'Anak Saya Tak Terbabit Jenayah'

MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar  menyampaikan ucapan takziah kepada ibu  remaja kena tembak, Norsiah  Mohamad   di rumahnya di Shah Alam, semalam.

MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menyampaikan ucapan takziah kepada ibu remaja kena tembak, Norsiah Mohamad di rumahnya di Shah Alam, semalam.

"Saya yang lahirkan dia, saya yang besarkan dia dan sekarang saya mahu membersihkan namanya pula," rintih Norsiah Mohamad, 60, ibu kepada Aminulrasyid Amzah, 15, remaja yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Seksyen 11, di sini, kelmarin.

Beliau mendakwa anak bongsu daripada lapan beradik itu tidak terbabit dalam aktiviti jenayah seperti dilaporkan media.

"Arwah Amirul seorang anak yang manja, tak mungkin dia terbabit dalam kegiatan jenayah.

“Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya pada sidang media berhubung kes itu di rumahnya, di sini, semalam.

Norsiah, seorang ibu tunggal sehubungan itu meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi mencari keadilan.

Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman polis, Norsiah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama anggota keluarganya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, yang hadir sama pada sidang media itu berharap kes itu dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.

"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, di sini itu.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, beliau akan membangkitkan isu itu dalam mesyuarat Kabinet hari ini untuk perhatian kerajaan.

Katanya, Umno negeri sedia menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan Kerajaan Malaysia, selain mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Sementara itu, kira-kira jam 2 petang, Norsiah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11, antaranya menuntut kes anaknya itu disiasat Bukit Aman.

Beliau ditemani beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan aktivis peguam ketika membuat laporan itu. Hadir sama, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya; Exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Kakak Aminulrasyid, Tuty Shaninza Anom Amzah, 36, berkata beliau terkejut mendengar berita mengenai adiknya yang ditembak kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Katanya, arwah bukan seorang penjenayah, tetapi anak yang sangat menghormati orang tua selain turut aktif kegiatan kokurikulum. sehingga mewakili pasukan bola sepak daerah Petaling.

"Saya berharap pihak polis menyiasat kes kematiannya dengan telus supaya keadilan dan kebenaran berhubung kes ini dapat ditegakkan, sekali gus dapat membersihkan nama Aminulrasyid," katanya.

Berikutan kejadian itu, empat anggota peronda dari IPD Shah Alam, kini diarah melakukan tugas di pejabat bagi membolehkan siasatan terperinci kes itu dijalankan..

P/S : Kesian kan..

5 pengomen tegar:

IRAH HAJERAH AZMAN berkata...

erk, kalau betol die x bersalah..... kesiannya... tp atleast nama die boleh dibersihkan

capt berkata...

tunggu siasatan polis. Kadang-kadang Polis ingat nyawa anak org murah...Pang..pang..Pang.

Mak dia bela 15 tahun..senangx mereka tembak..

Kalau kena anak aku..Polis yg tembak tak ada tempat nak menyorok kat atas dunia ini. Cari sampai lubang cacing...geram ni.

mizzapple berkata...

cik irah : btul tu..

capt : kena tuntut bela tu..huh!

zan xray berkata...

Macam mana la kesudahannya kan.
Hanya polis dan mangsa je di tempat kejadian emmm.

mizzapple berkata...

zan : same2 la kte nntikn ksdhannya..

Catat Ulasan




 
design by mizzapple