.Minum Air Najis.


Assalammualaikum semua.

Di laluan pejalan kaki berhampiran sebuah hospital di Port-au-Prince, ibu negara Haiti, seorang wanita terbaring dalam keadaan yang sungguh melarat. Tanpa dibaluti sebarang pakaian, tubuh kurusnya mengerekot sementara tangan kanannya digunakan untuk melindungi dada yang terbuka.

Sirna matanya mengharap agar ada manusia yang sudi membawanya ke hospital untuk dirawat namun tiada siapa yang peduli dengan keadaan wanita berkenaan. Orang yang lalu-lalang hanya memandang dan terus pergi tanpa rasa belas. Alasannya, mereka tidak mahu dijangkiti oleh wabak pembunuh yang sedang merebak di negara itu.

Senario ini bukan kebiasaan di Port-au-Prince walaupun Haiti digelar negara paling miskin di Amerika Latin.

Air najis

Namun, sejak dua minggu lalu, wabak taun yang mula merebak menjadi mimpi ngeri kepada seluruh rakyat negara itu. Apa tidaknya, dalam tempoh sebulan, sudah lebih 1,000 nyawa menjadi korban.

Deretan bencana yang menimpa Haiti seolah-olah memberi petanda bahawa gelombang maut bakal tiba ke pulau tersebut. Bermula dengan Taufan Tomas yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh serta lebih 6,000 keluarga hilang tempat tinggal awal bulan ini.

Haiti juga hampir musnah dalam bencana gempa bumi yang meragut 250,000 nyawa dan mengakibatkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal Januari lalu. Musibah banjir baru-baru ternyata merumitkan lagi keadaan di Haiti. Kawasan pedalaman dikatakan terjejas teruk apabila sawah padi dan kawasan penempatan ditenggelami air sehingga menyukarkan mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Penduduk di kawasan luar bandar sangat bergantung kepada sungai sebagai sumber air untuk minuman dan pertanian disamping aktiviti harian spt memasak, membasuh dan mandi. Walaupun sudah dimaklumkan terdapat bakteria daripada najis manusia yang menyebabkan air sungai ini tercemar, mereka masih meminum airnya.

* kasihan betul tgk wanita 2. syukurlah kt malaysia belum ada musibah macam nie lagi. *

12 pengomen tegar:

Muhammad berkata...

alhamdulilah.....kt malysia xdew mcam ni..

ghost berkata...

keberuntungan yang tidak disyukuri..

Ahmad Hamzah berkata...

kasihan tul kan, moga kita dijauhkan

yuhainienayusof berkata...

kesiannya..hukhukhuk
syukurlah m'sia tak mngalaminya..

touya berkata...

ianya adalah satu pengajaran untuk aku , syukurlah Malaysia tidak mengalami peristiwa ini . Minta dijauhkan

noa berkata...

beruntung kita kat malaysia kan

HaN WarreN berkata...

saya bersyukur duduk kat malaysia ni..

mizzapple berkata...

tp. masih ada lg rakyat malaysia yg xbrsyukur.

FakhrulZakry berkata...

huhu, sedih untuk melihat situasi macam ni. huhu

zizou berkata...

sakit, derita, mati- nikmat yg diberikan untuk dunia miskin

maksiat, dengki, ajaran sesat, mati- utk negara ada duit

gua pilih kesakitan.

Usagi berkata...

thanks for sharing this story. dengar kisah nie buat kita beruntung duk kt malaysia

Muhammad berkata...

sedih2..................

Catat Ulasan




 
design by mizzapple