.CP : Kenangan Bersama Guruku. Part : 5.

Assalammualaikum.

sambungan dari CP Part 4. jom baca kisah selanjutnya.

" Damia, Cikgu Riduan panggil di bilik guru ", kata Adeeb, ketua kelasku. Aku tergamam. Apa yang mahu dikatakan oleh Cikgu Riduan? Apakah dia mahu mengutuk dan mencari salah ku lagi? Otakku berputar ligat memikirkan apa yang dikehendaki oleh Cikgu Riduan.

Aku menatap wajah Cikgu Riduan. Terasa ada debaran kencang di jantungku. Aku cuba bersikap selamba. Aku cuba mengawal perasaan. Hanya Cikgu Riduan di bilik itu. Cikgu-cikgu yang lain barangkali sudah balik kerana hari itu hari akhir persekolahan.

" Damia Qumaira marah pada cikgu ", tegurnya. Ada nada mesra daripada ucapannya itu. Aku sedikit tersenyum sambil menggeleng. Tiba-tiba rasa benci yang cuba kutanam itu luntur sedikit-sedikit.

" Hadapilah peperiksaan dengan tenang. Cikgu mahu Damia berjaya. Cikgu sengaja selalu marah Damia, kerana cikgu mahu Damia bersungguh-sungguh." Dia bertutur dengan lembut. Berbeza sekali daripada waktu dia memarahi aku di dalam kelas.

Aku hanya duduk membisu.

Aku menjalani peperiksaan dengan tenang dan bersungguh-sungguh. Harapanku terlalu tinggi untuk lulus dengan cemerlang. Satu persatu kertas peperiksaan ku hadapi dan seterusnya dapat ku jawab dengan baik.

Waktu aku pulang selepas menghadapi kertas terakhir, aku dapati dua buah kereta tersadai di depan rumahku. Barangkali teman ayah, bisik hatiku. Aku masuk mengikut pintu belakang dan terus ke bilikku.

Aku tergamam apabila ibu menyatakan itu adalah rombongan Cikgu Riduan meminang aku. Tiba-tiba timbul benciku pada cikgu yang selalu memarahiku.

.bersambung.

**************************************************************************
* agak2 damia terima x pinangan Cikgu Riduan? *

. Bukan Satu Nokhtah .

.


Hidup satu kemungkinan
Satu titik di garisan
Adakala di atas
Adakala di bawah
Ia suatu perjuangan
Bersulam realiti dan khayalan

Di dalamnya penuh persoalan
Perlu jawapan
Perlu rasional fikiran
Tatkala ujian mendatang
Hidup seolah di ambang
Suram..
Kelam..

Hidup perlu pengorbanan
Bukan satu nokhtah
Lalu..
Susurilah dengan tenang
Setiap musibah
Aral yang melintang
Lihatlah..
Ada nur di kejauhan.

. Salam Maulidur Rasul .

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas baginda Nabi junjungan Muhammad s.a.w, sekalian ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, serta buat sekalian makhluk Allah yang wujud di muka bumi ini.

Sungguh tidak kita jangkakan bahawa masih lagi kita diberi kesempatan untuk berada dalam bulan yang mulia ini di mana tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah lahirnya seorang putera Abdullah yang telah membawa sinar dan harapan baru kepada semua makhluk Allah di muka bumi ini. Inilah satu hari yang bersejarah dalam episod umat islam di mana lahirnya Muhammad bin Abdullah putera Aminah dan cucu kepada Abdul Mutalib dan anak saudara kepada Abu Talib. Sebuah keluarga yang di pelihara rantaian keluarganya oleh Allah s.w.t. Baginda di utuskan untuk menyinari suatu zaman kegelapan iaitu Jahiliyah kepada suatu zaman pengabdian kepada Allah Yang Maha Esa iaitu Nur Islam.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda S.A.W. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi baginda S.A.W di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah S.A.W semakin jauh dari kita. Namun perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011 buat semua teman-teman blogger dan teman-teman seislam. Kita suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik dalam hidup kita. Marilah kita bermuhasabah diri dan sama-sama memperbaiki diri kita yang lemah ini. Jadikanlah Rasulullah dan Allah sebagai cinta sejati diri kita, kerana cinta itulah yang sebenar-benar cinta tulen dan sahih.



.sekian.

. Kisah Suami Yang Setia .


Assalammualaikum.

Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca talkin, si suami terus menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jaq seperti kebiasaan orang, malah terus disiram satu baldi.

