. Tragedi Satu Petang .

Assalammualaikum.

Ketika Mia hendak pulang dari tempat kerjanya, Mia bertemu dengan seorang gadis yang sedang merintih menangis kesakitan didepan bangunan pejabatnya. Mia tak sampai hati membiarkan gadis itu lalu menegurnya. Mungkin Mia boleh menghulurkan bantuan kerana tangisan gadis itu seperti sedang menghadapi kesukaran atau kesakitan.

"Dik, kenapa menangis kat sini? Adik kenapa?"

Gadis itu mengangkat muka lalu melihat orang yang menegurnya. Dia mengelap air mata kerana terasa segan dengan kelakuannya.

" Saya dihalau dari rumah dan tiada tempat untuk pergi."

Mia tertelan air liur, besar betul masalah budak ini tapi kalau tak dihulurkan bantuan rasa kasihan menyelubungi dirinya. Mia berfikir jauh, dia mesti bantu gadis ni. Kalau gadis muda ni bertemu dengan salah orang habis rosak binasa dirinya. Mia mengambil keputusan membawa gadis ini pulang sementara Mia mencari jalan untuk mencari tempat tinggal gadis ini, atau mungkin menghantar gadis ini kerumah pengasih atau dimana-mana asalkan gadis ini selamat.

" Mari ikut akak balik dulu. Nanti kita fikirkan tempat tinggal yang sesuai untuk adik. Oh ya, nama adik siapa?"

" Saya Qaisara." Qaisara memandang wajah Mia, berjurai air matanya meleleh kerana ada yang sudi menghulurkan bantuan padanya. Qaisara akur dan mengikut Mia pulang kerumah.

Di rumah, Qaisara senyap sahaja, sepatah ditanya sepatah yang dia jawab. Mia juga tak mahu memaksa Qaisara menceritakan segala-galanya dalam masa terdekat. Mia mahu Qaisara berehat dan menenangkan fikirannya dahulu. Mia benar-benar kasihan melihat anak gadis terbiar begitu.

Qaisara baring di sofa setelah diberi makan. Kini diberi bantal dan selimut. Walaupun terasa selesa dan selamat namun hatinya gusar bagai ingin meletup. Ada perkara yang mengganggu ketenangannya yang membuatkan air matanya sekejap-sekejap mengalir. Kakak yang menolongnya tadi sudah masuk kebilik.

"Ibu! Ibu! Mana Ibu?" Suara dalam mimpinya mengganggu lenanya. Qaisara terjaga dari tidur sambil tercungap-cungap. Rupanya dia bermimpi, matanya terkebil-kebil. Qaisara cuba melelapkan matanya namun yang terdengar ditelinga hanya bunyi kipas siling berpusing. Qaisara pusing ke kiri dan kanan, ditariknya selimut. Terasa panas dia menolak selimut itu, Qaisara betulkan bantal dikepalanya, semua serba tak kena. Sehingga dia sendiri tak perasan bila dia benar-benar terlelap.

"Uwek! Uwek!! Uwekkk!"
Bunyi tangisan bayi membuat Qaisara terkejut. Qaisara berjalan ke arah bunyi tangisan bayi itu. Perlahan-lahan dia menghampiri tubuh kecil yang sedang tergolek di tepi jalan. Qaisara mengcangkung lalu memegang tubuh kecil itu dan menarik perlahan untuk melihat wajah bayi itu.

"Aaaaaaaaaa!!!" Qaisara termengah-mengah, rupanya dia bermimpi. Mimpinya begitu ngeri, bayi itu berdarah dan dihurung semut. Qaisara terus terduduk.

Mia terjaga mendengar jeritan Qaisara dan terus keluar dari bilik mendapatkannya. Mia menghampiri Qaisara.

"Kenapa? Mengingau ke?" Qaisara mengangguk-angguk kepala.

"Istighfar banyak-banyak, tadi sebelum tidur solat Isyak tak? Tu atas meja sana akak dah letak kain telekung dan juga sejadah." Qaisara geleng kepala.

"Kenapa? Datang bulan ya." Qaisara geleng kepala lagi. Mia mulai berkerut, dia berasa hairan kenapa budak ini tak boleh solat. Mungkin gadis ini tak diajar cara untuk bersolat atau dia memang tak dididik.

