Salam Aidilfitri 1431H

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431H kepada semua pembaca blog ini, rakan-rakan di Facebook, dan kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Jika saya ada tersalah bahasa, terlanjur kata dan apa jua jenis kesalahan, saya memohon kemaafan. Semoga kita kembali kepada fitrah manusia yang baik-baik bersempena dengan hari raya fitrah ini seperti bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

kad-raya-9

Kita berjumpa lagi selepas hari raya nanti. Lupakan kerja dahulu dan ambillah peluang dan masa yang ada untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Hari raya lah antara hari yang sesuai untuk bertemu dengan mereka yang amat jarang kita bersua muka.

Selamat bergembira bersama orang yang tersayang.

Ikhlas dari,

Cik Lynn a.k.a Epal Violet

5 pengomen tegar:

Tanpa Nama berkata...

selamat hari raya....
pinta kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki......

mizzapple berkata...

selamat hari raya..

moga lebaran tahun ini memberi makna bagi kita semua..

zan xray berkata...

Moga aidil fitri mengeratkan silaturahim sesama saudara, rakan dan taulan.moga juga hilang marah dan dendam, sakit hati dan senketa lama bila tangan dihulur tanda maaf dipinta.

selamat hari raya cik Lynn.

mizzapple berkata...

selamat hari raya zan ^_^

Hairil Rizal berkata...

Selamat Hari Raya juga dari Warlord's Armoury! :)

Catat Ulasan




 
design by mizzapple