. Monoloq Diri .

Assalammualaikum.

sekadar gambar hiasan

Rasanya sudah lama tak bermonoloq disini. Kesibukan membuatkan aku semakin hari semakin jarang untuk update. Entah kenapa rasa ini tiba-tiba bagai hilang. Dalam amarah pada diri yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. 

Marah kerana tak bisa mengawal minda. Marah kerana gagal mengenal jiwa. Marah kerana sering alpa pada cinta. Entah kenapa rasa ini semakin hari semakin suram. Melihat dan melihat tanpa ada yang berdetik seperti selalu. Mungkin keutuhan yang cuba dibina menjadi punca. Tekanan yang memaksa diri dalam renungan yang kelam.

Aku cuba mencari diri yang lama menyepi. Biar sakit, biar perit. Gagah melangkah tiada beralih arah. Biar dibenci biar dihindar, tapi masih tetap bertahan kerana aku masih tetap aku yang dulu.

.sekian.

. Semangat Baru .

Assalammualaikum..

Walau apa jua yang berlaku di masa lalu, kuatkan semangat kita untuk membina hidup yang baru. Apa yang berlaku dimasa lalu terima saja sebagai sebahagian daripada sejarah hidup.

Paling penting jangan selalu menoleh ke belakang, kerana ia akan 'menahan' anda dari terus bergerak maju ke depan. Setiap kali menoleh ke belakang, berbagai perasaan akan timbul. Tertekan, sedih, kecewa dan seribu satu macam lagi bersarang tiba-tiba di benak anda.

Kesannya, mood anda akan berubah secara tiba-tiba. Lama-kelamaan fikiran-fikiran negatif mudah masuk kedalam minda anda dan menyebabkan anda jadi tidak bersemangat, lemah, longlai dan bagaikan tidak bernyawa.

Allah sayang pada hamba-hambanya, Dia takkan menurunkan musibah begitu saja, mesti ada hikmah disebaliknya dan menjadi tugas kita untuk menilai diri, apa yang kita buat dan sebanyak mana kita mengingati DIA satu masa dulu.

Walau tiada siapa yang mendengar jeritan suara batin Anda, dia sentiasa mendengar. Merintih, mengadu dan memuji namaNya dalam doa-doa Anda adalah perkara terbaik untuk dialukan di saat tiada siapa yang boleh duduk bersama mendengar luahan hati Anda.

Jadikan kesilapan masa lalu sebagai pembakar semangat ! Di kala orang mengecapi kesenangan, kebahagiaan dan kejayaan, anda juga berhak mencapai yang sama, hanya perlu mengatur strategi anda sendiri untuk mencapai semua itu.

Di saat anda tidak tahu ke mana mahu berjalan, kata hati dan naluri Anda merupakan teman terbaik. Usaha membina hidup baru, bila anda sudah mencapainya ia merupakan satu kejayaan yang amat manis !!

.sekian.




 
design by mizzapple