CP : Kenangan Bersama Guruku. P : 2.

salam readers. sambungan dari cerpen part 1.

" Damia Qumaira, cantik nama itu, saya suka ". Ucapan pertama perkenalan itu begitu menyentuh rasaku. " Saya baru habis belajar. Sekolah ini merupakan sekolah yang pertama saya bertugas ", jelasnya.

Aku rasa berdebar setiap kali bertentangan mata dengannya. Hari kedua, dia memberi tajuk karangan untuk diselesaikan. Aku tetap ingat tajuk bebas " pengalaman" itu.

" Damia Qumaira, cerita awak ini bagus, awak pandai mengarang, tapi mengapa ejaan awak banyak salah. Ejaan awak layak dan sama taraf dengan budak darjah enam ".

Nada suara itu selamba, tapi diikuti dengan pandangan yang begitu membenci. Ini benar-benar menyakiti hati. Itulah teguran pertamanya. Kepala bagaikan dihempap batu menerima teguran itu.

Sedu sedan masih belum dapat ku kawal. Air mata masih terus deras mengalir. Hari telah larut malam. Sederas air mata itu ingatanku menjelma.

" Cikgu baru tu smart ".
" Kau sukakan dia ke? "
" Tapi dia benci aku. Setiap yang aku lakukan salah belaka ".
" Tapi aku tahu dia suka kau ".
" Mana kau tahu ".
" Aku kan duduk sebelah kau, aku tengok bila kau tunduk, dia mesti tengok kau ".

Entah mengapa hatiku sedikit damai bila mendengar kata-kata yati, kawanku. Rasanya mahu aku menemuinya, mengapa dia begitu lancang mengutuk aku.

" Awak nie, Damia, pandai tapi malas ". Kata-kata itu seperti menjerut leherku dan susah bernafas. Hairan! aku rasa aku adalah antara pelajar yang rajin mengulangkaji pelajaran. Tapi itulah tuduhan yang harus aku telan. Apakah dia sengaja menyakiti hatiku?

bersambung..

17 pengomen tegar:

Cempakamelati berkata...

Baca dah.

kpah k-poh Sharifahnor berkata...

dik apple..citer best tapi ganggu ler benda yg gerak2 kat sbelah ni..buh tmpt lain boleh tak???

Izzah berkata...

cerpen ka..pengalaman ka..sweet!

Nadia Elena berkata...

blh jd novelis 1 ari nnt..nice!!! ;)

mizzapple berkata...

cempaka : ^^

sharifah : da tuka dh. sori2.

ummi : cerpen.

nurul : tq2. ^^

ghost berkata...

sebenarnya cikgu tuh mau kalau Damia minta tunjuk ajar dari dia kan..so,dia punya kesempatan utk kenal Damia lebih dekat.

Hmm...pentas kamu prop nya sudah set lain ya...

mizzapple berkata...

biskut : hehe. betul la 2.

yap! sdh tuka.

Unknown berkata...

Awak nie, Damia, pandai tapi malas suka ayat tu:) macam mana nak baca bahagian sebelumnya?

mizzapple berkata...

farouq : nti apple ltkkn link cerpen nie kt sidebar.

touya berkata...

kisah cinta terlarang antara anak murid dan cikgu nie .

pN.rOs berkata...

alamak sambung plak

raih syurga berkata...

assalamu a'alaikum..
boleh ta sye ikut lam kenal..

Muhammad berkata...

semua boleh join...saya bangga menjadi blogger malaysia..saya dah pilih blog ni...sudi2 yew singgh...

Mbah Dukun Bagong berkata...

Apakah Damia itu Apple?

Maya berkata...

besh citer niey..

mizzapple berkata...

touya : ^^

pn. ros : hehe. nantikan sambungan.

raih syurga : w'salam. boleh2.

matika love : tq2.

mbah dukun : cuba teka? wuwu

maya : tq2. ^^

j j berkata...

chummyhubbub

Catat Ulasan




 
design by mizzapple