Bunuh anak dengan Pedang Samurai??

Salam sahabat blogger semua.

Seorang ibu muda akan didakwa atas tuduhan membunuh selepas dia menetak hingga mati dua anak perempuan kembarnya berusia tiga tahun dengan pedang samurai. Monica McCarrick membunuh kanak-kanak berkenaan dan kemudian meletakkan mayat mereka pada pintu utama bagi menghalang penyelamat masuk.

Wanita berusia 28 tahun itu ditemui berhampiran mayat kedua-dua kembar itu dengan kesan luka pada lehernya. Kepala seorang kanak-kanak itu hampir putus sementara seorang lagi mempunyai beberapa kesan tikaman di perut. Monica kemudian membakar rumah pangsa yang didiaminya dan menempatkan mayat itu di di pintu masuk sebelum cuba membunuh diri.

Monica pernah ditangkap sebelum ini kerana kesalahan dadah. Dia juga pernah ditangkap kerana satu kes keganasan rumah tangga di San Diego. Menurut tunangnya, Monica sudah 'hilang akal' kerana membunuh anaknya.

*sekian laporan dari cikepal* ^^

8 pengomen tegar:

one2paii berkata...

kejam gila mok die tuh,..aihhh..apo nk jadi la

MyraLove =) berkata...

huh..memang sah gila kalao macam tu gayanya

ghost berkata...

aku tak kasihan kat anak kembar dia..tapi aku kasihan kat dia kalau2 dia tak dapat bertaubat.anak kembar dia dah tentu aman dunia akhirat.

Unknown berkata...

Mane la dye dapat pedang samurai tu. Hebat-hebat. huhu

ellieandcarl'sstories berkata...

bongok nye pompuan ni.. ngandung 9+9= 18 bln 2 anak tuh wat penat badan jerk...

Hairil Rizal berkata...

Hmmm..patut dah dok asylum lama dah nie...

Unknown berkata...

pedang samurai dia dapat masa pegi jepon dulu, tak sempat datang malaysia.. kalu tak, die bunuh anak ngan keris... huhuhu

aman_arab berkata...

kejam giler...mesti tengah 'high' masa buat benda tu...kalau otak tengah waras mesti takkan sanggup buat sampai macam tu sekali..

Catat Ulasan




 
design by mizzapple