. Tragedi Satu Petang .

Assalammualaikum.

Ketika Mia hendak pulang dari tempat kerjanya, Mia bertemu dengan seorang gadis yang sedang merintih menangis kesakitan didepan bangunan pejabatnya. Mia tak sampai hati membiarkan gadis itu lalu menegurnya. Mungkin Mia boleh menghulurkan bantuan kerana tangisan gadis itu seperti sedang menghadapi kesukaran atau kesakitan.

"Dik, kenapa menangis kat sini? Adik kenapa?"

Gadis itu mengangkat muka lalu melihat orang yang menegurnya. Dia mengelap air mata kerana terasa segan dengan kelakuannya.

" Saya dihalau dari rumah dan tiada tempat untuk pergi."

Mia tertelan air liur, besar betul masalah budak ini tapi kalau tak dihulurkan bantuan rasa kasihan menyelubungi dirinya. Mia berfikir jauh, dia mesti bantu gadis ni. Kalau gadis muda ni bertemu dengan salah orang habis rosak binasa dirinya. Mia mengambil keputusan membawa gadis ini pulang sementara Mia mencari jalan untuk mencari tempat tinggal gadis ini, atau mungkin menghantar gadis ini kerumah pengasih atau dimana-mana asalkan gadis ini selamat.

" Mari ikut akak balik dulu. Nanti kita fikirkan tempat tinggal yang sesuai untuk adik. Oh ya, nama adik siapa?"

" Saya Qaisara." Qaisara memandang wajah Mia, berjurai air matanya meleleh kerana ada yang sudi menghulurkan bantuan padanya. Qaisara akur dan mengikut Mia pulang kerumah.

Di rumah, Qaisara senyap sahaja, sepatah ditanya sepatah yang dia jawab. Mia juga tak mahu memaksa Qaisara menceritakan segala-galanya dalam masa terdekat. Mia mahu Qaisara berehat dan menenangkan fikirannya dahulu. Mia benar-benar kasihan melihat anak gadis terbiar begitu.

Qaisara baring di sofa setelah diberi makan. Kini diberi bantal dan selimut. Walaupun terasa selesa dan selamat namun hatinya gusar bagai ingin meletup. Ada perkara yang mengganggu ketenangannya yang membuatkan air matanya sekejap-sekejap mengalir. Kakak yang menolongnya tadi sudah masuk kebilik.

"Ibu! Ibu! Mana Ibu?" Suara dalam mimpinya mengganggu lenanya. Qaisara terjaga dari tidur sambil tercungap-cungap. Rupanya dia bermimpi, matanya terkebil-kebil. Qaisara cuba melelapkan matanya namun yang terdengar ditelinga hanya bunyi kipas siling berpusing. Qaisara pusing ke kiri dan kanan, ditariknya selimut. Terasa panas dia menolak selimut itu, Qaisara betulkan bantal dikepalanya, semua serba tak kena. Sehingga dia sendiri tak perasan bila dia benar-benar terlelap.

"Uwek! Uwek!! Uwekkk!"
Bunyi tangisan bayi membuat Qaisara terkejut. Qaisara berjalan ke arah bunyi tangisan bayi itu. Perlahan-lahan dia menghampiri tubuh kecil yang sedang tergolek di tepi jalan. Qaisara mengcangkung lalu memegang tubuh kecil itu dan menarik perlahan untuk melihat wajah bayi itu.

"Aaaaaaaaaa!!!" Qaisara termengah-mengah, rupanya dia bermimpi. Mimpinya begitu ngeri, bayi itu berdarah dan dihurung semut. Qaisara terus terduduk.

Mia terjaga mendengar jeritan Qaisara dan terus keluar dari bilik mendapatkannya. Mia menghampiri Qaisara.

"Kenapa? Mengingau ke?" Qaisara mengangguk-angguk kepala.

