.Bila aku Bersendirian.


Assalammualaikum.

Kekadang sesekali kita kena luangkan masa untuk bersiar-siar dan berjalan-jalan seorang diri. Ketika itu kita akan menilai diri kita. Bercakap didalam hati seorang, memandang gelagat orang didepan mata tapi jangan tenung orang, pndai-pandailah cover line. Kita akan rasa sunyi dan kekok bagi mereka yang selalu berteman. Bagi mereka yang single, memang dah biasa tak berteman jalan seorang diri ni dah menjadi asam garam hidup mereka dan pasti berangan untuk berteman kemana sahaja. Kalau tak dapat pasangan kekasih, kawan-kawan pun takpa untuk menemani mereka.

30 January 2011.

Hujung minggu, kawan-kawan sepejabat ajak outing sama-sama, main bowling dan makan-makan, aku dengan baik tolak pelawaan mereka. Hari ini aku nak berseorangan, nak jalan ikut langkah kaki dan nak perhati orang.

Aku memilih untuk berjalan di shopping complex sebab walaupun jalan seorang namun aku rasa berteman serta selamat sebab ramai orang. Kalau nak ke taman seorang diri memang tak berani, lebih-lebih lagi sekarang banyak kes rompak, peras ugut dan kes ' tuuut ' kat taman.

Aku masuk kedai baju niat dihati nak survey, kalau ada yang berkenan baru aku nak beli. Ada satu baju tu warna purple, cantik betul.
" Ya cik, boleh saya bantu? " kata pembantu kedai tu.
Aku pandang budak perempuan tu, aku senyum. Baru aku nak rasa kain baju dan belek-belek baju tu, potong stim betul. Aku senyum nak beredar ternampak pulak sepasang baju yang lagi menarik. Bila aku toleh kat tepi... Haik! minah nie ada kt sebelah aku tersengih. Mmm.. tak jadi aku nak tengok. Aku pun angkat kaki keluar dari kedai baju tu. Tarik nafas dan mencari kedai lain untuk diziarahi. Pembantu kedai nie memanglah tanggungjawab kerja depa, tapi janganlah sampai merimaskan pelanggan.

Best juga seorang ni, ikut hati sendiri je. Aku dan puas jalan-jalan, terasa letih, tekak rasa dahaga, perut rasa lapar. Aku pun singgah kedai makanan segera. Kalau perempuan bila dah jalan sendirian memang tak sah kalau tak diganggu lelaki-lelaki perasan handsome tapi aku buat derk je.

Sebenarnya, bukan ni aku nak cerita tapi ketika aku dalam supermarket. Aku masuk kedalam supermarket sebab nak beli buah epal untuk mengunyah dirumah nanti. Dari jauh aku dah nampak buah-buahan tersusun indah, wow! aku pun terus berjalan ke arah tempat buah, tak perasan terlanggar seorang lelaki.

" Woi! buat ka? saja ja langgar boyfriend orang. " Yang melenting marah aku bukan lelaki tu tapi sebelah dia. Aku diam je. Hish, takdelah aku terliur dengan boyfriend dia, yang aku terliur kt buah-buahan tu. Aku tak sengaja terpandang couple tadi, mmm... Menyampah! Perempuan tu saja ja tergedik-gedik dengan pakwe dia, pastu cakap kuat-kuat. Dia ingat aku hairan sangat dengan dia, pasti orang yang sedang membeli-belah kat situ pun rasa nak blah ja dari situ.

Lepas aku dah pilih buah-buahan dan menimbangnya, aku terpandang sudut makanan, aku nak pergi tapi yang tak bestnya pompuan tu dengan pakwe dia ada kt situ. Aku tengok jam, dah malam sangat ni. Kalau aku nak tunggu couple tu beredar, silap haribulan sampai nak tutup pulak shopping complex ni.

