.Bila aku Bersendirian.


Assalammualaikum.

Kekadang sesekali kita kena luangkan masa untuk bersiar-siar dan berjalan-jalan seorang diri. Ketika itu kita akan menilai diri kita. Bercakap didalam hati seorang, memandang gelagat orang didepan mata tapi jangan tenung orang, pndai-pandailah cover line. Kita akan rasa sunyi dan kekok bagi mereka yang selalu berteman. Bagi mereka yang single, memang dah biasa tak berteman jalan seorang diri ni dah menjadi asam garam hidup mereka dan pasti berangan untuk berteman kemana sahaja. Kalau tak dapat pasangan kekasih, kawan-kawan pun takpa untuk menemani mereka.

30 January 2011.

Hujung minggu, kawan-kawan sepejabat ajak outing sama-sama, main bowling dan makan-makan, aku dengan baik tolak pelawaan mereka. Hari ini aku nak berseorangan, nak jalan ikut langkah kaki dan nak perhati orang.

Aku memilih untuk berjalan di shopping complex sebab walaupun jalan seorang namun aku rasa berteman serta selamat sebab ramai orang. Kalau nak ke taman seorang diri memang tak berani, lebih-lebih lagi sekarang banyak kes rompak, peras ugut dan kes ' tuuut ' kat taman.

Aku masuk kedai baju niat dihati nak survey, kalau ada yang berkenan baru aku nak beli. Ada satu baju tu warna purple, cantik betul.
" Ya cik, boleh saya bantu? " kata pembantu kedai tu.
Aku pandang budak perempuan tu, aku senyum. Baru aku nak rasa kain baju dan belek-belek baju tu, potong stim betul. Aku senyum nak beredar ternampak pulak sepasang baju yang lagi menarik. Bila aku toleh kat tepi... Haik! minah nie ada kt sebelah aku tersengih. Mmm.. tak jadi aku nak tengok. Aku pun angkat kaki keluar dari kedai baju tu. Tarik nafas dan mencari kedai lain untuk diziarahi. Pembantu kedai nie memanglah tanggungjawab kerja depa, tapi janganlah sampai merimaskan pelanggan.

Best juga seorang ni, ikut hati sendiri je. Aku dan puas jalan-jalan, terasa letih, tekak rasa dahaga, perut rasa lapar. Aku pun singgah kedai makanan segera. Kalau perempuan bila dah jalan sendirian memang tak sah kalau tak diganggu lelaki-lelaki perasan handsome tapi aku buat derk je.

Sebenarnya, bukan ni aku nak cerita tapi ketika aku dalam supermarket. Aku masuk kedalam supermarket sebab nak beli buah epal untuk mengunyah dirumah nanti. Dari jauh aku dah nampak buah-buahan tersusun indah, wow! aku pun terus berjalan ke arah tempat buah, tak perasan terlanggar seorang lelaki.

" Woi! buat ka? saja ja langgar boyfriend orang. " Yang melenting marah aku bukan lelaki tu tapi sebelah dia. Aku diam je. Hish, takdelah aku terliur dengan boyfriend dia, yang aku terliur kt buah-buahan tu. Aku tak sengaja terpandang couple tadi, mmm... Menyampah! Perempuan tu saja ja tergedik-gedik dengan pakwe dia, pastu cakap kuat-kuat. Dia ingat aku hairan sangat dengan dia, pasti orang yang sedang membeli-belah kat situ pun rasa nak blah ja dari situ.

Lepas aku dah pilih buah-buahan dan menimbangnya, aku terpandang sudut makanan, aku nak pergi tapi yang tak bestnya pompuan tu dengan pakwe dia ada kt situ. Aku tengok jam, dah malam sangat ni. Kalau aku nak tunggu couple tu beredar, silap haribulan sampai nak tutup pulak shopping complex ni.

Jadi aku pun pergi ja kt situ. Pedulikan depa. Sampai kt situ aku nampak pompuan tu alih-alihkan harga makanan, dia alihkan harga yang mahal kepada yang murah. Kat situ pulak tak ada orang jaga, sedaplah dia buat projek. Pompuan tu ingat aku tak perasan agaknya.
Aku geleng kepala, dia perasan pulak aku geleng kepala.
" Ala, macam tak pernah buat, macam dia baik sangat. " pompuan tu cakap depan muka aku. Aku diam je, memanglah rasa untung bila barang mahal dapat harga murah tapi tidakkah dia terfikir makanan ni akan jadi darah daging. Aku biar ja, ikut hati nak ja aku report kt guard depan tu. mmm... tapi biarlah, aku malas nak masuk campur.

