Pensel 8 Hari Dalam Alat Sulit

Seorang remaja lelaki bukan sekadar merogol rakan sebayanya, malah turut menyumbat sebatang pensel ke dalam kemaluan mangsa dipercayai bagi tujuan suka-suka.

Tindakan terbabit hanya terbongkar selepas doktor menemui pensel sepanjang empat sentimeter itu yang masih ‘tertanam’ dalam kemaluan mangsa.


Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun berkenaan tidak menyedari kewujudan pensel itu yang dicucuk suspek ke dalam kemaluannya sejurus selepas memperkosanya dalam kelas pada 13 April lalu.


Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosli Hassan, berkata mangsa yang juga anak terbuang dan tinggal di rumah kebajikan sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa rogol yang berlaku dalam kelasnya di sebuah sekolah di Rawang di sini.


Menurutnya, dalam kejadian terbabit mangsa dirogol ketika waktu rehat ketika kebanyakan pelajar kelas berkenaan keluar untuk makan di kantin.


“Namun berdasarkan siasatan, suspek turut ditemani beberapa rakan lelaki lain yang bertindak sebagai ‘penjaga’ yang berkawal di pintu kelas. “Rakannya itu dipercayai menutup pandangan dari luar supaya perbuatan rogol terbabit selama lima minit tidak dilihat sesiapa.


“Rakan suspek dipercayai sengaja bersubahat dan polis akan memberkas beberapa lagi pelajar lain dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.


Menurutnya, mangsa yang diperkosa suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan lanjut.


“Agak mengejutkan apabila mangsa tidak menyedari kewujudan pensel yang dimasukkan suspek ke dalam kemaluannya sejak lapan hari lalu. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengeluarkan pensel itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati mangsa sudah mengandung sebulan. Ini sekali gus membuktikan mangsa pernah diperkosa sebelum ini,” katanya.


Ditanya sama ada mangsa dirogol suspek sama, beliau bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu berikutan pegawai penyiasat belum mengambil keterangan kali kedua daripada mangsa.


“Fakta terbaru ini mungkin menjadi petunjuk baru mangsa pernah diperkosa di lokasi lain di sekolah sama. Setakat ini, suspek pelajar lelaki itu direman enam hari untuk membantu siasatan,” katanya.

9 pengomen tegar:

e~car182 berkata...

rasa nak sepak je laki tu!kurang ajar,,bwk ke tali gantung la plg senang

Cik Norfa berkata...

astagfirullah!
takut aku dengar...budak2 zaman sekarang dah melampau!! dah taktahu malu, takde adab takde rasa takut!

baru belasan tahun dah macam ni. aku tak tahu apa akan jadi kalau dia tak sekolah lagi. mesti mak ayah dia kecewa! aku geram betul baca berita macam ni...

mizzapple berkata...

e~car : hmm..btul3, xleh dbiar laki cm2

mizzapple berkata...

cik norfa : bdk2 zmn skg da xtkut dosa.. da rsak akhlak..

TeRRoRRiZZ berkata...

aduh manusia zaman sekarang...
rogol2 nih cam perkara rutin pulak......
nauzubillah........

mizzapple berkata...

TeRRoRRiZZ : 2 lh mnusia zmn skg..

SwEetForEst berkata...

OMG..bebudak skang ni mmg da pandai2..
ish2..cmne la pensel dok dlm tu??? xrse sakit ke???
ishh2..xtau la nk ckp cmne da..
budak sekolah tu..
hmm...

Fida Husain berkata...

atoyai... ngeri ok.. btw, budak2 sekarang ni susah la nk di kawal.. huhu... kdg2 , budak2 kecik pon da taw da ap bende kejadah tu..hurm.. tataw la nk cakap ape kan...

mizzapple berkata...

hmm Cik Lynn pn da xtao nk ckp ape SwEetForEst n Fida Jai OWN, tknologi mkin cnggih, bdk2 zmn skg plak pelik2 prngai.. ape kne mngena lak tknlgi ngn bdk2 zmn skg..huh! cnfius2..

Catat Ulasan




 
design by mizzapple