Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata :
" kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun ".
klik untuk tumbesaran
Ertinya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Segala Puji itu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah Wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya ( Tuhan tiada bersifat lupa ) dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian mohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan ( amal bakti ) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak-menghampakan harapan kami Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.
Doa Awal Tahun Hijrah
Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharam. Sesiapa yang membaca Doa ini, syaitan berkata :
" Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan ".
klik untuk tumbesaran
13 pengomen tegar:
salam maal hijrah ya mizz apple.. :)
salam maal hijrahh
salam maal hijrah jugak :)
follow u
salam maal hijrah semua. =)
Thanks sharing ilmu..
btw, thanks jgk sbb visiting blog saya :)
salam maal hijrah ya! :)
salam maal hijrah apple...
salam maal hijrah,sama2 kita hayatinya....
Semoga semperna Maal Hijrah mampu kita menghijrahkan diri.
Manusia yang beruntung adalah hari esok lebih baik daripada hari ini.
salam maal hijrah.
amin. mudah mudahan kita mampu menghijrahkan diri kita.
dtg jenguk
Salam maal hijrah gak! InsyaAllah, ameen. =)
saya tag apple^^
Catat Ulasan