Di Gilis Lepas Jatuh

Menyayat hati apabila seorang gadis yang tercampak ke atas jalan raya sejurus motosikal dinaiki terbabas tidak sempat bangkit menyelamatkan diri sebelum digilis sebuah kereta menyebabkannya mati di tempat kejadian, kelmarin.

Kereta itu yang mengekori mangsa dari belakang gagal mengelak selepas Norlaili Jamaludin, 25, tergolek di atas jalan sebelum melanggar mangsa.

Sumber polis berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 6 petang ketika mangsa bersama rakan lelakinya menaiki motosikal di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) arah Kuala Lumpur berhampiran Taman Medan, di sini.

Menurutnya, rakan mangsa, Faizul Majid, 22, dalam perjalanan menghantar Norlaili pulang ke rumah saudaranya tidak jauh dari tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi Faizul gagal mengelak lalu merempuh sisi belakang sebelah kanan sebuah bas RapidKL yang diletak di bahu jalan menyebabkan kedua-dua mereka tercampak ke atas jalan raya.


“Sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun gagal mengelak sebelum merempuh Norlaili. Rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di muka dan badan,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati Norlaili berasal dari Jalan Sawi 6, Yap Tau Sah, Kluang, Johor.

“Kemalangan itu turut menyebabkan Faizul cedera parah. Faizul dari Kemaman, Terengganu penuntut tahun pertama, Ijazah Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam,” katanya.

Orang ramai yang menghubungi talian kecemasan 999 resah apabila ambulans tidak muncul selepas lebih 30 minit sehinggalah pegawai penyiasat trafik muncul di lokasi kejadian.

Akhirnya, sebuah kereta peronda polis yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 7 malam mengambil risiko menghantar Faizul ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Jenazah Norlali turut dihantar ke PPUM dengan kenderaan pacuan empat roda polis beberapa minit kemudian untuk bedah siasat.

Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar berkata, pemandu kereta terbabit sudah membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang pemandu kereta yang memandu laju menggunakan tayar gantian maut selepas tercampak keluar sejurus kenderaan dipandu terbabas dan melanggar pagar kawasan tapak pembinaan.

Dalam kejadian jam 5 pagi semalam, rempuhan kuat kereta Proton Satria itu turut mengakibatkan enjin kenderaan tercabut sebelum tercampak keluar kira-kira 20 meter.

Sumber polis berkata, kemalangan berlaku ketika Jinnah Rao Munusamy, 23, memandu bersendirian berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) susur Kepong, di sini.

1 pengomen tegar:

Mr Rulez berkata...

cedeynye..2lar risau klu pmpn bawak moto..bapak kiter xbg..pasal nie lar..

Catat Ulasan



 
design by mizzapple