Assalammualaikum.
Tuk Guru : " Hang telah menempuh semua tahap pelajaran dan tinggal satu ujian saja lagi. Kalau hang boleh menjawabnya beerti hang lulus,".
Adi : " Baik tuk, apa soalannya? "
Tuk Guru : " Hang cari orang atau makhluk yang lebih rendah tahapnya daripada hang. Tuk bagi hang tempoh tiga hari untuk mencarinya. "
Lepas tu Adi pun meninggalkan pondok untuk melaksanakan tugas dan mencari jawapan atas pertanyaan gurunya.
Hari pertama, Adi bertemu dengan seorang pemabuk yang boleh dikatakan hampir tiap-tiap hari dok mabuk. Adi berkata dalam hatinya, " Hmmm... inilah orang yang lebih rendah martabatnya daripada aku. Aku telah beribadah puluhan tahun sedangkan dia terus-terusan mabuk. "
Tetapi sesampainya dirumah, timbul pertanyaan dalam fikirannya, " Belum tentu, sekarang orang tu dok mabuk, tapi siapa tahu pada akhir hayatnya Allah s.w.t memberi hidayah ( petunjuk ). Manakala aku yang sekarang banyak beribadah tetapi pada akhir hayat nanti tidak seperti ini. Bermakna dia belum tentu lebih hina daripada aku. "
Hari kedua, Adi keluar rumah lagi dan bertemu dengan seekor anjing yang sangat menjijikkan . Bulunya kusut dan tubuhnya penuh dengan kudis. Adi berfikir dalam hati, " Anjing ini haram, menjijikkan dan penuh kudis... maknanya ia lebih hina daripada aku. "
Adi berasa amat gembira kerana telah mendapat jawapan atas pertanyaan gurunya. Sebaik selesai solat isyak dan ketika hendak merebahkan tubuh untuk tidur, tiba-tiba Adi berfikir, " Anjing tu kalau mati, habislah halnya. Ia tidak diminta atau ditanya tentang tanggungjawab atas perbuatannya oleh Allah, sedangkan aku akan diminta dan ditanya akan tanggungjawab yang sangat berat dan kalau aku berbuat banyak dosa akan masuk neraka kelak. Hmmm... maknanya keadaan aku tidak lebih baik dari anjing tu. "
Hari ketiga dimana akhirnya Adi berjumpa tuk gurunya.
Tuk Guru : " Sudah dapat jawapannya? "
Adi : " Sudah tuk, " Ternyata orang yang paling rendah amalannya adalah saya. "
Mendengar jawapan Adi, gurunya tersenyum, " Hang lulus. "
Kalaulah semua manusia mempunyai sikap seperti Adi, alangkah indahnya hidup ini.
.sekian.
sekadar gambaq hiasan
aku pinjam sat gambaq ni. gambaq sapa xtau. tuan empunya gambaq, jgn marah na.
aku berkenan tgk pemandangan ja.
Ada satu kisah seorang pemuda yang menuntut ilmu dengan seorang tuk guru. Bertahun-tahun dia mendalami ilmu hingga sampai pada peringkat terakhir. Dia mengadap gurunya untuk ujian terakhir tersebut.aku pinjam sat gambaq ni. gambaq sapa xtau. tuan empunya gambaq, jgn marah na.
aku berkenan tgk pemandangan ja.
Tuk Guru : " Hang telah menempuh semua tahap pelajaran dan tinggal satu ujian saja lagi. Kalau hang boleh menjawabnya beerti hang lulus,".
Adi : " Baik tuk, apa soalannya? "
Tuk Guru : " Hang cari orang atau makhluk yang lebih rendah tahapnya daripada hang. Tuk bagi hang tempoh tiga hari untuk mencarinya. "
Lepas tu Adi pun meninggalkan pondok untuk melaksanakan tugas dan mencari jawapan atas pertanyaan gurunya.