"Istighfar banyak-banyak, tadi sebelum tidur solat Isyak tak? Tu atas meja sana akak dah letak kain telekung dan juga sejadah." Qaisara geleng kepala.

"Kenapa? Datang bulan ya." Qaisara geleng kepala lagi. Mia mulai berkerut, dia berasa hairan kenapa budak ini tak boleh solat. Mungkin gadis ini tak diajar cara untuk bersolat atau dia memang tak dididik.

"Dah, dah... tidurlah semula. Kalau boleh, baca apa-apa surah yang adik tahu." Mia bangun dan dia berjalan perlahan untuk masuk ke dalam bilik semula.

"Kak, saya... saya tak boleh solat, baru lepas bersalin." suara Qaisara terketar-ketar. Kaki Mia terhenti, Mia mula berkerut tak faham. Dia berpusing semula mengadap Qaisara.

"Saya berdosa kak, saya dah buang bayi saya kat depan surau bangunan akak keja tadi."

"Astaghfirullahalazim... bila? Petang tadi? Kenapa kau tak cerita masalah kau? Kenapa kau ambil jalan singkat? Macam mana ni? Rasanya tak ada orang ke surau sebab petang tadi semua orang dah balik keja. Jap, akak salin baju kita ke sana." Mia terkejut dengan pengakuan Qaisara.

Mia tergesa-gesa bersiap, dalam kepalanya terlalu banyak yang difikirkan. Patutlah, Qaisara jalan seperti sakit perut. Patutlah tak boleh solat dan patutlah dia begitu sedih. Mia juga takut jika bayi itu kelaparan dan tak boleh diselamatkan, Mia cepat-cepat memandu kereta ke bangunan tempat kerjanya. Mia terus meluru turun tanpa menghiraukan Qaisara sebaik sahaja sampai dibangunan itu.

Dari jauh, Mia mengamati kalau ada dengar suara bayi menangis, hatinya semakin runsing kerana keadaan begitu senyap. Apalah nasib bayi yang tak berdosa tu, Mia benar-benar risau mengalahkan dia adalah ibu bayi itu.

Mia nampak tubuh kecil yang berbalut kain batik didepan pintu surau. Mia terus meluru ke arah bayi itu. Bayi itu diangkatnya, comel betul bayi tu. Bayi tu selamat, nasib baik tak dihurung ulat atau semut. Bayi tu menangis sebaik sahaja diangkat.

"Nah! susukan bayi ni cepat, dia lapar." marah Mia pada Qaisara. Qaisara menyambut dan menyusukan bayinya dengan air mata yang tidak berhenti-henti mengalir. Dia bersyukur kerana masih berkesempatan menjaga bayinya. Dia berjanji untuk menjaga bayinya dan tidak mahu melakukan dosa lagi.

Mia tiada pilihan, dia terpaksa menghantar Qaisara dan bayi tu ke rumah pengasih. Dia mahu Qaisara belajar selok-belok agama dan jadi orang berguna.

moralofstory : jauhi zina dan elakkan maksiat.

.sekian.

41 pengomen tegar:

Ainismaira berkata...

very good story.. mcm2 ikhtiar buat, tp perkara mcm ni tetap tjadi kan.. sedih sgt..

cik gege berkata...

nice story utk dijadikan iktibar dan renungan kita bersama..

Unknown berkata...

waa,mizz apple.cite sebona kah ini.ke rekaan semata-mata..heh hhee :D

rosmanizan berkata...

cerita yg menarik...renung2 & fikir2kan sesama....

LuN@_aiDi berkata...

nice story mizz apple..

Liyana Zahim berkata...

Yg dok buang baby kat tmpt2 kotor tu pe kes ek? Xphmla hati org cmtu.. Cam bangang!!!!

MsKakashi berkata...

nie cete betul ke?or rekaan?

Jangan Kalot berkata...

fiksyen atau realiti?? :)

Pamie berkata...

nice story,banyak iktibar dia :)

Cikrosecute berkata...