"Dah, dah... tidurlah semula. Kalau boleh, baca apa-apa surah yang adik tahu." Mia bangun dan dia berjalan perlahan untuk masuk ke dalam bilik semula.

"Kak, saya... saya tak boleh solat, baru lepas bersalin." suara Qaisara terketar-ketar. Kaki Mia terhenti, Mia mula berkerut tak faham. Dia berpusing semula mengadap Qaisara.

"Saya berdosa kak, saya dah buang bayi saya kat depan surau bangunan akak keja tadi."

"Astaghfirullahalazim... bila? Petang tadi? Kenapa kau tak cerita masalah kau? Kenapa kau ambil jalan singkat? Macam mana ni? Rasanya tak ada orang ke surau sebab petang tadi semua orang dah balik keja. Jap, akak salin baju kita ke sana." Mia terkejut dengan pengakuan Qaisara.

Mia tergesa-gesa bersiap, dalam kepalanya terlalu banyak yang difikirkan. Patutlah, Qaisara jalan seperti sakit perut. Patutlah tak boleh solat dan patutlah dia begitu sedih. Mia juga takut jika bayi itu kelaparan dan tak boleh diselamatkan, Mia cepat-cepat memandu kereta ke bangunan tempat kerjanya. Mia terus meluru turun tanpa menghiraukan Qaisara sebaik sahaja sampai dibangunan itu.

Dari jauh, Mia mengamati kalau ada dengar suara bayi menangis, hatinya semakin runsing kerana keadaan begitu senyap. Apalah nasib bayi yang tak berdosa tu, Mia benar-benar risau mengalahkan dia adalah ibu bayi itu.

Mia nampak tubuh kecil yang berbalut kain batik didepan pintu surau. Mia terus meluru ke arah bayi itu. Bayi itu diangkatnya, comel betul bayi tu. Bayi tu selamat, nasib baik tak dihurung ulat atau semut. Bayi tu menangis sebaik sahaja diangkat.

"Nah! susukan bayi ni cepat, dia lapar." marah Mia pada Qaisara. Qaisara menyambut dan menyusukan bayinya dengan air mata yang tidak berhenti-henti mengalir. Dia bersyukur kerana masih berkesempatan menjaga bayinya. Dia berjanji untuk menjaga bayinya dan tidak mahu melakukan dosa lagi.

Mia tiada pilihan, dia terpaksa menghantar Qaisara dan bayi tu ke rumah pengasih. Dia mahu Qaisara belajar selok-belok agama dan jadi orang berguna.

moralofstory : jauhi zina dan elakkan maksiat.

.sekian.

.Takziah : Seorang Lagi Rakan Blogger Telah Meninggalkan Kita.

Assalammualaikum.

Takziah untuk keluarga arwah hakim @ telordibasuh. Hari ni beliau telah pergi menghadap Ilahi kerana penyakit asma. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

aku dapat berita ni dari blog SK. selalu jugak aku jenguk blog beliau. rasa macam xpercaya pulak dia dah xde.

nak tau maklumat lanjut boleh rujuk

SINI

dan

SINI

marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah.

.al-fatihah.

. Selamat Hari Ibu Mama .

Assalammualaikum.

Selamat Hari Ibu Mama!
Mama adalah insan yang paling bermakna dalam hidupku.

Kerana Mama Yang Melahirkanku.
Kerana Mama Yang Membesarkanku.
Kerana Mama Yang Menjaga dan Merawatku sewaktu aku sakit.
Kerana Mama Yang Menyuap dan Menidurkanku.
Kerana Mama Yang Menasihati dan Mendoakanku.
Kerana Mama Yang Sentiasa Memeluk dan Menciumku.
Kerana Mama Selalu Disampingku disaat Susah dan Senang.
Kerana Mama Aku Berjaya hari ini.

Tak terbalas Jasamu Mama.
Kaulah Ratu Hatiku.

Doa untuk Mama.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Ya ALLAH Ya Tuhanku.
Rendahkan suaraku, perindahkan ucapanku, dan lembutkan hatiku untuk Mama.
Berilah Ia balasan sebaik-baiknya atas didikannya padaku.
Peliharalah Dia sebagaimana Dia Peliharaku.

Ya ALLAH Ya Tuhanku.
Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya.
Sebagaimana Dia mengasihaniku sejak kecil.
Murahkanlah Rezekinya dan panjangkan usianya.
Berilah Keberkatan Di Dunia Juga Akhirat dalam hidup kami sekeluarga.

