Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan!!



Jalur Gemilang yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum Negara Merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult.



















Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.

Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar dengan warna kuning bagi mewakili warna Diraja.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan mengenai bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada 26 Mei tahun yang sama, Bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh Tanah melayu.

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada Kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama Jalur Gemilang dicipta oleh pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Ankuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan.


















Surat Mohamed ketika menghantar rekaan bendera Malaysia.
















Lakaran asal Bendera Malaysia.

Note : Selamat Menyambut KEMERDEKAAN ke-53



 
design by mizzapple