.Salam Maal Hijrah.

salam readers. Selamat menyambut Maal Hijrah 1432H. kt sini apple nak kongsikan sedikit Doa akhir dan awal tahun.

Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata :

" kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun ".

klik untuk tumbesaran

Ertinya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Segala Puji itu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah Wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya ( Tuhan tiada bersifat lupa ) dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian mohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan ( amal bakti ) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak-menghampakan harapan kami Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.

Doa Awal Tahun Hijrah

Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharam. Sesiapa yang membaca Doa ini, syaitan berkata :

" Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan ".

klik untuk tumbesaran

Ertinya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Rahmat dan sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah ( Nafsu yang mendorong kepada kejahatan ). Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

13 pengomen tegar:

ayie berkata...

salam maal hijrah ya mizz apple.. :)

Asyraf Hamasaki berkata...

salam maal hijrahh

Tanpa Nama berkata...

salam maal hijrah jugak :)
follow u

mizzapple berkata...

salam maal hijrah semua. =)

Unknown berkata...

Thanks sharing ilmu..
btw, thanks jgk sbb visiting blog saya :)

Unknown berkata...

salam maal hijrah ya! :)

~Queen Of Heart~ berkata...

salam maal hijrah apple...

Pink Pearl Lady berkata...

salam maal hijrah,sama2 kita hayatinya....

Ismi Azraf berkata...

Semoga semperna Maal Hijrah mampu kita menghijrahkan diri.

Manusia yang beruntung adalah hari esok lebih baik daripada hari ini.

mizzapple berkata...

salam maal hijrah.
amin. mudah mudahan kita mampu menghijrahkan diri kita.

Rosliza Roslan berkata...

dtg jenguk

Adam berkata...

Salam maal hijrah gak! InsyaAllah, ameen. =)

Apple berkata...

saya tag apple^^

Catat Ulasan




 
design by mizzapple