. Award Follower Bertuah dari en. Farique.


salam readers. cantik x award nih?? apple dapat award nie dari en.farique sbb apple follower yg bertuah dlm blog dia. apple bukan saja dapat award tau tp dpt top up 5 hinggit jgak. ala jd la tu kn dari xdpt apa2. keke

kata en.farique " mizzapple sila buat satu entry mengenai award ini kerana award ini adalah saya buat khas dan teramat khas untuk mizzapple ".
wah! terharu x?? apple trharu sngt sbb dia mnghargai follower2 dia.

thnx ye en.farique kerana terlebih dahulu menjadi follower apple. blog yang xseberapa nie. sebenarnya apple pun minat jugak dengan no 3,6 nie. nak tau kenapa? sebab no nie sama dengan tarikh lahir apple. so, memang bertuah la kan.

award nie memang cantik, style. lebih-lebih lagi bila ia dibuat khas untuk apple. so, pada sahabat2 blogger jangan ada rasa cemburu tau? sila buang jauh-jauh perasaan tu. :)

************************************
hampa nak tau x kenapa en.farique memilih no 36 sbg follower brtuah?? klu nak tau hampa boleh baca kt sini.

so, jom la pakat-pakat kita terjah blog en.farique. sbb next year dia nak buat peraduan n giveaway. ha!! jgn lupa jd follower beliau sekali ye.

akhir sekali, thnx again en.farique!!

~sekian~

.CP : Kenangan Bersama Guruku. Part : 3.

salam semua. jom ikuti sambungan CP dari part 2.

Dalam usia 17 tahun ini, aku rasa begitu sensitif pada kata-kata seseorang. Bila menyentuh perasaan dan agak bertentangan dengan diriku sebenar, aku begitu terasa hati.

Hari ini aku hanya menatap buku di meja, sedikitpun aku tidak memandang wajah cikgu yang menyakitkan hatiku. Entah kenapa ada sesuatu yang terasa damai bila memandang wajah itu. Tapi ia berubah menjadi sedih bila ada kata-kata yang melukakan.

" Damia Qumaira." Dia memanggil.
Aku berdiri dan menuju ke mejanya mengambil kertas peperiksaan pertengahan tahun yang pasti telah dicatat markahnya.

Aku tidak berani menentang wajahnya. Aku terlihat 85 peratus. Hatiku jadi gembira, tetapi aku cuba mengawal rasa gembira itu. Hingga selesai kertas dibahagikan, barulah aku mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Aku rasa Cikgu Riduan tentu akan memujiku kali ini. Kebahagiaan tiba-tiba bertakhta dalam diriku.

" Damia Qumaira, ada saja yang tak kena pada kertas jawapan awak". Suara itu tiba-tiba membuat aku hiba. Aku fikir aku akan tersenyum malu bila dipuji kerana mendapat markah tertinggi, rupanya sangkaan itu salah.

Aku dapat melihat rakan-rakan memandang padaku. Pelajar yang mendapat markah tertinggi pun tidak memuaskan hati cikgu, mungkin itu kata hati rakan-rakan.

Pulang ke rumah hanya dapat melepaskan rasaku melalui airmata.

Cuti penggal kedua, Cikgu Riduan menganjurkan lawatan ke alam semulajadi di Gunung Jerai, Kedah. Aku tidak bercadang pergi, kerana aku tahu nanti segala kata-kata Cikgu Riduan akan menyakitkan hatiku. Apalagi bila sepanjang hari bersamanya.

Namun, aku begitu ingin mengikutinya. Alangkah bahagia hati aku bila Cikgu Riduan memakan bekalan yang aku bawa, lalu memuji masakan itu.

bersambung.

.Award dari Orchid | Aisyah | NovelGurl | mr. L.

Assalammualaikum. award again n again. kali nie dari 4 rakan blogger.

.First.
dari cik orchid. tq ye adeq. bnyknye soklan.

1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
  • tom yam. bihun sup. bakso.
2. 2 jenis air apa yg korang paling suker?
  • jus carrot. milo ais.
3. Which type of food yg korang prefer,pilih 3...
malay,chinese,japanese,westren,italian,mexican,arabian?
  • malay. japanese. arabian.
4.Apa makanan yg korang paling expert masak?dlm kata lain,xyah tgk resepi tp at the same time bila org lain rasa,org akan kata 'wah!gila sedap'
  • telor goreng. miahaha gile sedap woo.
5.Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?
  • 5 hinggit je kot.
6.Ayam,kambing,lembu,itik,burung puyoh,burung wak2,rusa,landak,merpati,ayam denak.mana satu yg korang suker?klu korang ada suke yg lain aku xlist,bgtau je la.
  • rabbit ang xletak. aku suka rabbit.
7. Menu raya yg paling disukai.
  • rendang n ketupat.
8. Beri 2 makanan yg emak korang masak yg korang suka?
  • tom yam.
  • bihun soto.
9.Korang klu jumpa org yg TAG ni,apa agaknya korang nk hidang/belanja?
  • makan KFC.
10.Sila TAG 2 0rg & paksa mereka buat Tag ini?

