Achik Spin Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ngeri

Salam sahabat..



Keluarga Allahyarham artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, berada di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, malam ini.

Penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 28, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, petang tadi.

Pegawai Turut Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

“Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.

“Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur,” katanya di sini.

Katanya Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.

Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’’afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

“Pihak kami menerima panggilan pada pukul 6.32 petang dan kebakaran berjaya dipadamkan beberapa minit kemudian,” katanya.

Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut..

p/s : Takziah atas keluarga arwah achik spin..

Angkara Setan Kecil Rosak 9 Kereta Guru

Marah kerana dihukum atas kesalahan disiplin, sekumpulan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya Selatan boleh diibaratkan ‘setan kecil’ apabila sanggup merosakkan sembilan kereta guru dengan menyimbah cat kuning dan putih, petang kelmarin. Mereka juga bertindak ganas apabila memecahkan cermin belakang sebuah kereta Perodua Myvi milik guru.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, kumpulan pelajar samseng terbabit dipercayai melakukan kerja itu selepas waktu rehat sesi petang .

Kenderaan guru terbabit diletak bersebelahan pagar berdekatan makmal dan kumpulan pelajar terbabit dipercayai menceroboh kawasan sekolah dengan memanjat pagar.

Menurut sumber, seorang pelajar tingkatan dua dikenal pasti menjadi ketua kumpulan samseng itu dan bakal berdepan tindakan tegas.

“Mereka pantas melarikan diri dengan memanjat pagar sebelum lesap ke kawasan perumahan berdekatan sekolah,” katanya yang enggan dikenali.

Katanya, pelajar terbabit mengisi cat kapur berwarna putih dan kuning ke dalam beberapa karung plastik sebelum menyembur cecair itu di kenderaan guru.

Sumber itu berkata, difahamkan seorang daripada pelajar terbabit mahu merosakkan kenderaan guru disiplin, tetapi mungkin bertukar fikiran dengan merosakkan lapan lagi kenderaan lain yang berada di tempat letak kereta itu.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan dua yang mengetuai serangan itu tersilap langkah apabila memecahkan kereta milik seorang guru wanita kerana menyangka ia milik guru disiplin yang menghukum mereka.

Menurut sumber itu lagi, polis tiba di sekolah berkenaan kira-kira jam 5 petang untuk menjalankan siasatan sebaik dimaklumkan kejadian itu.

Tinjauan Harian Metro mendapati kawasan parkir di kawasan sekolah itu sudah diletakkan papan larangan meletak kereta dan direntang dengan tali.

Difahamkan, kejadian disedari pengawal keselamatan sekolah apabila sekumpulan pelajar lain menjerit memberitahu ada pelajar menyimbah cat dan memecahkan kenderaan guru dipercayai menggunakan batu.

Antara kenderaan yang menjadi mangsa lepas geram kumpulan pelajar itu ialah Proton Exora, Perodua Myvi dan Perodua ViVA.

Sekolah menengah terbabit juga sekolah angkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan dijalankan.

Bagaimanapun, Arjunaidi enggan mengulas lanjut berhubung serangan kumpulan pelajar samseng itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi talian 03-79662222. Difahamkan kes terbabit dilanjutkan kepada pengetahuan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Kementerian Pelajaran.

P/S : Budak2 zaman skg perangai pelik2..




 
design by mizzapple