Perkosa Gadis Nahas

Lagi2 kes rogol, perkosa, mangsanye cmform la wanita xkn laki plak kan.. hm.. layan jelh..

Seorang remaja perempuan bukan saja menderita kesakitan apabila tangan kirinya patah akibat kemalangan tetapi menjadi mangsa rogol seorang lelaki kejam yang sebelum itu menyembur sesuatu ke mukanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 pagi semalam, mangsa berusia 19 tahun yang menunggang motosikal bersama rakannya berusia lingkungan 40-an, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Jalan Pasir Pedamar di Kampung Pasir Pedamar, dekat sini.


Bagaimanapun, sebaik tiba di sebuah sekolah rendah di Jalan Pasar, mangsa menyedari seorang lelaki berbadan sasa mengekori motosikal yang ditunggangnya menyebabkan mangsa bertindak memecut motosikalnya.


Suspek kemudian memintas motosikal ditunggang mangsa sebelum menyembur sesuatu ke arah muka mangsa menyebabkan dia hilang kawasan sebelum terbabas dan jatuh ke tepi jalan.


Timbalan Ketua Polis Hilir Perak, Superintendan Mohd Zaki Harun, berkata mangsa yang juga anak bongsu daripada lima beradik, dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai bekerja sebagai pembantu ibunya di sebuah kedai makan.


“Kemalangan itu menyebabkan mangsa patah tangan kiri dan luka di paha kiri, manakala rakannya cedera ringan di badan dan kaki,” katanya.


Menurutnya, mangsa yang meraung kesakitan, kemudian dihampiri suspek yang bukannya cuba menolong sebaliknya bertindak meraba bahagian sulit mangsa.


Katanya, suspek turut mengugut akan mencederakan mangsa dengan topi keledar jika dia cuba melawan.


“Suspek yang tidak mengendahkan jeritan kesakitan mangsa bertindak mengangkat dan membawanya menunggang motosikal ke sebuah tandas awam tidak jauh dari tempat kejadian.

“Sebaik membawa masuk mangsa ke dalam tandas, suspek merogolnya dan melarikan diri selepas kejadian itu,” katanya.


Mohd Zaki berkata, mangsa kemudian berjalan pulang ke rumahnya dalam keadaan kesakitan sebelum memberitahu kejadian itu kepada ibunya yang sebelum itu dimaklumkan mengenai kemalangan menimpa anak bongsunya itu oleh rakan mangsa yang turut cedera.


Mohd Zaki berkata, ibu mangsa kemudian membawanya ke Balai Polis Teluk Intan untuk membuat laporan mengenai kejadian itu sebelum mangsa dan rakannya dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) bagi menerima rawatan.

P/S : Giler btul mamat tuh..

5 pengomen tegar:

Amna Nasuha berkata...

Rasanye lelaki tu dah lama aim pompuan tu...

SwEetForEst berkata...

ishhh..teruk betul mamat tu..
geramnyeee...sian kt budak pompuan tu..hmm..riso plak..

mizzapple berkata...

Mama Yuki : mmg dia da aim la tu..

SwEetForEst : mamat tu bkn je truk, da tahap giler tu..sme2 la kta jg dri..

zan xray berkata...

dalam memecut tu leh lagi orang tu potong..memang laju la tu.entah apa la yg disemburnya tu.
Moga2 yang lain dapat berfikir untuk melepaskan diri walaupun dalam kesakitan atau tidak berdaya kan LYNN.

mizzapple berkata...

Zan : Btul la tu zan.. skg nie nk kua umh pn tkut.. mnx smpng larh..

Catat Ulasan




 
design by mizzapple