Modul Pendidikan Seks DiSekolah! Perlu atau tidak???

Salam semua. ADA sesuatu yang perlu diperbetulkan dalam mentaliti masyarakat kita apabila membicarakan soal seks. Sikap tertutup dan menganggap seks sebagai subjek menjijikkan antara pandangan yang membelenggu minda masyarakat dan sukar diubah.
Masyarakat masih menganggap soal seks hanya boleh dibicarakan golongan dewasa yang berkahwin, bukan di kalangan kanak-kanak atau pelajar.


Bagaimanapun, masyarakat lupa seks adalah sesuatu yang suci, malah Islam mempunyai peraturan mengenai perkara itu, cuma ia tidak boleh disalahgunakan untuk kepentingan nafsu semata-mata.


Mana lebih baik, sama ada seks dibicarakan secara terbuka dalam suasana ilmiah atau membiarkan pelajar mencarinya melalui Internet yang kesannya lebih berbahaya? Pendidikan seks perlu dipelajari tanpa mengira usia dan latar belakang kerana ia satu proses pembelajaran berterusan.


Membina benteng dengan menganggap soal pendidikan seks perkara memalukan tidak membantu menyelesaikan masalah sosial, malah lebih merumitkan keadaan.


"Soal seks dalam masyarakat kita terlalu tertutup, menyebabkan golongan yang ingin memperoleh maklumat sering kali dipandang serong.


"Mereka lupa, pertanyaan dan pendedahan itu satu proses pembelajaran sepanjang hayat. Apa yang menjadikannya jijik dan kotor adalah istilah semata-mata.


"Jangan kita sempitkan minda kerana itu cabang ilmu yang perlu dipelajari. Justeru, masyarakat perlu mengubah mentaliti mengenai seks bagi mengelak ia menghalang proses pembelajaran," katanya.


Isu pendidikan seks bukan sesuatu yang baru, malah banyak kali cuba diterapkan di sekolah tetapi akhirnya menemui jalan buntu.

Berikutan masalah sosial di kalangan remaja yang kian membimbangkan terutama gejala buang bayi, ia timbul semula dan terus menjadi perbahasan pelbagai pihak, yang setuju dan membantah. Realitinya, pendidikan seks adalah sebahagian daripada proses pembelajaran sejak lahir hingga ke liang lahad. Perkahwinan, kelahiran dan tanggungjawab suami isteri tidak dapat lari daripada keperluan seks.


Cuma, keghairahan dan kecenderungan generasi hari ini menyalah guna serta mentafsirkan soal itu menjadikan pendidikan seks semakin rosak dan menyimpang daripada matlamatnya. Natijahnya, golongan muda menjadi mangsa kerana mereka 'terperangkap' dengan stigma yang dilemparkan masyarakat.


"Antara matlamat awal pengenalan pendidikan ini ialah untuk mendidik individu secara ilmiah mengenai fungsi tubuh secara biologi. Malangnya, ia disalah guna menjadi seperti subjek tidak bertamadun sedangkan agama juga menitikberatkannya. "Cuba lihat reaksi pelajar apabila mereka belajar mengenai pendidikan seks. Jika tidak diterangkan dari awal, pasti mereka anggap pembelajaran itu hanya mengenai satu aspek saja.

"Penting bagi ibu bapa, masyarakat dan guru bersedia dengan mekanisme tertentu supaya membantu pelajar mendapat maklumat yang betul,".


"Mewujudkan modul pendidikan seks di sekolah usaha yang baik, namun sokongan luar juga perlu supaya semua aspek seimbang dan mantap.


"Ia bukan tugas mudah tapi boleh dilakukan. Proses pembelajaran dilakukan secara berterusan, seimbang dengan nilai moden, lama dan keagamaan. "Pada masa sama, beri fokus pada langkah pencegahan demi mempertingkatkan tahap kesedaran seks,".

Amalan Mengelakkan Santau!!

Salam blogger..
hari nie just nk bg tip tentang amalan mengelakkan santau.. apakah amalan yang biasa kita lakukan utk mnghindarkan dri dari trkena santau. ok, tipsnya cmnie..

1. sebelum nk g mkn baca surah Al-Quraisy sebanyak stu kli.

2. Setelah sampai tmpt mkn baca surah Al-Quraisy skli lg.

3. Setelah dbacakan ayt2 trsebut, prhatikan bayangn wajah kta kt dlm air. skranya trdpt byngan wjh kta, mka kta bleh mmnumnya. Namun, jka sbaliknya, sbaiknya jgn dmnum.

4. Sebelum mkn psing sdikit pnggan dan baca.

5. Jika terdapat racun santau, Insyaallah pinggan tu akn pecah dgn izin Allah.

Surah Al-Quraisy hendaklah dijadikan amalan bagi mengelakkan dri drpada trkena racun santau dan juga sebarang gangguan.

Nota : Dri Dato' Hj Ismail Kamus [ Kaedah Perubatan Islam ]

Maut Dipijak Suami

Akibat gagal mengawal perasaan cemburu buta selepas melihat isteri bersembang dengan kenalan lelaki melalui telefon bimbit, seorang suami memijak perut, dada, kepala dan paha wanita itu sehingga maut di Ladang Selborne, Padang Tengku dekat sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Rosmawati Abd Rahman, 39, yang mempunyai enam anak berusia dua hingga 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum kejadian, si suami yang kebetulan berada di rumah diberitahu anaknya berusia 12 tahun, mangsa sedang bercakap dengan seorang lelaki melalui telefon bimbit. Difahamkan, lelaki terbabit yang ‘panas telinga’ selepas dimaklumkan demikian menghampiri isterinya sebelum merampas telefon bimbit berkenaan.


Pertengkaran tercetus apabila mangsa tidak puas hati tindakan suaminya sebelum lelaki itu menolak isterinya hingga tersembam ke lantai. Tidak cukup dengan perlakuan ganas seperti haiwan, si suami kemudian memijak perut, dada, kepala dan paha sehingga mangsa meraung kesakitan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, lelaki itu kemudian mencekik leher dan menghantuk kepala isterinya ke lantai sebelum wanita itu dilaporkan tidak sedarkan diri. Menurutnya, anak mangsa yang menyaksikan kejadian menyayat hati itu segera menghubungi kakaknya untuk meminta bantuan selepas melihat ibunya tidak sedarkan diri.


Katanya, siasatan mendapati, setiba di rumah, anak perempuan mangsa mendapati ibunya terbaring berlumuran darah di kepala. Ibrahim berkata, melihat isterinya tidak sedarkan diri, lelaki itu melarikan diri dengan menunggang motosikal sebelum kejadian itu disedari penduduk kampung.


“Laporan berhubung kejadian itu dibuat penduduk kampung di Balai Polis Padang Tengku, dekat sini, pada jam 6.15 petang kelmarin dan pemeriksaan dijalankan pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis (HKL) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. “Mayat mangsa dihantar ke HKL untuk dibedah siasat pagi ini (semalam),” katanya.


Menurutnya, polis sudah menubuhkan pasukan khas termasuk menggunakan Unit Anjing Pengesan untuk memburu suspek berusia 46 tahun di sekitar daerah ini dan Mempaga, Bentong.

Nota : Cemburu pn biar la berpada2, nie x sampai mmbunuh..huh!!



 
design by mizzapple