Lama rasanya tak update blog.. Dah bersawang blog ni.. Apa habaq sahabat² blogger semua.. Sihat ka? Kalau sihat baguih la no.. Alhamdulillah..
Dah bertahun² tak update blog, rindu plak nk berceloteh kt sini.. Jom sahabat dapatkan balm tasneem naturel edisi omar hana.. Rugi xcuba tau.. 100% bahan semulajadi.. Boleh digunakan dari newborn hingga dewasa..
Jom dapatkan sementara stock masih ada..
ditulis dan diolah oleh mizzapple 0 pengomen tegar
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
ditulis dan diolah oleh mizzapple 32 pengomen tegar
Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Nabi saw memberitahu mereka, "Sesungguhnya Allah swt telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan di dalamnya, iaitu hari Eidul-Fitr dan hari Eidul-Adha." Riwayat Abu Daud, 1134
Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar r.a., "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis ini merujuk kepada 2 perayaan Eid yang khusus bagi orang Islam.
Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.
Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, iaitu jika dilakukan akan terbatal puasanya. Lantaran itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.
Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal`Aidul Fitri berasal dari perkataan`aid adalah diambil dari kata al-`audu (kembali). Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.
Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.
ditulis dan diolah oleh mizzapple 13 pengomen tegar
ditulis dan diolah oleh mizzapple 5 pengomen tegar
- Membawa erti keamanan, ketenangan dan kesejahteraan.
- Allah selamat daripada sebarang kekurangan dan keaiban yang boleh mencacatkan kebesaran dan keagungannya-Nya.
- Merupakan suatu pujian Agung kepada Allah yang memberikan keselamatan dan kesejahteraan yang melata di dunia dan akhirat.
- Badan kita bergerak ke kiri ke kanan ketika tidur kerana saluran darah yang ditindih oleh berat badan akan tersekat. Allah yang melimpahkan kesejahteraannya kepada kita memberi keistimewaan kepada otak bahawa keadaan badan akan beralih sendiri untuk memastikan pengaliran darah berjalan lancar.
- Ketika kita tidur, air liur akan banyak terkumpul didalam mulut. Maha suci Allah yang memiliki sifat al-salam memberikan keselesaan kepada kita ketika tidak sedarkan diri melalui proses masuknya air liur ke dalam salur perut secara automatik.
- Seluruh badan tidak bergerak ketika tidur, namun jantung tetap berfungsi menjalankan aktivitinya.
ditulis dan diolah oleh mizzapple 1 pengomen tegar
Assalammualaikum.
![]() |
| sekadar gambar hiasan |
ditulis dan diolah oleh mizzapple 26 pengomen tegar
Walau apa jua yang berlaku di masa lalu, kuatkan semangat kita untuk membina hidup yang baru. Apa yang berlaku dimasa lalu terima saja sebagai sebahagian daripada sejarah hidup.Paling penting jangan selalu menoleh ke belakang, kerana ia akan 'menahan' anda dari terus bergerak maju ke depan. Setiap kali menoleh ke belakang, berbagai perasaan akan timbul. Tertekan, sedih, kecewa dan seribu satu macam lagi bersarang tiba-tiba di benak anda.
Kesannya, mood anda akan berubah secara tiba-tiba. Lama-kelamaan fikiran-fikiran negatif mudah masuk kedalam minda anda dan menyebabkan anda jadi tidak bersemangat, lemah, longlai dan bagaikan tidak bernyawa.
Allah sayang pada hamba-hambanya, Dia takkan menurunkan musibah begitu saja, mesti ada hikmah disebaliknya dan menjadi tugas kita untuk menilai diri, apa yang kita buat dan sebanyak mana kita mengingati DIA satu masa dulu.
Walau tiada siapa yang mendengar jeritan suara batin Anda, dia sentiasa mendengar. Merintih, mengadu dan memuji namaNya dalam doa-doa Anda adalah perkara terbaik untuk dialukan di saat tiada siapa yang boleh duduk bersama mendengar luahan hati Anda.
Jadikan kesilapan masa lalu sebagai pembakar semangat ! Di kala orang mengecapi kesenangan, kebahagiaan dan kejayaan, anda juga berhak mencapai yang sama, hanya perlu mengatur strategi anda sendiri untuk mencapai semua itu.
Di saat anda tidak tahu ke mana mahu berjalan, kata hati dan naluri Anda merupakan teman terbaik. Usaha membina hidup baru, bila anda sudah mencapainya ia merupakan satu kejayaan yang amat manis !!
