.Kisah si Penjual Ubat dan Gempa Bumi.

.sekadar gambar hiasan.

Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya.

Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa pada tepat jam 11.30 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia pada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai orang, ada seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pakcik dan orang ramai yang membeli ubat tersebut terus memakannya untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. satu minit berlalu.. dua minit.. tiga minit.. hingga minit ke sepuluh. Pakcik tadi pun berteriak kepada penjual ubat tersebut.

Pakcik : Eh! Dah lama ni. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?

Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya!
Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!

*******************************************************************************
.sekian.

20 pengomen tegar:

Fadzli Amir berkata...

Har..Har...har..lawak siutt....aku pun terguling2...

kekelip berkata...

hahahaa...siot jek..kretip r penjual obat tersebut..huhu..

*bw n follow u. come n visit me back~

one2paii berkata...

haha..strategi yang amat melariskan pasaran perniagaan..(gua tahu,tuh gambar lu benaunya kan)-xsyak lagi..ituh mmg lu kan..haha

Min berkata...

Haha lawak lawak... suke citer ni... siap follow skali...

duanlang berkata...

sanagt menipu pakcik tu..hahaha

saye follow

http://wangwangsenbei.blogspot.com/2011/01/saye-terpilih-utk-top-50feel-free-to.html

mizzapple berkata...

fadzli : haha. lawak2

kekelip : nk meniaga kene kretip. huhu
nwy tq folo me. :)

mizzapple berkata...

one2paii : haha. bnyk la lu. 2 bkn gua pnya gmbr ar. lu tgk baik2 tu laki ke pmpuan. ngeee

mizzapple berkata...

min : haha. tq folo me. :)

duan : nk untung pnya psl. kena mnipu ar. huhu
tq2. :)

terokai seni berkata...

ada lagi ke ubat tu.. nak makan time orang membebel

ghost berkata...

ini namanya cong secara halus.taktik yang sangat menjadi dengan alasan yang cukup kukuh...syabas penjual ubat.

p/s:tak penah beli ubat tepi jalan.

mizzapple berkata...

cemomoi : ubat tuk org mmbebel mmg xde. keh3

mizzapple berkata...

biskut : huhu. jgn amalkan mmbeli ubat tepi jalan. :)

Kamsiah yusoff berkata...

kalau tak loyar buruk,bkn penjual ubat namanya..:)

mizzapple berkata...

kamsiah : btul3. huhu

Botak berkata...

mungkin betul kate pokcik yg jual ubat tu..
hahahahaha..

Juliana Razalee berkata...

sengal tul .. haha :)

mizzapple berkata...

botak : betul la sngt. haha

mizzapple berkata...

juliana : mmg sengal. huhu

office furniture berkata...

erm.. pandai pakcik tue jual... dia jual kt chow kit ke.. ka kt uptown stadium.. hehe

mizzapple berkata...

office furniture : kt chow kit kot. huhu

Catat Ulasan




 
design by mizzapple