Budak 10 Tahun Mati Tertelan Pen!!


Dia tidak mahu suami saya memandikannya seperti kebiasaan, sebaliknya mahu mandi seorang diri di luar rumah beberapa jam sebelum meninggal dunia,” kata Rohayani Asra, ibu kepada Mohd Hamizan Jasmin, 10, yang mati akibat tertelan besi hujung pen ketika berada dalam kelas di Sekolah Kebangsaan Chuping.

Murid tahun empat itu dipercayai mengulum pen berkenaan sebelum secara tiba-tiba besi hujung depan pen berkenaan dikatakan tercabut dan memasuki saluran pernafasannya menyebabkan dia rebah sehingga mengejutkan rakan sekelas lain.

Mangsa kemudian disahkan sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beseri selepas tidak sedarkan diri, kira-kira jam 9.45 pagi dan hasil bedah siasat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) menemui besi hujung pen itu dalam badannya.

Rohayani berkata, selain enggan dimandikan ayahnya, Mohd Hamizan juga menunjukkan perubahan sikap apabila menjadi pendiam sejak seminggu lalu sedangkan sebelum ini dia banyak bercakap.

“Bagaimanapun, saya menjadi lemah lutut apabila melihat arwah sudah kaku di katil dengan keadaan mulutnya berlumuran darah manakala pegawai perubatan di klinik berkenaan pula gagal menyatakan punca sebenar kematian.

“Malah, ujian X-ray juga gagal menjumpai sesuatu bagi mengaitkan punca kematiannya menyebabkan jenazah anak saya dibawa ke HTF untuk dibedah siasat,”.

Selepas selesai bedah siasat petang semalam, baru doktor menemui sesuatu dalam badan arwah iaitu besi pen yang menjadi punca kematiannya.

Arwah Mohd Hamizan adalah anak kedua daripada empat beradik, malah dia sempat menghantar anaknya itu ke sekolah dengan motosikal, semalam.

“Arwah seorang yang aktif selain rapat dengan ibunya. Malam tadi (semalam), dia sempat berbual panjang dengan ibunya. Apapun, saya reda dengan kejadian yang berlaku dan menyifatkannya sebagai ketentuan Allah,” katanya yang bekerja sendiri.

Mayat mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Perun, Chuping, lewat petang semalam.

Pihaknya menolak sebarang unsur jenayah berhubung kematian mangsa, namun siasatan terperinci tetap dilakukan termasuk mendapatkan maklumat daripada rakan sekelas, guru dan ibu bapa mangsa.

“Kami menerima laporan daripada seorang guru Hal Ehwal Murid sekolah terbabit yang menyatakan arwah meninggal dunia kerana tertelan sesuatu ketika berada dalam kelas bersama rakan lain,”.

Difahamkan, besi hujung pen itu memasuki saluran pernafasan mangsa hingga menyebabkan mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.

5 pengomen tegar:

Hairil Rizal berkata...

Iktibar:
1. Beritahu anak-anak supaya jangan buat kerja pelik-pelik dan tak sihat seperti menggigit/mengulum pen

2. Setiap seorang dari kita perlu tahu macam mana nak menangani kes bila orang tercekik macam tu.

Zikr the Jalanan Sepi Perantau berkata...

innalillah... banyak kejadian pelik sejak akhir2...

mar yanie berkata...

mmg mgigit pen ni dah jadi tabiat dari dulu lagi..tapi x sangka sampai jadi camni kan..semua ketentuan Allah..

Kuman Chaos berkata...

al-fatihah.. bahaya gigit pen ni..
kuman "Tribute to guru elite" Entry

n@jwamz berkata...

bila da sampai ajalnya...
gigit pen smpai tertelan hnya lah penyebab..
sedey njwa baca...takziah buat kuarge allahyarham..:)

Catat Ulasan



 
design by mizzapple