.sekian.
ditulis dan diolah oleh mizzapple 23 pengomen tegar

ditulis dan diolah oleh mizzapple 13 pengomen tegar
Nak tahu apa itu misai sulung? jom ikuti ceritera dekat bawah.
Ramai lelaki suka menyimpan misai untuk kelihatan macho, segak dan berkeyakinan. Lelaki beranggapan menyimpan misai, melambangkan kejantanan. Namun tak kurang juga yang mahu kelihatan bengis dan garang. Menyentuh tentang misai atau dikenali juga sebagai kumis, tentu ramai yang kurang pasti makna misai sulung.
Misai sulung mengikut kata orang tua, memiliki kuasa memikat semula jadi dan sebagai daya tarikan serta permanis wajah. Biarpun wajah tidak setampan mana tetapi misai sulung membantu anda dipandang kacak.
Misai sulung jarang dimiliki oleh kebanyakan jejaka bandar ketika ini atau mungkin tiada langsung. Berbeza di zaman dahulu rata-rata jejaka kampung menyimpannya hingga panjang berdepa. Kalau dilihat dalam filem-filem Melayu misalnya, Nordin Ahmad dan P. Ramlee dalam filem ' Semerah Padi ', tentu anda ingat panjang dan lebatnya misai mereka berdua. Apatah pula orang tua bijak pandai penguni gua dalam filem 'Hang Tuah'? Bayangkna misainya yang bertemu pula dengan janggut hingga ke paras dada. Mungkin di zaman mereka payah untuk mendapatkan pencukur atau mereka sekadar mengguntingnya jika ia terlalu panjang. Siapa tahu???
Pada kebiasaannya, misai sulung ini akan tumbuh seawal umur 12 tahun hingga 14 tahun atau seawal perkembangan hormon dalam badan mengikut tahap akil baligh masing-masing.
Ketika itu, jika diperhatikan, misai kelihatan halus seperti bulu roma. Sekiranya dibiarkan tanpa mencukur, sebaliknya sekadar menggunting untuk kelihatan kemas hingga berusia 20 ke 25 tahun ia kekal sebagai misai sulung.
Bagi membezakan antara misai sulung dengan misai biasa, amat mudah. Misai sulung kelihatan cantik, kemas, lebat, rambutnya tersusun dan wajah si jejaka itu akan sentiasa manis walaupun berada di bawah panas terik matahari.
Berbeza dengan misai biasa, panjang tidak menentu disebabkan pertumbuhan yang tidak sama. Maka dengan itu bagi jejaka yang masih memiliki misai sulung, ada baiknya menjaga misai dengan baik agar kemas dan bersih.
Selain itu, misai yang cantik melayakkan anda membawa watak yang sesuai dengan diri sendiri.
Renung-renungkan dan selamat beramal. :)
.sekian.
ditulis dan diolah oleh mizzapple 8 pengomen tegar
Sekadar renungan, kenali tetamu anda yang bernama " Subuh ".Ya Habiballah : Subuh
Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku, " Assalamualaikum, " seru Subuh. Wa'laikumsalam," sahutku. Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar.
Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
" Tadi...,"kata Subuh dengan sayu, " ... aku baru sahaja melintasi satu tempat. Ku cari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satu pun tiada yang mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan air mata Subuh pun berlinangan.
Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.
" Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya di sebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling aku suka adalah hidangan buah TAHAJJUD, puasku cari di bumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah TAHAJJUD dengan puas serta leka. "
Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh."Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon AL-LAIL, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada roti SHIYAM, " cadangku pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat. " Roti itu ada tuan empunyanya, " kata Subuh.
" Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh. " Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas air mata tangisan." Pinta Subuh.
Aju agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?
Namun, aku tetap menjenguk ke dalam perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir penuh. Dan aku berdetik di dalam hati. Adakah ini petanda kemarau akan berakhir?
Tanpa berlengah lagi, ku bawa air tersebut pada Subuh, tetamu yang ku sanjungi, Dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman. " Subuh... ," seruku,"... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian, akan ku layan kau dengan sebaiknya, wahai Subuh."
Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan dipenuhi. " Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu." Dan aku akur dengan penjelasan Subuh.
" Subuh," ... seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi," ... sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?" " Insyaallah," jawab Subuh, " ... bukankah aku kekasih yang kau rindui?"
Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap " Assalamualaikum, " seru Subuh. " Wa'laikumsalam, " jawabku kembali. Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan ......
p/s : Apakah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak?
jawapannya ...... tersirat dalam diri.
wallahua'lam.wassalam.
.sekian.
ditulis dan diolah oleh mizzapple 17 pengomen tegar

Apa yang hendak saya sampaikan hari ini hanyalah sekadar luahan hati. Kita tidak pernah terlepas daripada mengimbau apa yang telah berlaku pada masa lalu terutamanya apabila kita putus cinta. Walaupun pahit untuk ditelan tapi itulah kebenarannya. Apabila melakukan aktiviti seharian, semua yang berlaku dapat dilupakan begitu sahaja, TAPI... ada satu ketika, hati kita pasti akan tersentak. Igauan semalam datang kembali.
Mengapa mesti perasaan ini dirasa lagi? Pedih. Hanya tangisan yang berderai di lubuk hati yang paling dalam bertopengkan wajah yang ceria diluarnya. Kaki melangkah untuk melakukan rutin harian setiap hari, cuba untuk tidak mempedulikan apa yang dirasa namun fikiran tidak dapat berhenti mengganggu. Igauan semalam, sejarah silam tidak mahu diingat lagi tapi semalam, apa yang berlaku betul-betul membuatkan perasaan ini merasai lagi apa yang pernah dirasai dulu.
Ku renung sejenak, cuba meredakan hati sambil melihat ke luar jendela. Ya, muhasabah diri, itulah yang harus dilakukan. Hati sebak, hati sedih, hati pilu mengenangkan masa lalu.
.Duhai hati.
Bila kamu putus cinta, pandanglah ke hadapan. Masih ramai manusia yang mencintai kamu. Malah, Allah S.W.T. tidak pernah putus cinta-Nya kepada kamu. Kenapa bila kamu putus cinta
dengan seorang manusia, kamu hendak memutuskan cinta segala-galanya?
.Hatiku.
Jika yang lalu datang kembali, jika yang lalu cuba menyingkap tirai lama yang telah lama ditutup, maka biarkanlah sahaja. Sememangnya kita tidak dapat lari dari perasaan ini tapi biarkan sahaja. Kita bukan yang dahulu lagi, yang tersesat dalam dunia penuh kegelapan. Kita telah tinggalkan jalan itu, menyedari hakikat yang sebenar berteraskan hidayah Allah S.W.T. Alhamdulillah dan moga ia berkekalan. Berdoalah kepada-Nya agar perasaan ini reda dari mengingati masa lalu.
Ya Allah, kuatkanlah hati ini Ya Allah, hanya kepada-Mu sahaja aku sandarkan cinta ini Ya Allah. Sesungguhnya Cinta Allah Cinta Abadi.
Amin.
.sekian.
ditulis dan diolah oleh mizzapple 16 pengomen tegar
Assalammualaikum.
Apa habaq sahabat2 sekelian. jom baca resepi2 perkahwinan.
Bahan :
1 lelaki sihat.
1 wanita sihat.
100% komitmen.
2 pasang restu orang tua.
1 botol kasih sayang murni.
Perisa :
1 buku besar humor.
25 gram rekreasi.
1 bungkus doa.
2 sudu teh telefon.
5 kali ibadah/hari.
Semuanya diadun hingga rata dan mengembang.
Tip :
Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.
Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan ( sebaiknya dibeli di pusat beli belah bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin. )
Jangan beli di pasar yang bernama DISKO atau PARTI kerana walaupun modelnya bagus dan harum baunya tapi kadangkala menipu pelanggan atau kadang menggunakan zat pewarna yang dapat merosak kesihatan.
Gunakanlah kasih sayang cap ' DAKWAH ' yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari Kementerian Kesihatan dan Kerohanian.
Cara Memasak :
Lelaki dan wanita dicuci bersih, buang semua masa lalunya sehingga tersisa niat yang murni.
Siapkan loyang yang telah disapu dengan komitmen dan restu orang tua dengan rata.
Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panggang dengan api yang rata sekitar 30 minit di depan penghulu.
Biarkan didalam loyang tadi dan sirami dengan perisanya.
Kek perkahwinan sedia dinikmati.
Catatan :
Kek ini dapat dinnikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati dalam keadaan hangat. Tapi kalau sudah agak dingin, tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi sesuai selera, serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi ketuhar berjenama ' Tempat Ibadah '.
