Gangster dan Si Bisu!!

Salam readers. Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil keputusan mengupah seorang lelaki bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM 50,000.00.

Walaubagaimanapun, si bisu tersebut menyembunyikan wang di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka berjumpa dengan seorang lelaki yang pakar dalam bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang itu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu.

Si bisu menunjukkan isyarat untuk " aku tak tahu apa yang mereka katakan ".

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau bisu.

Si bisu menunjukkan isyarat " duit RM 50,000.00 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk ".

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster.
" Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak, tembaklah. "

Kesimpulannya : hampa pikir la sendiri. wuwu

~sekian~

10 pengomen tegar:

noa berkata...

uiksss sadisnya

Unknown berkata...

adeh...

ghost berkata...

hahaha....sapa lebih bijak?aku lha!sebab aku pakar bahasa.amik ko,

aLoNg.... berkata...

hahaha...
gangster r paling sengal..
ade g gne org luar..
mmg r org g amek kesempatan..

pipoq berkata...

pakar bahasa ? hahaha..
hampeh tul..

mizzapple berkata...

nama je gangster tp bodo! huhu

ghost berkata...

kan yang jadi sumer gangster tuh bodoh2,ya sebab sajer dia tunjuk kuat maka ade yg jadi pengikutnya.

aku berkata...

kihkihkih....sengal tahap baboon gangster tuh...

Hakim Zailan berkata...

hhahaa,pakar bahasa memang bijak gaban!haha!

geekz36 berkata...

kalau aku jd si bisu, kompem aku bg koordinat salah sbb lastly depa akan tembaka gak utk hapuskan bukti. si pakar bahasa pon konpem kena tembak sekali, sbb dia dah tau rahsia gangster tu. logical thinking!

Catat Ulasan




 
design by mizzapple