.Kisah si Penjual Ubat dan Gempa Bumi.

.sekadar gambar hiasan.

Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya.

Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa pada tepat jam 11.30 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia pada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai orang, ada seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pakcik dan orang ramai yang membeli ubat tersebut terus memakannya untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. satu minit berlalu.. dua minit.. tiga minit.. hingga minit ke sepuluh. Pakcik tadi pun berteriak kepada penjual ubat tersebut.

Pakcik : Eh! Dah lama ni. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?

Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya!
Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!

*******************************************************************************
.sekian.

.Follower ke 1000.

maaf. gambar nie tiada kena mengena dengan entry. =p
note : sila buat muka comel sbelum baca ye. :)


salam readers. follower aku dah mencecah ke angka 1000. sungguh xsangka ramai gak yg sudi jd follower aku. tp kalau pikir2 balik sebab apa ampa jd follower aku eh? blog aku nie simple je, entry pulak tah hape2.

ampa jd follower aku nie ikhlas ke? ke saja2 nak menambah bilangan follower? ala, macam ayat biasa yang selalu ampa guna! i follow u, u follow me back. tak pun aku dah follow, follow aku balik! tak kisah la, yang penting ampa happy no.

ok! lupakan pasal follow memollow nie. entry nie khas untuk follower bertuah aku yang ke 1000.
jeng jeng jeng. siapakah gerangannya??

.
.
.
.
.
.

nie dia!!

cik aina .

sila terjah blog beliau. nak jadi follower pun boleh. rasanya beliau nie baru lagi kot dalam dunia berblogging nih. aku pun xbape nak kenal lg. lepas nie boleh la kenal2. tukar2 no tepon! ye cik aina? boleh x? keke

aku xdk award nak kasi kt ang, xdan ( xsempat ) nak buat. so aku buat entry yang simple nie jelh. akhir sekali, thnx sudi jadi follower aku n tolong jawab satu soklan untuk aku boleh?. pasaipa ang follow blog aku nih? nie soklan ja jgn ang pikir aku marah ang plak. hehe .
haaa!!! sila jawab ye! saja ja nak tau.

.sekian.




 
design by mizzapple