. Sekali Lagi Diuji .

Assalamualaikum.


Apa yang hendak saya sampaikan hari ini hanyalah sekadar luahan hati. Kita tidak pernah terlepas daripada mengimbau apa yang telah berlaku pada masa lalu terutamanya apabila kita putus cinta. Walaupun pahit untuk ditelan tapi itulah kebenarannya. Apabila melakukan aktiviti seharian, semua yang berlaku dapat dilupakan begitu sahaja, TAPI... ada satu ketika, hati kita pasti akan tersentak. Igauan semalam datang kembali.

Mengapa mesti perasaan ini dirasa lagi? Pedih. Hanya tangisan yang berderai di lubuk hati yang paling dalam bertopengkan wajah yang ceria diluarnya. Kaki melangkah untuk melakukan rutin harian setiap hari, cuba untuk tidak mempedulikan apa yang dirasa namun fikiran tidak dapat berhenti mengganggu. Igauan semalam, sejarah silam tidak mahu diingat lagi tapi semalam, apa yang berlaku betul-betul membuatkan perasaan ini merasai lagi apa yang pernah dirasai dulu.

Ku renung sejenak, cuba meredakan hati sambil melihat ke luar jendela. Ya, muhasabah diri, itulah yang harus dilakukan. Hati sebak, hati sedih, hati pilu mengenangkan masa lalu.

.Duhai hati.

Bila kamu putus cinta, pandanglah ke hadapan. Masih ramai manusia yang mencintai kamu. Malah, Allah S.W.T. tidak pernah putus cinta-Nya kepada kamu. Kenapa bila kamu putus cinta
dengan seorang manusia, kamu hendak memutuskan cinta segala-galanya?

.Hatiku.

Jika yang lalu datang kembali, jika yang lalu cuba menyingkap tirai lama yang telah lama ditutup, maka biarkanlah sahaja. Sememangnya kita tidak dapat lari dari perasaan ini tapi biarkan sahaja. Kita bukan yang dahulu lagi, yang tersesat dalam dunia penuh kegelapan. Kita telah tinggalkan jalan itu, menyedari hakikat yang sebenar berteraskan hidayah Allah S.W.T. Alhamdulillah dan moga ia berkekalan. Berdoalah kepada-Nya agar perasaan ini reda dari mengingati masa lalu.

Ya Allah, kuatkanlah hati ini Ya Allah, hanya kepada-Mu sahaja aku sandarkan cinta ini Ya Allah. Sesungguhnya Cinta Allah Cinta Abadi.
Amin.

.sekian.

16 pengomen tegar:

Amie berkata...

sesiapapun tak akan dapat melupakan kisah suka duka dalam percintaan, kenangan itu tetap datang.... itu normal, inilah kehidupan...penuh ujian dan dugaan, memang sangat sakit, sangat pedih tapi sesekali cuba kita dongak ke langit tatkala titik-titik hujan turun, sesungguhnya titisan air hujan nan jernih itu datangnya dari awan nan kelabu.... ada masanya kita diburu resah, ada masanya teramat gundah... dan memang kepada-Nya kita patut sandarkan cinta yang sebenar-benarnya cinta.

LuN@_aiDi berkata...

bersabar lah dlm setiap dugaan,
sama juge dgn dugaan cinta!
kembalilah kepada pencipta^^_ sesungguhnya DIA tahu apa yg terbaek untuk hambaNya!

Hanif berkata...

love is blind!!
Kerana sebab itu kadangkala kita dimainkan oleh perasaan.
But it great kerana ia membuat kita senyum sorang2 dan membuat kita menangis kepiluan..
Itu risiko bercinta...

E n t o y C a i r o berkata...

steady cik lyn..
semua ada hikmah i'allah...hidup ini pusing-pusing..apa-apa pun,
kekuatan abadi akan hadhir bila hati sering di uji bertubi-tubi..i'allah

keep smiling k...:)

Elie Lily berkata...

everything happens 4 a reason. God planned the best 4 you.. :)

pentoyybarney berkata...

aslmkm akma....
ayang nie...teruskan usaha anda...
jaga hati dan diri...hehe

farouq berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
farouq berkata...

jangan sedih-sedih:). hatisayakinimilik-Nya.saya juga he,he bye sok nak jalan jauh sorang-sorang.

cerita best berkata...

NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow

mizzapple berkata...

thnx all.

to pentoyybarney : maaf, ni bkn blog akma. ni blog akak dia.

naga berkata...

Hati adalah salah satu anugerah Allah swt untuk kita menikmati kehidupan ini. Kalau hati kita positif maka positiflah kehidupan kita dan sebaliknya. Kekuatan manusia bukan terletak pada fizikalnya tapi pada hatinya.Take care..

Cik tikah berkata...

pututs cinta tak bermakna berakhir semuanya... kan?

ctk berkata...

putus cinta ngan manusia semua sakit bila kena tinggal,maka bercinta lah ngan tuhan..sakit mcm mne pon, tuhan tetap xtinggalkan kita :)

Bancik berkata...

putua cinta adalah di antara manusia pengalaman yang paling menyeronokkan sebenarnya..he..he..

Amirul Hafizin berkata...

sabarlah..tiada apa yang perlu ditangisi apple~

Firman Allah:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." -al baqarah 216-

hawiz berkata...

anda diminati
http://wwwhawizcom.blogspot.com/2011/12/segmen-5-blog-paling-diminati-2011-by.html

Catat Ulasan



 
design by mizzapple