Assalammualaikum.
Apa habaq semua. sihat ka? mudah-mudahan sihat lah ya. jom baca kisah sepupu ceq.
Kalau tengok sekali imbas, macam Lisa Surihani, Kalau tengok betul2 macam anak arab pun ada, memang cun memang cantik. Zulaikha memang berbangga dengan kecantikan dirinya. Bagi Zulaikha cukup bagi dia dengan hanya memiliki kecantikan yang semulajadi. Tak perlu belajaq tinggi, buat apa, nanti dah kawen ke dapuq jugak. Zulaikha memang tak kisah tercicir kat belakang, kalau pegang duit mesti tercicir duit, sampai dia digelar Zulaikha cicir.
Mmm.. orang nak cakap apa cakaplah, depa tu dengki dengan kecantikannya. Masalah cicir ni bagi dia bukannya besaq sangat. Bulan lepas sepupu kami kawen, sebaya pulak tu. Mak Zulaikha mula berletiaq dahlah tercicir dalam pelajaran, ni tak kawen2 pulak.
" Tu lah hang, sekarang dah tercicir, anak mak ngah hang tu yang kawen dulu, esok orang dah beranak pinak hang tu jadi anak dara tua pulak. "
Zulaikha awal2 lagi dah kemaskan baju nak kerumah mak ngah, nanti kalau lambat tercicir pulak dia kat belakang.
Riuh betul hari tu, semua saudara mara datang, semua puji kecantikan Zulaikha. Makin besaq makin cantik anak dara ni. Mak Haris memuji Zulaikha. Dari belakang mak Zulaikha hanya mencebik. Ini sudah baik. Peluangnya semakin terbuka. Zulaikha control cun hari tu, setiap langkah nya penuh berjaga-jaga agar tiada yang tercicir, bagi telur dekat orang bertandang pun perlahan-lahan, menampakkan kesopanan Zulaikha hari tu membuatkan ramai yang terpegun termasuklah Haris.
Mmm.. Petang tu setelah selesai kenduri Zulaikha bersandar tepi dinding mengadap ke TV. Penat betul rasanya, dekat luaq Haris dan sekumpulan lelaki sedang berborak. Sementara tunggu turn nak mandi, sesekali Zulaikha jeling ke arah Haris, tak silap lagi Haris jugak menjeling ke arahnya. Digentel2 kain tuala yang berisikan pakaian, Zulaikha rasa menggelabah sikit. Berdebar-debar hatinya.
" Hah! Zulaikha, bilik ayaq dah kosong, tadi kata nak mandi. "
Zulaikha bangun dengan teratur sekali. Dia terpaksa melintas di hadapan Haris. Makin berdegup jantungnya. Tiba-tiba langkahnya terhenti.
" Zulaikha! " Tak lain tak bukan itu suara Haris menyapa. Makin kencang turun naik dadanya. Zulaikha toleh ke belakang dengan senyuman paling menawan.
" Ni ada kain tercicir . " Haris mengangkat dan menghulurkan padanya. Suasana menjadi gamat dengan hilaian ketawa. Merah muka Zulaikha. Tak patut depa ni ketawa. Zulaikha terus lari masuk bilik mandi. Zulaikha menangis. Tapi memang tak patut Zulaikha cicirkan seluar keciknya. Mana taknya orang ketawa, bila fikir sekali lagi dia pun ketawa sendirian. Zulaikha keluaq dari bilik ayaq dengan muka selamba seperti takdak apa-apa yang berlaku. Sejak hari tu Zulaikha amat berhati-hati dengan sikapnya sendiri agar pisang tak berbuah dua kali.
Dua hari lepas, Zulaikha di pinang Haris. Tak sia-sialah seluar keciknya jatuh tercicir sehingga Haris tak boleh lupakannya.
* haha. malu giler! anda ada cite menarik, jom la kongsi!
.sekian.
30 pengomen tegar:
hahahahaha..
sengal...
ni citer benar ke palsu ni..
funny giler!!
Salam,=)
Lucu dan menarik ler citer die mzz Apple=) pandai bercerite siap ayat utagha keluaq^^
best cerita ni, sebab loghat utara. :)
hahaha..ending die xtahan..haha! kerana seluar kecik zulaikha bertemu jodoh.. erm.. mcm cinderella versi komedi la pula.. kasut kaca vs seluar kecik..haha!
uish...kalau aku pun tak kan mampu tertahan hati nih dengan 'keciciran' zulaikha...giler ah..
haha..sib baik dia ada aset penting dalam memikat hati lelaki.
menarik2//hihihihi//suke2
mcm besa dgq ja cite nih.. huhuhu... btw, zulaika cool... :P
errrkkkk....
myetech9[dot]com @ Enchik Nine
entoycairo : haha. benar2.
lunaaidi : w'salam. lucu tang seluaq kecik je kot. keke
kamihidup : tq. :)
nasri : haha. sbb seluaq kecik tu la, jodoh dia dh smpi, klo x, xkwen la jwbnya.
ghost : giler cicir punya org.
hawiz : tq. :)
erry : biasa dgq kt mn slacker oi!
izzudin : ukkkk!
waaahh...sengal + kelakar...
hehe.. leh tahan la malunye..
hehehe...tengah boring. ok gak citer nih.
hahaha..kelakar laa...sbb sluaq kecik bertemu jodoh na...=)
huhuh.
aiyakk zulaikha, sume nk tercicir..
hukhuk!
*psst, mizz apple punye spupu btol ke? #erk
Hahahahaah...
is it true???
really funny....nice jokes yar.
haha... senyum sorang2 baca cita neh.. mcm cita novel pun ada... haha.. :D
comel ! hahaa ..
hahahahaha..malunyeeeeeeee...
rekaan ke betul nieh. haha
cerita yg klakar n best plak..
btul ke ni...?
*thanks komen di entry dean...
semoga ade yg terbaek dari dia... ^^
nk kenal dgn zulaika!..zulaikai gadis ciciran..
1t jengok blog sy okeyh! ade contest tok awk.
hehe..menarik citer nih..kalo wat panjang bleh amsok buku..hehe
wahhahah ! malunyeh !!!!!!
hehe..malunye cik zulaikha..tersenyum sowang2 ceq baca cerita nie..=)
kihkihkih control cun la kunun
"singgah sini..sebulm makan tgh hari"
jodoh seluaq kecik!! hihi..best2..
Waa malunya kalau saya macamtu...(>_<)
Tapi kawen jugak akhirnya ok la tu..
Nice story.
Catat Ulasan