.second.

award nie dari adeq aisyah. tq ye, susah2 je kasi akak. =)

.third.
award dari novelgurl. award berantai + berhantu. apa yg berantai n berhantu 2 eh.

syarat-syarat untuk dapat award ni ialah :

1. Thanks to the sender of the award and linked this entry to the sender.
2. Share 8 facts about yourself.
3. Give this award to the others blogger who deserve it.
4. Sebarkan hingga semua blogger dapat ( maksud award berantai )

8 perkara tentang aku?
  • suka melukis kartun.
  • gile shopping. gile hangout.
  • cakap banyak. tapi sebenarnya pendiam.
  • paling suka makan tomyam. sedap woo.
  • suka aktiviti lasak.
  • gemar bermain badminton.
  • suka lepak tepi pantai. release tension.
  • single. but not available.
apple tag 2 orang utk award nie.
.fourth.

a. berikan 1 nickname utk sayer ( pemberi award )
mr. L

why??
hanya tahu nama dia L.

b. berikan ucapan kpd pemberi award.
thnx 4 the award.

c. listkan 6 artis/band yg korunk minat?

faizal tahir
fahrin ahmad
asyraf muslim
3 sudah.

d. tag follower 4 this award.
haniniputra
cazari

~sekian. sila amek ye.~

. 10 Pesanan Imam Shafie Yang Perlu Diikuti.

Assalammualaikum.

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut : " Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara :
  • Hak kepada diri : mengurangkan tidur, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  • Hak kepada Malaikat maut : Menggandakan kewajipan2 yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH.
  • Hak kepada Kubur : Membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
  • Hak kepada Munkar dan Nakir : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak kepada Mizan ( Neraca timbangan amalan pada hari Kiamat ) : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak kepada Sirat ( Titian yang merintangi Neraka pada hari Kiamat ) : Membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Hak kepada Malik ( Malaikat penjaga Neraka ) : Menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak kepada Ridhuan ( Malaikat penjaga Syurga ) : Merasa redha kepada Qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.
  • Hak kepada Nabi Muhammad S.A.W : Berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada Al-Sunnah ( Hadith ), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak kepada ALLAH s.w.t : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
~sekian~

Award dari Kak Pah | Zanna | Nadia

salam readers. award again!! kali nie dari 3 sahabat blogger [ Kak Pah | Zanna | Nadia ] thnx eh give apple award nie.

.First.

kiriman dari :
Kak Pah

.soalan tag.

1. Berikan pendapat tentang blog si pemberi award?
nice blog.

2. Siapa geng blogger yang paling rapat dengan korang?
semua.

3. Sila tag 3 orang blogger untuk award nie!
zanna
ahmadjo
kamil ace

.Second.

thnx Pn zanna bagi apple award nih! :)
award nie appe da dpt. tp xpelah apple jwb jgak eh.

1. http://zulyana83.blogspot.com/ dimata kalian??
blog yang sempoi. cantik menarik tertarik memang da bomb! keke

2. nama blog anda dan kenapa letak nama tu?
saya suka apple. sbb tu saya letak nama mizzapple. =)

3. nama URL blog anda dan dari mana datangnya idea tu?
time nie sy tgh mkn buah epal. idea dtg dri si2 la. keh3

4. apa method dlm penulisan blog anda?
anything.

5. apa perasaan anda bila tgk blog org lain cantik dan blog anda tidak?
t'ingin nk ada blog cm dorng. tp smpi skg xdpt. wuwu

6. bila blog anda diwujudkan?
June 2009

7. siapa orang pertama tahu dan jadi follower blog anda?
alamak! xingt la plak.

8. sila tag 5 orang untuk dptkn award tersebut.
mamat
cazari
deQdeq

.Third.

award yg terakhir dari cik nadia. tq ye adeq.

soklan2nye.

1. sejak bila korang mula berblogging?
June 2009.

2. mengapa korang berblogging?
sekadar mengisi masa lapang.

3. korang slu buat entry mengenai apa?
anything.

4. suka blogwalking x? nyatakan sebab.
suka. boleh jalan2 ke blog geng2 blogger.

5. tag 3 orang blogger.
orchid
biskut
nora

sekian sudah. jgn lupa amek ye!.

Gangster dan Si Bisu!!

Salam readers. Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil keputusan mengupah seorang lelaki bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM 50,000.00.

Walaubagaimanapun, si bisu tersebut menyembunyikan wang di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka berjumpa dengan seorang lelaki yang pakar dalam bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang itu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu.

Si bisu menunjukkan isyarat untuk " aku tak tahu apa yang mereka katakan ".

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau bisu.

Si bisu menunjukkan isyarat " duit RM 50,000.00 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk ".

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster.
" Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak, tembaklah. "

Kesimpulannya : hampa pikir la sendiri. wuwu

~sekian~

.Salam Maal Hijrah.

salam readers. Selamat menyambut Maal Hijrah 1432H. kt sini apple nak kongsikan sedikit Doa akhir dan awal tahun.

Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata :

" kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun ".

klik untuk tumbesaran

Ertinya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Segala Puji itu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah Wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya ( Tuhan tiada bersifat lupa ) dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian mohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan ( amal bakti ) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak-menghampakan harapan kami Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.

Doa Awal Tahun Hijrah

Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharam. Sesiapa yang membaca Doa ini, syaitan berkata :

" Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan ".

klik untuk tumbesaran

Ertinya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Rahmat dan sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah ( Nafsu yang mendorong kepada kejahatan ). Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.



 
design by mizzapple