Salam sahabat semua, sht ke ari nie?? moga sihat2 lah ye [ sendiri jwb sndri tnya. wuwu ]. ari nie epal nk story pasal gadis tanpa hidung!!. ada ke lam dunia nie gadis tanpa hidung? hmm. xmustahil la kan. Kuasa Tuhan xde spe boleh halang. jom kita tgk crita kt bwh nie.
Aisha, 19, memeranjatkan masyarakat dunia apabila muncul kali pertama di muka depan majalah Time tanpa hidung.
Dia muncul depan kamera televisyen untuk menerima anugerah Enduring Heart di satu majlis untuk Yayasan Grosman Burn, sebuah pertubuhan yang berpusat di Los Angeles yang membiayai pembedahannya. Aisha menerima anugerah itu daripada isteri Gabenor California, Maria Shriver.
Ketika berusia 12 tahun, bapa Aisha mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang didakwa pejuang Taliban, kononnya sebagai membayar hutang. Dia diserahkan kepada keluarga lelaki itu yang kemudian menderanya dan memaksanya tidur di kandang haiwan.
Apabila cuba melarikan diri, dia ditangkap dan hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sebagai hukuman. Apabila mereka memotong hidung dan telinga saya, saya pengsan. Pada tengah malam, saya terasa air sejuk mengalir dalam hidung saya. Saya langsung tidak dapat melihat kerana dilitupi darah.
Dia dibiarkan di kawasan pergunungan tetapi berjaya merangkak hingga ke kediaman datuknya. Bapanya berjaya menghantarnya ke pusat perubatan yang dikendalikan tentera Amerika Syarikat, tempat dia dirawat selama 10 minggu. Mereka kemudian menghantarnya ke sebuah pusat perlindungan rahsia di Kabul dan dihantar ke Amerika Syarikat Ogos lalu.
Sekarang aisya mampu tersenyum lebar kerana mendapat hidung palsu yang baru.
note : kejam tul suami dia. ngeri..
13 pengomen tegar:
lol ! memula ingt resdung ker kanser !!!!
haha....kn mnusia akhir zmn nie mmg kijam2 orgnyer
epal mula2 baca pn pkir cm2 gak.
wuwu.
kesiannye dye :(
cyan dia. uhuu~
sori epal,aku masih tak percaya kisah dia didera.Hanya kerana dia dikahwin paksa utk membayar hutang dan kebetulan orang itu pejuang taliban maka wujud cerita ini.tidak kah kita fikir bhwa ini propaganda US untuk menggambarkan betapa jahatnya taliban.im not sure about this story...its make wondering.
bapa yg tak berperikemanusiaan..sanggupnya
biskut : betul gak eh.
xtrpkir lak epal.
tp kite xtau story yg sebenar.
ish3.. kjam btol suami dya.. huhuhu
bukan setakat kejam, tapi laki dia tak reti bersyukur dapat sorang isteri cantek dan takder rasa tanggungjawab jaga amanah dari Allah
siann dia...kalo la blh ptg balik idung n telinga laki dia....kan best...kasi dia rasa camne kena ptg huhuhuh
bapa dan suami pun kejam, budak lagi dah disuruh kahwen.
Saya pernah tengok gambar ni di Majalah Time tu (di surat khabar)
tapi tak tau perkembangan sehingga Cik Lynn buat entry ni.
dah cantik lawa hidung dia ya..
yea dah ada hidung dah
salam...
belogwalking^^
Catat Ulasan