Setelah mulai hangat, jangan lupa menghubungi bila berjauhan.
Selamat mencuba, dijamin semuanya halal.
. sekian.
ditulis dan diolah oleh mizzapple 13 pengomen tegar
Ramadhan datang lagi. Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia.Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurniakanNya. Allah juga akan melipat gandakan rahmat bagi mereka yang sentiasa bersyukur.
Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya.
So, selamat menunaikan ibadah puasa semua. :)
.sekian.
ditulis dan diolah oleh mizzapple 12 pengomen tegar
Apa habaq semua? dah lama aku tak update. blog pun dah bersawang. siap labah-labah buat sarang lagi. ngeeee .almaklumlah bz memanjang.
Disebabkan kesibukan yang melampaui batasan, hari nie aku just nak perkenalkan follower bertuah aku yang ke 3ooo!
Aku pun tak sangka masih ada jugak orang nak folo aku, walaupun aku jarang update sekarang. terima kasih banyak2 la no pada sapa2 yang sudi folo blog aku.
Berbalik pada cerita asal, follower bertuah blog mizzapple jatuh kepada.
nak tau sapa ika nie. p la tengok sendiri no. aku pun tak berapa nak kenal. hehe
to ika : terima kasih banyak2 la folo blog ceq na. singgah2 la selalu. jangan folo ja, tapi tak singgah. ok, keep in touch. touch n go!
.sekian.
ditulis dan diolah oleh mizzapple 14 pengomen tegar
Assalammualaikum.
Hidup ini Indah.
Walau bersulam lara dan gundah.
Kaki mesti terus melangkah.
Dalam pencarian sebuah arah.
Andai tersadung atau rebah.
Bukan beerti mesti mengalah.
Dalam retak menanti belah.
Biar langkah terpaksa dipapah.
Biar segunung cabaran melimpah.
Jangan disebut ungkapan kalah.
Hidup tak sendirian.
Tak tersisih keseorangan.
Masih ada yang sayang.
Kekasih dan kawan masih boleh diharapkan.
Walau tak mengharap secebis ihsan.
.sekian.
ditulis dan diolah oleh mizzapple 7 pengomen tegar
Ketika Mia hendak pulang dari tempat kerjanya, Mia bertemu dengan seorang gadis yang sedang merintih menangis kesakitan didepan bangunan pejabatnya. Mia tak sampai hati membiarkan gadis itu lalu menegurnya. Mungkin Mia boleh menghulurkan bantuan kerana tangisan gadis itu seperti sedang menghadapi kesukaran atau kesakitan.
"Dik, kenapa menangis kat sini? Adik kenapa?"
Gadis itu mengangkat muka lalu melihat orang yang menegurnya. Dia mengelap air mata kerana terasa segan dengan kelakuannya.
" Saya dihalau dari rumah dan tiada tempat untuk pergi."
Mia tertelan air liur, besar betul masalah budak ini tapi kalau tak dihulurkan bantuan rasa kasihan menyelubungi dirinya. Mia berfikir jauh, dia mesti bantu gadis ni. Kalau gadis muda ni bertemu dengan salah orang habis rosak binasa dirinya. Mia mengambil keputusan membawa gadis ini pulang sementara Mia mencari jalan untuk mencari tempat tinggal gadis ini, atau mungkin menghantar gadis ini kerumah pengasih atau dimana-mana asalkan gadis ini selamat.
" Mari ikut akak balik dulu. Nanti kita fikirkan tempat tinggal yang sesuai untuk adik. Oh ya, nama adik siapa?"
" Saya Qaisara." Qaisara memandang wajah Mia, berjurai air matanya meleleh kerana ada yang sudi menghulurkan bantuan padanya. Qaisara akur dan mengikut Mia pulang kerumah.
Di rumah, Qaisara senyap sahaja, sepatah ditanya sepatah yang dia jawab. Mia juga tak mahu memaksa Qaisara menceritakan segala-galanya dalam masa terdekat. Mia mahu Qaisara berehat dan menenangkan fikirannya dahulu. Mia benar-benar kasihan melihat anak gadis terbiar begitu.
Qaisara baring di sofa setelah diberi makan. Kini diberi bantal dan selimut. Walaupun terasa selesa dan selamat namun hatinya gusar bagai ingin meletup. Ada perkara yang mengganggu ketenangannya yang membuatkan air matanya sekejap-sekejap mengalir. Kakak yang menolongnya tadi sudah masuk kebilik.