Huh! puas hati kau dapat jalan sorang-sorang. Bakul dah mula berat maka aku kena cepat-cepat ke kaunter pembayaran sebelum aku penuhkan lagi bakul ni. Tapi bila sampai kaunter aku tengak ada kecoh-kecoh. Aku pun kedepanlah nak tengok apa yang berlaku. menyibuk jap.

Aku tengok pompuan tadi tu dengan pakwe dia.
" Eh! manalah saya tahu! dah harga ni lekat sini, mana ada saya tukar price tag. " Terang pompuan tu pada dua orang didepannya.
Sorang tu guard kt situ, sebab pakai baju seragam guard, dan sorang lagi mungkin manager supermarket.
" Cik kak, kt situ ada kamera. bukannya kami menuduh tak berasas. " kata lelaki berseragam baju guard.
" Alaa.. tak berapa sen pun. letaklah harga mahal pun, aku mampu bayarlah. Cepat kira! " tengking pompuan tu. yang hairannya pakwe dia tu diam ja.

Hush! malu betul, semua orang tengok. lain kali buatlah lagi, setakat beza berapa sen bayar jelh, ni nak tukar harga. Bila pompuan tu terpandang aku ada kt kaunter, aku hanya senyum, lagilah dia tarik muncung panjang.

Setelah selesai membayar aku pun blah dari situ dan terus balik rumah.

.sekian.

.Selamat Tinggal.

Assalammualaikum.

Selamat tinggal pada sang fajar,
Yang membawa indahnya embun pagi,
Hingga sang mentari menerbangkan sejuknya menuju siang.

Selamat tinggal pada sang mentari,
Yang hadir seiring awan hitam yang menyelimuti langit,
Lalu menghilang seiring datangnya hujan yang membawa sang pelangi.

Selamat tinggal pada sang pelangi,
Yang membawa indahnya senja selepas hujan yang membasahi bumi,
Meski malam menghapus indahnya warna sang pelangi,
Bagaikan tangga menuju ke langit tujuh.

Selamat tinggal pada sang malam,
Yang membawa terbang ke alam mimpi bertemu sang bidadari,
Hingga sang fajar merekah merah di ufuk timur,
Sebagai petanda datangnya pagi.

*************************************************************************
Pada akhir kehidupan, sebuah putaran waktu yang membawa kita menuju satu episod hidup yang baru dengan meninggalkan satu episod sebelumnya. Beruntunglah bagi yang mampu belajar dari setiap episod kehidupan yang terlewat, kerana semuanya tidak pernah berulang kembali, melainkan atas kehendak-Nya.

.sekian.

. Award dari cik CT.

Assalammualaikum.

award nie dari cik CT

tq 4 this award. nice n simple.
buat susah2 je kasi award kt apple. apple menghargainya.
so, dengan itu apple tepek la kt sini. keke
tq again girl. (",)


nota : short entry.

.Kisah Bilik Terakhir dan Harta Karun.



salam readers.

Kisah ini berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil " Bilik Terakhir ". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan " Bilik Terakhir " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di Bilik Terakhir inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tersebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut, mereka mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan " Bilik Terakhir " itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01.00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya, ia mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua.

Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai didalam gua tersebut, alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun didalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

" Heyyyyyy manusiaaa!!!..
Jangan kau sentuh harta itu..

Hartaaaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaaaa!!!
" Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaa "
Ha Ha Ha Ha Ha Ha
Yaaaaaa..
Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa.. "

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

udah leeeee tuuuu..
peee buat keje..
hahaha..

.sekian.

.CP : Kenangan Bersama Guruku. Part : 4.

salam readers. sambungan CP dari Part 3. jom baca.

Tidak mungkin ada waktu yang begitu. Cikgu Riduan tidak pernah menerima yang baik daripadaku, melainkan sering mencari yang salah padaku. Lalu aku memutuskan untuk tidak mengikuti rombongannya itu.

