Salam sahabat semua, sht ke ari nie?? moga sihat2 lah ye [ sendiri jwb sndri tnya. wuwu ]. ari nie epal nk story pasal gadis tanpa hidung!!. ada ke lam dunia nie gadis tanpa hidung? hmm. xmustahil la kan. Kuasa Tuhan xde spe boleh halang. jom kita tgk crita kt bwh nie.

Aisha, 19, memeranjatkan masyarakat dunia apabila muncul kali pertama di muka depan majalah Time tanpa hidung.
Dia muncul depan kamera televisyen untuk menerima anugerah Enduring Heart di satu majlis untuk Yayasan Grosman Burn, sebuah pertubuhan yang berpusat di Los Angeles yang membiayai pembedahannya. Aisha menerima anugerah itu daripada isteri Gabenor California, Maria Shriver.Ketika berusia 12 tahun, bapa Aisha mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang didakwa pejuang Taliban, kononnya sebagai membayar hutang. Dia diserahkan kepada keluarga lelaki itu yang kemudian menderanya dan memaksanya tidur di kandang haiwan.
Apabila cuba melarikan diri, dia ditangkap dan hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sebagai hukuman. Apabila mereka memotong hidung dan telinga saya, saya pengsan. Pada tengah malam, saya terasa air sejuk mengalir dalam hidung saya. Saya langsung tidak dapat melihat kerana dilitupi darah.
Dia dibiarkan di kawasan pergunungan tetapi berjaya merangkak hingga ke kediaman datuknya. Bapanya berjaya menghantarnya ke pusat perubatan yang dikendalikan tentera Amerika Syarikat, tempat dia dirawat selama 10 minggu. Mereka kemudian menghantarnya ke sebuah pusat perlindungan rahsia di Kabul dan dihantar ke Amerika Syarikat Ogos lalu.
Sekarang aisya mampu tersenyum lebar kerana mendapat hidung palsu yang baru.note : kejam tul suami dia. ngeri..