"Ibu! Ibu! Mana Ibu?" Suara dalam mimpinya mengganggu lenanya. Qaisara terjaga dari tidur sambil tercungap-cungap. Rupanya dia bermimpi, matanya terkebil-kebil. Qaisara cuba melelapkan matanya namun yang terdengar ditelinga hanya bunyi kipas siling berpusing. Qaisara pusing ke kiri dan kanan, ditariknya selimut. Terasa panas dia menolak selimut itu, Qaisara betulkan bantal dikepalanya, semua serba tak kena. Sehingga dia sendiri tak perasan bila dia benar-benar terlelap.
"Uwek! Uwek!! Uwekkk!"
Bunyi tangisan bayi membuat Qaisara terkejut. Qaisara berjalan ke arah bunyi tangisan bayi itu. Perlahan-lahan dia menghampiri tubuh kecil yang sedang tergolek di tepi jalan. Qaisara mengcangkung lalu memegang tubuh kecil itu dan menarik perlahan untuk melihat wajah bayi itu.
"Aaaaaaaaaa!!!" Qaisara termengah-mengah, rupanya dia bermimpi. Mimpinya begitu ngeri, bayi itu berdarah dan dihurung semut. Qaisara terus terduduk.
Mia terjaga mendengar jeritan Qaisara dan terus keluar dari bilik mendapatkannya. Mia menghampiri Qaisara.
"Kenapa? Mengingau ke?" Qaisara mengangguk-angguk kepala.
"Istighfar banyak-banyak, tadi sebelum tidur solat Isyak tak? Tu atas meja sana akak dah letak kain telekung dan juga sejadah." Qaisara geleng kepala.
"Kenapa? Datang bulan ya." Qaisara geleng kepala lagi. Mia mulai berkerut, dia berasa hairan kenapa budak ini tak boleh solat. Mungkin gadis ini tak diajar cara untuk bersolat atau dia memang tak dididik.
"Dah, dah... tidurlah semula. Kalau boleh, baca apa-apa surah yang adik tahu." Mia bangun dan dia berjalan perlahan untuk masuk ke dalam bilik semula.
"Kak, saya... saya tak boleh solat, baru lepas bersalin." suara Qaisara terketar-ketar. Kaki Mia terhenti, Mia mula berkerut tak faham. Dia berpusing semula mengadap Qaisara.
"Saya berdosa kak, saya dah buang bayi saya kat depan surau bangunan akak keja tadi."
"Astaghfirullahalazim... bila? Petang tadi? Kenapa kau tak cerita masalah kau? Kenapa kau ambil jalan singkat? Macam mana ni? Rasanya tak ada orang ke surau sebab petang tadi semua orang dah balik keja. Jap, akak salin baju kita ke sana." Mia terkejut dengan pengakuan Qaisara.
Mia tergesa-gesa bersiap, dalam kepalanya terlalu banyak yang difikirkan. Patutlah, Qaisara jalan seperti sakit perut. Patutlah tak boleh solat dan patutlah dia begitu sedih. Mia juga takut jika bayi itu kelaparan dan tak boleh diselamatkan, Mia cepat-cepat memandu kereta ke bangunan tempat kerjanya. Mia terus meluru turun tanpa menghiraukan Qaisara sebaik sahaja sampai dibangunan itu.
Dari jauh, Mia mengamati kalau ada dengar suara bayi menangis, hatinya semakin runsing kerana keadaan begitu senyap. Apalah nasib bayi yang tak berdosa tu, Mia benar-benar risau mengalahkan dia adalah ibu bayi itu.
Mia nampak tubuh kecil yang berbalut kain batik didepan pintu surau. Mia terus meluru ke arah bayi itu. Bayi itu diangkatnya, comel betul bayi tu. Bayi tu selamat, nasib baik tak dihurung ulat atau semut. Bayi tu menangis sebaik sahaja diangkat."Nah! susukan bayi ni cepat, dia lapar." marah Mia pada Qaisara. Qaisara menyambut dan menyusukan bayinya dengan air mata yang tidak berhenti-henti mengalir. Dia bersyukur kerana masih berkesempatan menjaga bayinya. Dia berjanji untuk menjaga bayinya dan tidak mahu melakukan dosa lagi.
Mia tiada pilihan, dia terpaksa menghantar Qaisara dan bayi tu ke rumah pengasih. Dia mahu Qaisara belajar selok-belok agama dan jadi orang berguna.
moralofstory : jauhi zina dan elakkan maksiat.