Hari pertama, Adi bertemu dengan seorang pemabuk yang boleh dikatakan hampir tiap-tiap hari dok mabuk. Adi berkata dalam hatinya, " Hmmm... inilah orang yang lebih rendah martabatnya daripada aku. Aku telah beribadah puluhan tahun sedangkan dia terus-terusan mabuk. "
Tetapi sesampainya dirumah, timbul pertanyaan dalam fikirannya, " Belum tentu, sekarang orang tu dok mabuk, tapi siapa tahu pada akhir hayatnya Allah s.w.t memberi hidayah ( petunjuk ). Manakala aku yang sekarang banyak beribadah tetapi pada akhir hayat nanti tidak seperti ini. Bermakna dia belum tentu lebih hina daripada aku. "
Hari kedua, Adi keluar rumah lagi dan bertemu dengan seekor anjing yang sangat menjijikkan . Bulunya kusut dan tubuhnya penuh dengan kudis. Adi berfikir dalam hati, " Anjing ini haram, menjijikkan dan penuh kudis... maknanya ia lebih hina daripada aku. "
Adi berasa amat gembira kerana telah mendapat jawapan atas pertanyaan gurunya. Sebaik selesai solat isyak dan ketika hendak merebahkan tubuh untuk tidur, tiba-tiba Adi berfikir, " Anjing tu kalau mati, habislah halnya. Ia tidak diminta atau ditanya tentang tanggungjawab atas perbuatannya oleh Allah, sedangkan aku akan diminta dan ditanya akan tanggungjawab yang sangat berat dan kalau aku berbuat banyak dosa akan masuk neraka kelak. Hmmm... maknanya keadaan aku tidak lebih baik dari anjing tu. "
Hari ketiga dimana akhirnya Adi berjumpa tuk gurunya.
Tuk Guru : " Sudah dapat jawapannya? "
Adi : " Sudah tuk, " Ternyata orang yang paling rendah amalannya adalah saya. "
Mendengar jawapan Adi, gurunya tersenyum, " Hang lulus. "
***************************************************************************
Kesimpulannya : Selama kita masih hidup kita tidak boleh sombong, berasa lebih baik daripada orang atau makhluk lain. Yang berhak sombong adalah Allah s.w.t kerana kita tidak tahu bagaimana akhir hidup kita nanti. Oleh itu, kita kena belajar berprasangka baik terhadap orang atau makhluk lain yang diciptakan oleh Allah.Kalaulah semua manusia mempunyai sikap seperti Adi, alangkah indahnya hidup ini.
.sekian.
26 pengomen tegar:
sentiasa la kite muhasabah diri tuk menjadi yang terbaik.nice entry..
sy pon suka pemandangan tu..sangat cantek.
"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa,dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". al-hujuraat : 12
nice entry ^^ keep it up!
firstly: view tuh memang beautiful..mendamaikan.
sentiasa merasa rendah diri dan tawadduk kepada Pencipta kita..
moga beroleh kesedaran dari peringatan.
dah mcm cte nurkasih pic to, doa atas batu, heeee. nice entri. :)
bagusnya...
salam, jenguk n folo cni...
like this!!
wah. menarik citer nih. jangan menyombong di bumi Tuhan nih
penuh pengajaran.. moral nye jangan lupe diri ye.. hee
Cerita yang sangat bagus dan menarik Mizz
insaf kejap bila baca
Nice post :)
cerita dalam teladan...
muhasabah diri setiap masa...
perbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada...
tak leh sombong2 nie..nanti senang orang benci..hehe
carilah keburukan yang ada pada diri untuk berubah menjadi lebih baek...
carilah kebaikan dalam diri orang lain agar dapat dijadikan contoh dalam kehidupan...
cerita yg sgt baik untuk tidak dipandang sepi..=)
harap aku tak lupa diri
tolong ingatkan aku kalau aku terlupa
ENTRY HOT : dia tinggalkan aku...
mari kita sama2 bermuhasabah diri. :)
best entri ni.ya,dapat muhasabah diri...:) sbb semua makhluk tidak berkuasa,hanya allah ygb maha berkuasa.
wow best la blog mis aple ni...nt jd folower sy leh..hehe..da jd folower kamu miss..hehe
salam..
saya setuju! kita sebagai khalifah di muka bumi ni tak boleh sombong dan bangga diri serta pandang hina pada orang lain..
x sia2 berguru dgn yg terbaik...
latest en3: ~ impak tsunami ~
btol tu m.a...tapi manusia ni mesti ada sikap PHD..minta2 dijauhkan la perasaan ini..thanx 4 sharing.. :)
Terkini : Kesan dari tsunami di Jepun
entry yg sangat bagus...
cerita ni sgt bagus ada tauladannya
kena muhasabah diri selalu nih..
tersedar, ternyata diri ni masih lagi tidak cukup amalan.. terima kasih sebab mengingatkan ;)
Catat Ulasan