Kemalangan Ngeri!!

Seorang lelaki maut dalam keadaan otaknya bersepai apabila kereta dipandunya melanggar besi penghadang lebuh raya sebelum `terbang’ dan terjunam dari ketinggian lebih 20 meter.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi semalam, kereta model Citroen itu terbabas ketika melalui kilometer 456.2, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara selepas susur tol Sungai Buloh di sini.

Difahamkan kereta dipandu mangsa merempuh besi penghadang lebuh raya sebelum terseret dan terhumban ke dalam longkang di bawah jejambat lebuh raya berkenaan.

Lebih mengerikan apabila besi penghadang terbabit tembus memasuki kereta mangsa sebelum menembusi perutnya sehingga mengakibatkan kecederaan parah.

Saksi kejadian, Mokhtar Mahmud, 34, berkata, dia yang ketika itu sedang menunggang motosikal terkejut melihat kereta dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang tepi lebuh raya.

Kereta dinaiki lelaki itu kemudian melambung jatuh dari jejambat sebelum satu lagi bunyi hentaman kuat didengar dari bawah lebuh raya.

“Saya memberhentikan motosikal dan melihat kereta terbabit jatuh betul-betul dalam longkang dengan tiga batang besi penghadang lebuh raya turut terperosok masuk ke dalam kereta terbabit.

“Pemandu kereta terbabit tercampak keluar dari kenderaannya yang remuk sebelum terpelanting ke dalam longkang kira-kira lima meter dari kereta berkenaan,’.

Kemalangan itu amat ngeri apabila serpihan otak mangsa berterabur di atas tanah selain melekat di ranting semak.

“Pemandu lelaki berusia 20-an yang memakai kemeja dan seluar pendek itu mati di tempat kejadian sebelum anggota bomba dan penyelamat selain polis trafik Petaling Jaya tiba di lokasi kejadian.

Kemalangan mungkin lebih ngeri jika kereta terbabit menjunam jatuh atas jalan raya Kepong ke Sungai Buloh yang ketika itu sesak dengan kenderaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh di sini, kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Berdasarkan siasatan, tiada tanda kesan brek pada permukaan atas lebuh raya yang memungkinkan mangsa terus melanggar besi penghadang terbabit sebelum menjunam jatuh.

Kemalangan berlaku di Batu 12, Jalan Kuala Selangor dari arah Kepong di sini apabila kereta dinaiki mangsa terbabas sebelum terhumban jatuh dari Lebuhraya Utara-Selatan di bahagian atas jalan berkenaan. Mangsa dikenal pasti sebagai Azizi Seh Mohd, 27, dari Taman Tun Doktor Ismail (TTDI) di sini.

Nota : Simpati nasib mangsa..

2 pengomen tegar:

sitikus berkata...

eeeuuuwwww....ngerinya melekat kat ranting.

Tanpa Nama berkata...

tipu gila saya pergi lihat jenazah arwah kepala dia tak pecah macam mana otak boleh bersepai.. tak baik buat cerita.

Catat Ulasan




 
design by mizzapple