.sekian.
ditulis dan diolah oleh mizzapple 41 pengomen tegar
Takziah untuk keluarga arwah hakim @ telordibasuh. Hari ni beliau telah pergi menghadap Ilahi kerana penyakit asma. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.aku dapat berita ni dari blog SK. selalu jugak aku jenguk blog beliau. rasa macam xpercaya pulak dia dah xde.
nak tau maklumat lanjut boleh rujuk
SINI
dan
SINI
marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah.
.al-fatihah.
ditulis dan diolah oleh mizzapple 12 pengomen tegar
Selamat Hari Ibu Mama!Mama adalah insan yang paling bermakna dalam hidupku.
Kerana Mama Yang Melahirkanku.
Kerana Mama Yang Membesarkanku.
Kerana Mama Yang Menjaga dan Merawatku sewaktu aku sakit.
Kerana Mama Yang Menyuap dan Menidurkanku.
Kerana Mama Yang Menasihati dan Mendoakanku.
Kerana Mama Yang Sentiasa Memeluk dan Menciumku.
Kerana Mama Selalu Disampingku disaat Susah dan Senang.
Kerana Mama Aku Berjaya hari ini.
Tak terbalas Jasamu Mama.
Kaulah Ratu Hatiku.
Doa untuk Mama.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Ya ALLAH Ya Tuhanku.
Rendahkan suaraku, perindahkan ucapanku, dan lembutkan hatiku untuk Mama.
Berilah Ia balasan sebaik-baiknya atas didikannya padaku.
Peliharalah Dia sebagaimana Dia Peliharaku.
Ya ALLAH Ya Tuhanku.
Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya.
Sebagaimana Dia mengasihaniku sejak kecil.
Murahkanlah Rezekinya dan panjangkan usianya.
Berilah Keberkatan Di Dunia Juga Akhirat dalam hidup kami sekeluarga.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Memiliki Semua Kurniaan Maha Agung dan Engkaulah Yang Maha Pengasih diantara Semua Pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin.
ditulis dan diolah oleh mizzapple 45 pengomen tegar
Assalammualaikum.
Apa habaq semua. sihat ka? mudah-mudahan sihat lah ya. jom baca kisah sepupu ceq.
Kalau tengok sekali imbas, macam Lisa Surihani, Kalau tengok betul2 macam anak arab pun ada, memang cun memang cantik. Zulaikha memang berbangga dengan kecantikan dirinya. Bagi Zulaikha cukup bagi dia dengan hanya memiliki kecantikan yang semulajadi. Tak perlu belajaq tinggi, buat apa, nanti dah kawen ke dapuq jugak. Zulaikha memang tak kisah tercicir kat belakang, kalau pegang duit mesti tercicir duit, sampai dia digelar Zulaikha cicir.
Mmm.. orang nak cakap apa cakaplah, depa tu dengki dengan kecantikannya. Masalah cicir ni bagi dia bukannya besaq sangat. Bulan lepas sepupu kami kawen, sebaya pulak tu. Mak Zulaikha mula berletiaq dahlah tercicir dalam pelajaran, ni tak kawen2 pulak.
" Tu lah hang, sekarang dah tercicir, anak mak ngah hang tu yang kawen dulu, esok orang dah beranak pinak hang tu jadi anak dara tua pulak. "
Zulaikha awal2 lagi dah kemaskan baju nak kerumah mak ngah, nanti kalau lambat tercicir pulak dia kat belakang.
Riuh betul hari tu, semua saudara mara datang, semua puji kecantikan Zulaikha. Makin besaq makin cantik anak dara ni. Mak Haris memuji Zulaikha. Dari belakang mak Zulaikha hanya mencebik. Ini sudah baik. Peluangnya semakin terbuka. Zulaikha control cun hari tu, setiap langkah nya penuh berjaga-jaga agar tiada yang tercicir, bagi telur dekat orang bertandang pun perlahan-lahan, menampakkan kesopanan Zulaikha hari tu membuatkan ramai yang terpegun termasuklah Haris.
Mmm.. Petang tu setelah selesai kenduri Zulaikha bersandar tepi dinding mengadap ke TV. Penat betul rasanya, dekat luaq Haris dan sekumpulan lelaki sedang berborak. Sementara tunggu turn nak mandi, sesekali Zulaikha jeling ke arah Haris, tak silap lagi Haris jugak menjeling ke arahnya. Digentel2 kain tuala yang berisikan pakaian, Zulaikha rasa menggelabah sikit. Berdebar-debar hatinya.
