.Kisah Bilik Terakhir dan Harta Karun.



salam readers.

Kisah ini berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil " Bilik Terakhir ". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan " Bilik Terakhir " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di Bilik Terakhir inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tersebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut, mereka mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan " Bilik Terakhir " itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01.00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya, ia mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua.

Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai didalam gua tersebut, alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun didalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

" Heyyyyyy manusiaaa!!!..
Jangan kau sentuh harta itu..

Hartaaaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaaaa!!!
" Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaa "
Ha Ha Ha Ha Ha Ha
Yaaaaaa..
Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa.. "

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

udah leeeee tuuuu..
peee buat keje..
hahaha..

.sekian.

44 pengomen tegar:

4umyfans berkata...

hahhaiii... mizz apple.
teman suka part "...ahmad albab yang punya...!"

yeayy! sungguh menarik ceritamu itu.

Yuni Aisyah berkata...

hahahaha...ingtkan btol la..mmg siyez gler bce...last part bawh ahmad albab yg punya...terkena den..ahahha

Wan Fakhrul Rin berkata...

Yok yo oo je kite setia membaca sampai habis.. ish2, wa kena beb! XD

tomatokering :) berkata...

hahaha ! tipah tertipu ! :D

mizzapple berkata...

4umyfans : haha. tq2. :)

yuni : saje nk wt suspen. keke

mizzapple berkata...

wan : tq sudi baca smpi abs. :)

tomato : tipu tertipah. =p

ghostwriter berkata...

hahahaa... kelakar....;p

ferry berkata...

aduii..ape la mizz apple ni :D

mizzapple berkata...

ghost : =p

ferry : hoho. napenye?

:: Zanna :: berkata...

wah!!!! tiba2 ahmad albab yg punya...ahakz!!!


n3 baru : dah kena buang keje ker?? ^.^

biskut berkata...

cepat hantar pegi perbendaharaan negara...haha

anak watan berkata...

huhu.. qupanya pengawal tue tgok tv...

apek poyo berkata...

cisss..betapa hampeh nyo n3 ekau ni epal..ciss..ciss

loLaa_nurafizza berkata...

huhuhu..dah penah bace..so mizz apple xberjaye memperdayekan sy..huhuhu

fydakachak berkata...

haha..
suke2..
stail laa..
:)

Mr. TN_SkY berkata...

ahahaha..:p harta karun itu..SkY yg punyalah..bagi loan kt jin tuu:p


Newbie Susahkan Blogger Senior

Mr. TN_SkY berkata...

Salam..SkY balas jejak anda,jengah sini,nice entry..sKY drop komen k:-) ha.help me..Boleh ke newbies susahkan blogger senior? help me at pondok kecil k.

mizzapple berkata...

zanna : :)

biskut : haha. mndenye.

mizzapple berkata...

anak watan : pngwal mmg sk tgk tv. keh3

apek : haha. ciss ape? cissdel? kui3

mizzapple berkata...

lolaa : ala. yeke? =p

fyda : :)

mizzapple berkata...

mr.tn-sky : haha. ok2. nti apple snggah blog sky.

10jarijemari berkata...

hahahahaha...ahmad pintu y punya...aku terkena....^^

Cik NuRuN berkata...

haha . intro cita seram ,
ending lak lawak . hee :))

perondajaketbiru74 berkata...

salam...terkena gua hihi...bole masuk raja lawak ni....cheers

mizzapple berkata...

10jarijemari : haha. =p.

ciknurun : hehe. suspen skit.

mizzapple berkata...

perondajaketbiru : w'salam. haha. msk raja lawak. cmform kene reject. keke

Mr. TN_SkY berkata...

heee..thanks cik epal..sudi ksi idea..hehe..jasamu dikenang :-)

Newbies Susahkan Blogger Senior?

sissyira berkata...

salam

picture yang 1st tu mmg seram..huhu



ziarah rakan yang saya follow :)

fara feroza berkata...

siyess ingat betul tadi...tp bila tibe2 kena turun bawah lagi untuk sambung baca dah rase cam tipu..haha nyway good job..:)

mizzapple berkata...

sky : hehe. welkem. :)

sissyira : w'salam. hehe. mmg seram.

fara : wt suspen jerk. nywy tq2. :)

Orchid Balqis berkata...

yeahh... kedeboomm..hahha..

Little Writer berkata...

tertipuu lagi. haha.xD

blogwalking.:)

mizzapple berkata...

orhid : haha. =p

little : tipah tertipu. :)

Aduka berkata...

bersungguh2 aku baca.. chaiittt..!
+________+

ejulz berkata...

adeiiiii! saba je laa.. bukan main semangt baca cerita ni td..

ejulz berkata...

adeiiiii! saba je laa.. bukan main semangt baca cerita ni td..

mizzapple berkata...

aduka : haha. kn dh kena. =p

ejulz : hehe. :)

ADEEYA berkata...

lol ;p

Sofia Aimd berkata...

hoho. ni dah nape ni.. hahaha.

Ask berkata...

Haha~ baru jak nak mula rasa feel2 seram.. tgk ending.. jadi gtu plak.. haha~

mizzapple berkata...

seram + lawak = baru ngam. keke

BRO_MONDAY berkata...

ahhhhh~~~ lawak nye kisah ni!!! beriya-iya ai baca dari atas...rupanye bikin gempak je!!!
koh koh koh

p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1. New Entry "^ CuTi PanjaM !!! Best nye..koh koh koh ^"
2. New Entry "CONTEST KAMI POSE COMEY"

mizzapple berkata...

bro : kui3

ok. nti i visit. :)

sTilLuvMylIfe berkata...

hahahaha...terkena suda...
buat I ketawa di petang hari yang suram ini...;)

Catat Ulasan



 
design by mizzapple