituntut, ini kerana anda mahu hidup bersamanya selama-lamanya.
4. Tidak Mahu Berterus Terang.
  • Lelaki yang berniat untuk menipu terutamanya yang sudah berumah tangga selalunya sangat susah untuk bercakap tentang perkahwinan. Mereka akan mengelak dari bercakap hal ini.
  • Jadi bila anda mengenali seorang lelaki dan mahu mengujinya nyatakan impian tentang perkahwinan, berapa orang anak yang anak mahu dan sebagainya.
  • Jika anda rasakan dia agak sukar berbicara soal perkahwinan, fikir-fikirlah sendiri apa yang patut anda lakukan kerana lelaki begini biasanya hanya mahu berseronok sahaja tanpa memikirkan masa depan.
"Beringat-ingatlah sebelum kena
kalau dah kena menyesal tak guna"

.sekian.

34 pengomen tegar:

Inspirationalefeks berkata...

sy ikut nsihat cikgumia .. sy harus jujur ...tp sy bkn pnipu :) hehe

mizzapple berkata...

haha.
bgs la klu bkn penipu.

KAMIHIDUP berkata...

jangan cakap lelaki, perempuan pun ada yang sebegini rupa. berhatilah semua. :)

Adi Zhaf berkata...

saye x begitu =)

:: 1tube.my ::

zalin onceitalk berkata...

Awas..penipuan perempuan di internet!
hihi..lelaki atau perempuan sama saja. boleh je tipu kalau x jujur..masing-masing kene awas..

mizzapple berkata...

kami : yap! betul.

adi : bgs la.

zalin : mmg betul lelaki n perempuan sama ja.
tapi, saja apple labelkan lelaki sahaja. huhu

OreO HitaM berkata...

Blogwalking:

Saya tak da dlm golongan kat ataih kecuali no. 3 (sambil cross finger kat belakang)

hawiz berkata...

bnasib baiik tak terasa..sbb saya bkn cam tu..saya no 3..^_^..be my self..

Nur Amira Radhiah berkata...

tips berguna utk yg suka cari pasangan dalam internet :D

Eza berkata...

pernah terkenal dgn lelaki cmni.hehe

Kesilapan para Bloggers yang perlu anda tahu.
Surat cinta budak sains.
Zaman kesengalan aku bersama mIRC.

ghost writer berkata...

itu lah orang cakap kalau sudah cinta memenuhi adrenalin maka tiada apa lagi yang difikirkan,malah pintu akal terus tertutup.

seeloknya mengenal akan karakter dan kaji sebelum semakin jauh dalam perhubungan begini.

Ila berkata...

apapun,semuanya kena hati-hati..jgn main ssebat jer
Tak nak word verification di kotak komen

eikieyn berkata...

careful ladies!~ nice info btw

Nini Hartini berkata...

pernah jumpa perempuan yg menipu di internet. mmg kesian kt budak kekali tu. siap bercinta dgn this girl, last2 this girl guna gambar artis mengaku diri dia. bila terbongkar terus hilang.

nasri berkata...

dlm alam maya nie xleh caya.. lagi2 dlm FB.. belambak yg mnipu.. tp nasib baik sy dlm golongan kecil yg baik2..hahaha! xpe, jgn perli sy.. sy msuk bkul sy angkat sndri k..ha3..

awek hadi berkata...

thnx...singgah blog kte...
sye de wat contest sempena hari ibu...
jom la join....hehehe....

NuraienZ berkata...

selamat la ..x pernah guna ruang chatting lau x mesti dah kena...member saya penah kena tipu...kat mat salleh..habis duit PTPTN dia...ummm hati2 wahai kawan2...

NuraienZ berkata...

t join la saya punya blog..tapi still new lagi..saya ni budak baru je belajar buat blog..hehehe joint tau... kongsi-kongsi...

maria_m0hamadiah berkata...

makcik tak pernah percaya cinta siber...

mizzapple berkata...

berhati2lah anda mulai sekarang!
:)

LuN@_aiDi berkata...

salam ddr Nz,
jln2 n bce entri disini.. n ajak tgk ladang epal di N.Zealand! jomm..
http://kisahkami83.blogspot.com

Aida Omar berkata...

xpercaya langsung cinta cyber nie..
hehe =)

KAMIHIDUP berkata...

jemputan khas untuk anda dari KAMI. jom join teka-teki. :)

http://www.kamihidup.com/2011/04/teka-teki-rm10.html

acan ketot berkata...

ahakz..
adew jugak yg mnipu kurg dri 20..
haha

farouq berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
farouq berkata...

farouq guna gmbr mr brad jer dan upload artikel je utk blog tak de niat nak mengorat sapa-sapa pun cikgu Mia he,he

mizzapple berkata...

bagus la tu farouq.
jangan ada niat yang xbaik sudah.

tokwan muda berkata...

pendpt masng2lah tp xsemua laki cmtu...xbg gmbr kdg2 ader sebb atas dasar hati2 bile duk alam maya...

NARDtheNERD berkata...

alam maya mmg cam ni..
kdg2 sy pun boleh jadi lisa surihani ye dakk?
:P

awek hadi berkata...

follow u...

E n t o y C a i r o berkata...

gud posting.. =).

SYAFIQ TENGKU berkata...

nak tau ciri2 perempuan penipu di Internet lak ;)

mizzapple berkata...

syafiq : laki ngan pmpuan sama ja penipunya. huhu

Cik Yana berkata...

Teringat pulak dulu kan pernah kenal sorang lelaki ni dari internet la. Pastu cik Yana dah tahu dia ni dah kawen, dan sangat tak selesa bila die ni terlampau mesra dengan cik Yana. Pernah jugak cik Yana tegur cara dia. Tapi dia tak endah. Pastu hari tu kan, tiba-tiba sorang perempuan call cik Yana cakap dia bini lelaki tu. Dia soal siasat cik Yana. Pastu dia cakap laki dia selalu buat hal dengan orang yang dia kenal melalui internet. Dah banyak kali dah camtu. Cik Yana terus terang je la situasi sebenar. Nasib baik perempuan tu faham dan tak tuduh melulu. So, sekarang, cik Yana memang tak rapat dengan stranger. Kebaikan diri sendiri jugak :)

Panjangnya komen =.=


Lots of Love,
Cik Yana

Catat Ulasan



 
design by mizzapple