" Hah! Zulaikha, bilik ayaq dah kosong, tadi kata nak mandi. "
Zulaikha bangun dengan teratur sekali. Dia terpaksa melintas di hadapan Haris. Makin berdegup jantungnya. Tiba-tiba langkahnya terhenti.
" Zulaikha! " Tak lain tak bukan itu suara Haris menyapa. Makin kencang turun naik dadanya. Zulaikha toleh ke belakang dengan senyuman paling menawan.
" Ni ada kain tercicir . " Haris mengangkat dan menghulurkan padanya. Suasana menjadi gamat dengan hilaian ketawa. Merah muka Zulaikha. Tak patut depa ni ketawa. Zulaikha terus lari masuk bilik mandi. Zulaikha menangis. Tapi memang tak patut Zulaikha cicirkan seluar keciknya. Mana taknya orang ketawa, bila fikir sekali lagi dia pun ketawa sendirian. Zulaikha keluaq dari bilik ayaq dengan muka selamba seperti takdak apa-apa yang berlaku. Sejak hari tu Zulaikha amat berhati-hati dengan sikapnya sendiri agar pisang tak berbuah dua kali.
Dua hari lepas, Zulaikha di pinang Haris. Tak sia-sialah seluar keciknya jatuh tercicir sehingga Haris tak boleh lupakannya.
* haha. malu giler! anda ada cite menarik, jom la kongsi!
.sekian.
ditulis dan diolah oleh mizzapple 30 pengomen tegar
Cinta Internet ada yang berpanjangan hingga ke jinjang pelamin, malah hidup bahagia. Tapi ada juga yang sebaliknya. Cinta alam maya kebanyakkannya bersifat dusta dan punya agenda disebaliknya. Jom kita tengok ciri-ciri lelaki penipu di Internet.
1. Dia Menggunakan Gambar Lama.- Wajah yang kacak, tubuh yang tegap, kata2 yang sangat romantis adalah ciri2 lelaki idaman yang menjadi perhatian wanita. Ini kerana mereka beranggapan lelaki inilah yang akan menyayangi mereka sepanjang hayat.
- Realitinya, tidak semua yang indah itu adalah manis untuk dikenang dan tidak semua lelaki jujur. Salah satu taktik mereka adalah dengan meletakkan gambar lama atau gambar lelaki lain yang kacak.
- Berhati2 lah, jangan terlalu teruja apabila anda mengenali lelaki di Internet. Jangan sampai anda terpedaya dan menyerahkan segalanya.
- Selain wajah kacak, mereka juga boleh menipu latar belakang diri mereka.
- Dia menyatakan umurnya 35 tahun sedangkan hakikatnya, dia berusia 20 tahun atau mungkin juga 50 tahun.
- Mereka menipu kerana mereka tahu wanita memang suka lelaki yang matang. Untuk memikat anda, mereka sanggup menggunakan apa saja. Siapa yang tertipu? Andalah wanita yang terlalu mudah mempercayai orang lain.
- Biodata diri sangat penting untuk pengenalan diri seseorang individu. Jadi apabila anda memperkenalkan diri seeloknya anda bersikap jujur saja kerana jika anda menipu, lama-kelamaan rahsia akan terbongkar juga.
- Ketika itu, kalau rasa cinta sudah membuak, anda mungkin berisiko kehilangan orang yang anda sayangi.
- Bersikap jujur adalah sangat dituntut, ini kerana anda mahu hidup bersamanya selama-lamanya.
- Lelaki yang berniat untuk menipu terutamanya yang sudah berumah tangga selalunya sangat susah untuk bercakap tentang perkahwinan. Mereka akan mengelak dari bercakap hal ini.
- Jadi bila anda mengenali seorang lelaki dan mahu mengujinya nyatakan impian tentang perkahwinan, berapa orang anak yang anak mahu dan sebagainya.
- Jika anda rasakan dia agak sukar berbicara soal perkahwinan, fikir-fikirlah sendiri apa yang patut anda lakukan kerana lelaki begini biasanya hanya mahu berseronok sahaja tanpa memikirkan masa depan.
kalau dah kena menyesal tak guna"
.sekian.
ditulis dan diolah oleh mizzapple 34 pengomen tegar










