Bunuh, Makan mayat mangsa!!

Enam pemuda yang mengisytiharkan diri mereka pengikut Syaitan semalam dipenjara sehingga 20 tahun selepas didapati bersalah membunuh empat remaja belasan tahun dan mengerat mayat mereka di sebuah hutan.

Keenam-enam mereka, empat daripadanya berusia bawah umur ketika kejadian, didakwa turut memakan sebahagian anggota tubuh mangsa di kawasan hutan berhampiran bandar Yaroslavi, timur laut Moscow.


Mereka didapati bersalah membunuh empat orang dengan tujuan memulakan upacara keagamaan dan ‘merosakkan’ mayat mangsa,” menurut kenyataan mahkamah di Yaroslavi.


Kumpulan berkenaan membunuh keempat-empat remaja itu pada Jun 2008. Mereka kemudian mengerat mayat dan mencuri barangan milik mangsa.


Saki baki mayat berkenaan ditemui tertanam di hutan itu Ogos tahun lalu.


Tertuduh didapati bersalah atas tuduhan membunuh sementara empat daripada mereka turut didapati bersalah atas tuduhan merosakkan mayat.


Hukuman penjara 20 tahun, yang paling lama, dikenakan terhadap ketua kumpulan itu, Nikolai Ogolobnyak.


Sebuah akhbar tempatan melaporkan, anggota kumpulan itu menikam mangsa dan kemudian mengerat mayat mereka, memasak dan memakan sebahagian anggota tubuh mangsa.


Empat anggota bawah umur kumpulan itu dipenjara 10 tahun, hukuman maksimum untuk tuduhan membunuh.

Note : Serammm..

1 pengomen tegar:

Nisy@ Khai berkata...

memang pengikut syaitan betul...

Catat Ulasan



 
design by mizzapple