Sesungguhnya Engkaulah Yang Memiliki Semua Kurniaan Maha Agung dan Engkaulah Yang Maha Pengasih diantara Semua Pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.

Mawar Untuk Mama.


.sekian.

. Cinta Perciciran .

Assalammualaikum.


Apa habaq semua. sihat ka? mudah-mudahan sihat lah ya. jom baca kisah sepupu ceq.

sekadar gambar hiasan. nak mampuih aku buh gambaq dia.

Kalau tengok sekali imbas, macam Lisa Surihani, Kalau tengok betul2 macam anak arab pun ada, memang cun memang cantik. Zulaikha memang berbangga dengan kecantikan dirinya. Bagi Zulaikha cukup bagi dia dengan hanya memiliki kecantikan yang semulajadi. Tak perlu belajaq tinggi, buat apa, nanti dah kawen ke dapuq jugak. Zulaikha memang tak kisah tercicir kat belakang, kalau pegang duit mesti tercicir duit, sampai dia digelar Zulaikha cicir.

Mmm.. orang nak cakap apa cakaplah, depa tu dengki dengan kecantikannya. Masalah cicir ni bagi dia bukannya besaq sangat. Bulan lepas sepupu kami kawen, sebaya pulak tu. Mak Zulaikha mula berletiaq dahlah tercicir dalam pelajaran, ni tak kawen2 pulak.

" Tu lah hang, sekarang dah tercicir, anak mak ngah hang tu yang kawen dulu, esok orang dah beranak pinak hang tu jadi anak dara tua pulak. "

Zulaikha awal2 lagi dah kemaskan baju nak kerumah mak ngah, nanti kalau lambat tercicir pulak dia kat belakang.

Riuh betul hari tu, semua saudara mara datang, semua puji kecantikan Zulaikha. Makin besaq makin cantik anak dara ni. Mak Haris memuji Zulaikha. Dari belakang mak Zulaikha hanya mencebik. Ini sudah baik. Peluangnya semakin terbuka. Zulaikha control cun hari tu, setiap langkah nya penuh berjaga-jaga agar tiada yang tercicir, bagi telur dekat orang bertandang pun perlahan-lahan, menampakkan kesopanan Zulaikha hari tu membuatkan ramai yang terpegun termasuklah Haris.

Mmm.. Petang tu setelah selesai kenduri Zulaikha bersandar tepi dinding mengadap ke TV. Penat betul rasanya, dekat luaq Haris dan sekumpulan lelaki sedang berborak. Sementara tunggu turn nak mandi, sesekali Zulaikha jeling ke arah Haris, tak silap lagi Haris jugak menjeling ke arahnya. Digentel2 kain tuala yang berisikan pakaian, Zulaikha rasa menggelabah sikit. Berdebar-debar hatinya.

" Hah! Zulaikha, bilik ayaq dah kosong, tadi kata nak mandi. "

Zulaikha bangun dengan teratur sekali. Dia terpaksa melintas di hadapan Haris. Makin berdegup jantungnya. Tiba-tiba langkahnya terhenti.

" Zulaikha! " Tak lain tak bukan itu suara Haris menyapa. Makin kencang turun naik dadanya. Zulaikha toleh ke belakang dengan senyuman paling menawan.

" Ni ada kain tercicir . " Haris mengangkat dan menghulurkan padanya. Suasana menjadi gamat dengan hilaian ketawa. Merah muka Zulaikha. Tak patut depa ni ketawa. Zulaikha terus lari masuk bilik mandi. Zulaikha menangis. Tapi memang tak patut Zulaikha cicirkan seluar keciknya. Mana taknya orang ketawa, bila fikir sekali lagi dia pun ketawa sendirian. Zulaikha keluaq dari bilik ayaq dengan muka selamba seperti takdak apa-apa yang berlaku. Sejak hari tu Zulaikha amat berhati-hati dengan sikapnya sendiri agar pisang tak berbuah dua kali.

Dua hari lepas, Zulaikha di pinang Haris. Tak sia-sialah seluar keciknya jatuh tercicir sehingga Haris tak boleh lupakannya.

* haha. malu giler! anda ada cite menarik, jom la kongsi!

.sekian.




 
design by mizzapple