Jadi aku pun pergi ja kt situ. Pedulikan depa. Sampai kt situ aku nampak pompuan tu alih-alihkan harga makanan, dia alihkan harga yang mahal kepada yang murah. Kat situ pulak tak ada orang jaga, sedaplah dia buat projek. Pompuan tu ingat aku tak perasan agaknya.
Aku geleng kepala, dia perasan pulak aku geleng kepala.
" Ala, macam tak pernah buat, macam dia baik sangat. " pompuan tu cakap depan muka aku. Aku diam je, memanglah rasa untung bila barang mahal dapat harga murah tapi tidakkah dia terfikir makanan ni akan jadi darah daging. Aku biar ja, ikut hati nak ja aku report kt guard depan tu. mmm... tapi biarlah, aku malas nak masuk campur.

Huh! puas hati kau dapat jalan sorang-sorang. Bakul dah mula berat maka aku kena cepat-cepat ke kaunter pembayaran sebelum aku penuhkan lagi bakul ni. Tapi bila sampai kaunter aku tengak ada kecoh-kecoh. Aku pun kedepanlah nak tengok apa yang berlaku. menyibuk jap.

Aku tengok pompuan tadi tu dengan pakwe dia.
" Eh! manalah saya tahu! dah harga ni lekat sini, mana ada saya tukar price tag. " Terang pompuan tu pada dua orang didepannya.
Sorang tu guard kt situ, sebab pakai baju seragam guard, dan sorang lagi mungkin manager supermarket.
" Cik kak, kt situ ada kamera. bukannya kami menuduh tak berasas. " kata lelaki berseragam baju guard.
" Alaa.. tak berapa sen pun. letaklah harga mahal pun, aku mampu bayarlah. Cepat kira! " tengking pompuan tu. yang hairannya pakwe dia tu diam ja.

Hush! malu betul, semua orang tengok. lain kali buatlah lagi, setakat beza berapa sen bayar jelh, ni nak tukar harga. Bila pompuan tu terpandang aku ada kt kaunter, aku hanya senyum, lagilah dia tarik muncung panjang.

Setelah selesai membayar aku pun blah dari situ dan terus balik rumah.

.sekian.

43 pengomen tegar:

nub berkata...

hahaha..lagu tu pon ada naa... hihi macam2

al_hakim berkata...

mcm2 perangai org ni..hm..sy cdgkan mizz apple join sy belajar silat ..nak tak?selamat sikit.huu

Miss Pena Unggu berkata...

hi anda ditagged, if bkelapangan singgah la blog sy. Ni link:

http://misspenaunggu.blogspot.com/2011/01/25-things-related-to-me.html

shah-kayrul berkata...

mcm2 la org skrng...tue la....kena blk cash kat dunia nie....

mizzapple berkata...

nub : mcm2 lagu ada. huhu

hakim : hoho. boleh jgak 2. seni pertahankan diri.

mizzapple berkata...

misspena : tq. nti i visit. :)

shah : tu la psl. mcm2 prngai.

amier azrul alias berkata...

shoppng buah kt mne mizzapple?

cian die jln sorg2..
huu
besh entry nih :D

mizzapple berkata...

amier : kt supermarket le. wuwu

ala. sekali sekala jln srng2 best jgak.
tq. :)

nadira shahid berkata...

mak aih, ade gak orang cm tuh.. donia donia ;)

apek poyo berkata...

ada gak jenis org mcm ni ek..kalau mampu buat apa tukar harga..harap akal je ado..tp bengong..hahahhaha..
ntah² asal tuuu..corok kg mana ntah..poyo btl

Fadzli Amir berkata...

hehehe...baru dia tau langit tinggi ke rendah....nak berlagak sangat..kalau aku le mizz apple, aku hantam gelak terguling2 kat minah tu, macam p.ramlee & pendekar bujang lapok gelak kat pak abu....

miss fatihah berkata...

btl2 rimas kn.. lagi kalau tgh pilih org dok ikut2..

ch!natsu berkata...

haiila.. mcm2~

biskut berkata...

leh buat citer 'seharian di shopping complex'..

kerek tul minah tuh ek..mesti bf dia dah lama makan hati sangat kat dia..

err,picca tuh ,macam kat greentown jer mizz..