Sedihnya akak baca...tersentuh hati ini...kesian kat baby tu..nasib baaik tak ada apa2...huhuhu

SURIA AMANDA berkata...

sedih..ini la masalh utama negara kita skrg kan....ni base on the true story ke?

hawiz berkata...

tanda pengajaran bersama2

mizzapple berkata...

true story! :)

Izzati Amira berkata...

cian kat baby comel tuh!! ):

Abu Bagi berkata...

sian...sedih...huk huk!

Fieza Sani berkata...

ok,jauhi zina dan elakkan maksiat..
cian baby tuh ! :(

nasri berkata...

nasib baik jmpa blek..klo dah xde, nyesal smpai mati la.. mmg sakit hti dgn org yg snggup buang bayi, rse nk blasah ckup2.. rejam ngan bata bru tau..

Lieyda Sabri berkata...

ye jauhi zina

KhairyynaZulkifli berkata...

naseb baek baby tue slamat. hmm.

Abu Bagi berkata...

masi lgi sedih :(
dua kali dah sedih..

Echa berkata...

best baca..nice entri ptt dijadikan pengajaran..
btw, cite betul ka ? hehe

Kak Long berkata...

hurmm.. berleluasa sgt kes2 buang bayi sekarang ni.. manusia buat maksiat tade pk kesan akibat dah nijam.. nauzubillahi min zalik..

Mahamalas berkata...

alahai.. insaf tros...

Tuan Cimot berkata...

nasib dia bgtau..btol2...jgn hampiri zina..

Tanpa Nama berkata...

syahdunya cita nii ,

la taqrabu zina ! :))

Juliet_iRa~" berkata...

rajinnyaaa :)
gud luck!

Mad Buddy berkata...

berani berbuat zina tapi tak berani menanggung akibatnya....lalala

Unknown berkata...

dunia akhir zaman mcm niler

Diari Si Froggie berkata...

nasib baik baby tu selamat..
berfikir lah sebelum melakukan sesuatu..
jauhi segala bentuk penzinaan :)

ghost berkata...

beruntung qaisara menemui mia yang telah menghalangnya dari melakukan satu lagi kesilapan dan dosa lebih besar...

beringatlah selama kita masih hidup.

SYARIFF HAIKAL berkata...

BEBY YG COMEL..HAI MIZAPPLE

MiSsZ berkata...

baby tu siapa yg punya??? Bagus2.. tapi org yg melakukan zina mau ke baca cerita2 camni.. tak tau camne nak ikhtiar untuk atasi masalah ni..

Pegang babi dan anjing oorang ramai tau, hukumnya haram.. tapi.. pegang tangan awek/pakwe.. hukumnya haram.. tapi sangat berleluasa... Pegang anjing dan babi, haram, tapi bleh samak.. kalau pegang tangan awek/pakwe?? Hukum mana yg kata boleh samak??

Nak USB Flash drive percuma? Klik http://missz84.blogspot.com/2011/06/nak-2gb-usb-flash-drive-percuma.html

stuck berkata...

nice lesson..=))

::contengan hati::)) berkata...

nie cerita betol kew,,
hurmmm selamat ada yang jumpa kan,

fasham berkata...

good lesson :

marilah join kontest blog saya dan marilah beli brooch di blog saya :
http://fasham87.blogspot.com

Nirika berkata...

nice entry =)

Unknown berkata...

sedap lah citer... khusyuk Minah BLur bace...
MInah Blur jalan2 sini =)

HAFIZAL berkata...

semoga kita dijauhkan dari melakukan kesilapan

Ihsan Arifin berkata...

cumil je baby tu :)

AnakPakZohar berkata...

nice story.. nice sharing.. kalau betul2 benda ni jadi depan mata kita.. persepsi masyarakat macam mana ye? susah kot nak tengok orang yang sudi menolong macam ni..

Benrauf berkata...

Nasib baik baby tu tak apa-apa.

Catat Ulasan




 
design by mizzapple