Para hadirin merasakan tindak tanduk itu membayangkan betapa kasihnya si suami ini kepada isterinya. Ramai yang bercucuran air mata melihat senario romantik ini. Tak kurang juga ramai daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa bernasib baik arwah mendapat suami yang begitu setia dengan kasih sayang yang sedemikian rupa.

Namun bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula menimbulkan tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih menyiram air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi serta ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta sambil meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau memasang sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut.

Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan pada arwah yang teramat sangat.

Apabila ditanya, si suami menjawab :

" Arwah isteriku telah berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput atas kuburnya tumbuh. Itu sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh! ".

***************************************************************************
.haha.giler sengal punya suami.

.sekian.

. Say No To Valentine!!!.


بسم الله الرحمن الرحيم

Salamun 'ala manittaba'al huda.

Ya, dalam menuju bulan februari tahun ini, kita semua akan melalui 2 hari yang istimewa, antaranya Maulidur Rasul dan ehem2, Valentine's Day. Almaklumlah, jika disebut soal2 berkaitan agama memang kurang sikit sambutannya berbanding yang satu lagi tu. Jadi disini tersangat suka aku ingin memperingatkan kawan2 sekalian agar kita sama2 berjuang dengan betul2 hebat membasmi hari dimana berlakunya maksiat. Hari inilah dimana ramai gadis2 diluar sana akan terpedaya dan 'ter'perkosa oleh jantan2 buas diluar sana. Jadi saya menyeru wahai pendakwah2 sekalian agar MEMPERHEBATKAN lagi dakwah kalian dalam membendung gejala ini. Ayuh, peringatkanlah teman-teman diluar sana melalui sms, blogm facebook, twitter, media massa dan sebagainya. Jom kita perangi habis-habisan si kufar.

Sejarah Valentine Day ( valentine nama paderi ye. )

Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarahValentine's Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pasa pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270M. Beliau dianggap 'syahid' oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka. Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine's Day.


so SAY NO TO VALENTINE!!!

valentine-day-2

Sumber : tHe KaKaRocT

. Adakah anda sanggup berpoligami???.


Assalammualaikum.

Anda teringin sangat nak berpoligami? Tetapi sanggup ke isteri anda bermadu tiga? Berdebatlah dulu untuk mendapat jawapan yang meyakinkan. Jika tidak, silap haribulan anda bakal menjadi pencetus perang besar yang mana diakhirnya kekalahan pasti jatuh ke tangan anda. Ada berani?

Al-kisah seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

Suami : Lelaki kawin 3 barulah sah.

Isteri : Kenapa pulak?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga", isteri ( is three ). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural".

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular", dua atau lebih "Plural".

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh. tambah huruf "s" untuk yang plural.

Isteri : Betul tu. sama juga la untuk abang.

Suami : Macam mana pulak boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je kan?

Lepas dari tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.

***************************************************************************
.sekian.

. Angan-Angan .

Assalammualaikum.

Sebelum tidur memang tak sah kalau tak berangan. Tak kira la siapa pun, gerenti ada angan-angan. Bohong la kalau cakap xdak angan-angan.

.Budak-Budak.

Nak hebat macam superhero atau nak dapatkan segala jenis permainan yang ada. Kalau boleh kerja sekolah yang diberikan pun nak siap tanpa memegang buku.

.Remaja.

Dapat sambung belajaq di mana-mana Universiti walaupun keputusan SPM hampeh, menjadi top student, dapat kerja dekat Syarikat yang gah dan dapat menjadi pekerja ocntoh setiap tahun. Berhajat nak dapat pasangan persis model atau bertanggungjawab walaupun hampa sendiri berpewatakan tak semegah mana.

.Dewasa.

Yang miskin nak jadi kaya, yang kaya nak jadi lagi kaya. Yang dah berbini nak cuba-cuba tambah bini dan bini pulak harapkan suaminya terus setia serta bagi apa saja yang dia nak.

.Tua.

Dapat anak cucu yang tak menyusahkan dan sentiasa boleh diharap untuk menjaga diri dan hati, bukannya campak kat sana sini dengan alasan.. mak bapak dah besaq, pandai-pandailah jaga diri.

.Dalam Kubur.

Agaknya la, kalau dalam kubur pun boleh berangan mesti nak boleh jawab segala soalan kubur. Masa tu baru nak insaf segala perbuatan di dunia. Jawabnya! dah terlambat la.

akhir kata Selamat Menyambut Tahun Baru Cina pada yang menyambut. Ada ka blogger cina? ada la kot no. :)

.sekian.




 
design by mizzapple