Imran nyambek berkata...

lain kali contact gua.gua leh temankan.

mi.yu berkata...

haishh. tak tahu malu sungguh perempuan tuh. kalau dia setakat luar cantik dalam huduh bak panorama dekat tempat longgokkan sampah,, baik ta payah laa. bikin malu kaum je -__-"

HARITH ISKANDAR berkata...

mm mcm2 perangai org ade kan,tp itu lah what goes around come around kan..nk kene tu sekejab aje.. :

mizzapple berkata...

nadira : mmg ada. jgn xtau.

apek : haha. ada akal tp xmo guno.

mizzapple berkata...

fadzli : haha. trlebih gelak tu smpai guling2.

fatihah : a'ah, rimas giler. nk bli pn xjd.

mizzapple berkata...

chinatsu : :)

biskut : huhu. xtau la yg 2 bisk.

eh, bkn kt greentown tp kt central squre.

mizzapple berkata...

imran : nk tnggu lu temankan entah bila. kui3

mi.yu : biasa la org belagak cm2. cantik luar je entah dalam cantik ke x.

harith : yap! betul2.

amier azrul alias berkata...

supermarket mane?
huhu

Panda berkata...

tak sangka ada lagi pmpuan mcm ni.. mcm2 hall. =="

Mohd Ridhuan berkata...

suka yang pasal time pilih baju...
setuju kalau bertanggungjawab sngt sampai merimaskan kite sebagai pelanggan

caliph shuriken berkata...

truk pompuan tuu.. mulot jaat.. pangai pun burok.. sia2 jaa idup, huh...

latest en3: ~ 10 saat saja ~

Abhamz berkata...

salam, jauh perjalanan luas pemandangan.....yang baik jadi tauladan yang buruk jadikan sempadan.

Mr. TN_SkY berkata...

Hahaha..dunia2..sabar cik epal..kan ALLAH bayar cash tuu..xpasai2 ja nak maki2 orang...kan da malu balik~ lalala..nice entry cik epal hehe..penyabar anda..lolx..lau SkY..=_=

KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA???

mie berkata...

tu dia!!
macam tu pun ada ke..
ehehee

mizzapple berkata...

amier : supermarket kt cs nie je.

panda : mmg ada. jgn xtau dik.

mizzapple berkata...

ridhuan : mmg rimas la. nak beli pn xjd.

caliph : 2 jenis pmpuan yg belagak.

mizzapple berkata...

abhamz : w'salam. betul2.

sky : hehe.tq
apple mmg penyabar. keke

mie : mmg ada.

Brilliant Marjan berkata...

buat malu muka je perempuan tu..adoilah..kan dah kena..berlagak xingat dunia..

~sy pun selesa jln sorg jika ingin bersendirian..byk yg kita fikir sambil nilai diri kita sendiri..

ANATI SOKI berkata...

stuju sgt!!! kadang2 tuh.. kita p kedai.. mengekor je satu kedai.. sumaph rimas.. nk beli baju pun spoil

ANATI SOKI berkata...

fllow mellow kamu :)

mizzapple berkata...

marjan : 2 la psl. belagak sngt.
yeh! betul2.

anati : agk2 la nk ikt pn. nie merimaskan pelanggan wt pa.

ijam ismail berkata...

hye........ijam dtg ni..
heeeeee..
ape kbr..?
=D

lizzscarf berkata...

Salam, jom shopping scarf di http://lizzscarf.com/

mizzapple berkata...

ijam : hye.
baik aje. :)

lizz : w'salam.
ok. nti i visit.

Mr. TN_SkY berkata...

ecece..smpt agi tuu hahaha :-p

KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA???

fara feroza berkata...

ingat kedai runcit ka nak wat cam tu..?? kedai apek belakang umah farh pun dah pakai cctv la..haha

cik shida..? nak kate ape lg..?

Puteri balqis berkata...

sya pun tak suka kalau ader org ikut time nak beli...rimas tp aper nak wat tugas die ek..hehe

mizzapple berkata...

sky : hehe. :)

farah : haha. 2 la psl.

puteri : mmg tugas dia. tp jgn la smpi merimaskan pelanggan. ye dk?

maya berkata...

huhu..tuhan sangat sayangkan dia...sbb terus2 dibantukan usahanyer...kalau tak mesti dah jadi teruk masuk mengalir dalam darah sendiri...

Catat Ulasan



 
design by mizzapple