" Rombongan ini wajib. Saya mahu kamu semua pergi, untuk melihat alam semulajadi. Kecualilah yang benar-benar berhalangan. Itu adalah kata perintah seorang guru. Adakah Cikgu Riduan sengaja berkata begitu bila melihat namaku tidak tercatat dalam senarai peserta? Aku tahu, ayah dan ibu juga suka bila mendengar lawatan ke alam semulajadi ini, dan mendorong aku supaya menyertainya.

Pada hari rombongan, aku membawa pulut berlaukkan sambal tumis udang, sedikit mee hoon dan sandwich.

Perjalanan itu memang menarik. Kami berjalan hingga sampai ke puncak. Waktu makan kami membuat beberapa kelompok.

" Cikgu, sambal tumis udang Damia Qumaira sedap, sinilah cikgu, " teriak Adam teman sekelasku. " Ya ke? '' sahut Cikgu Riduan.

Aku senyum malu. Dalam hati begitu berharap agar Cikgu Riduan merasa bekalanku. Biarlah cikgu puji sambal yang aku bawa ini sedap.

" Cikgu rasa bukan Damia yang masak, tapi tentu ibunya ", sahut Cikgu Riduan. Hatiku jadi terlalu sedih. Cikgu muda yang dalam diam telah mendebarkan hati ini rupanya benar-benar benci padaku.

Dalam diam aku pula mula menanam rasa benciku pada Cikgu Riduan. Benci sebencinya. Aku berazam akan hanya mendiamkan diri bila dikutuk atau dimarah oleh Cikgu Riduan.

Aku begitu bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran menjelang peperiksaan. Aku mahu mendapat kejayaan yang baik supaya dapat ku tunjukkan pada Cikgu Riduan nanti.

bersambung..

.Staff Penipu.



Seorang bos sedang menunggu staff-staffnya datang ke ofis untuk bermesyuarat. Bos itu sungguh marah kerana tiada seorang pun staffnya sampai ke ofis. Tiba-tiba kelihatan salah seorang staffnya berlari menuju pintu ofis.

Satff 1 : Bos! jangan marah dulu. saya boleh jelaskan kenapa saya lewat hari ini. saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas. saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda, sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh dan mati, saya berlari 10 km untuk sampai ke sini.

Bos tersebut amat hairan dan pelik dengan penjelasan staff tersebut tetapi membiarkan sahaja kerana beliau dapat datang jugak. seketika kemudian 8 orang staff datang dengan keadaan kelam kabut dan bos pun bertanya setiap seorang dari mereka kenapa mereka lewat.

Bos : Kenapa kamu lewat?

Staff 2 : Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. saya berlari untuk menaiki bas tetapi ia terlepas. saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda, sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh dan mati, saya berlari 10 km untuk sampai ke sini.

Bos itu pelik dan agak hairan dengan penjelasan staff tersebut tetapi dia telah melepaskan staff yang pertama dari apa-apa hukuman dan terpaksa juga melepaskan staff yang kedua itu. dan setiap staff yang ditanya mengapa mereka lewat dan penjelasan mereka juga sama dan akhirnya soalan ditujukan kepada staff yang ke 9.

Bos : Ha! kamu pula. apa pula penjelasan kamu?

Staff 9 : Saya ada janji temu tetapi ia selesai lewat. saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas. saya menaiki teksi tetapi..

Bos : Biar saya teka! [ bos menyampuk ] teksi tu rosak kan?

Staff 9 : Bukan. ada terlalu banyak bangkai kuda di tengah jalan. teksi langsung tak boleh bergerak.

*****************************************************************************
note : pada staff2 ofis. sila beri alasan yg kukuh sbb2 anda dtg lewat ke ofis ye! :)

.sekian.

.Aku Pergi!!.



maaf. gambar agak
seksi. sila abaikan gambar di atas.

Aku pergi.
Bukan untuk membawa diri.

Aku pergi.
Bukan untuk mencari ganti.

Aku pergi.
Bukan mencari cinta sejati.

Aku pergi.
Bukan kerana sakit di hati.

Aku pergi.
Bukan kerana patah hati.

Aku pergi.
sebab memang aku nak pergi.

Aku pergi.
Kerana niat di hati ingin mencari sesuatu yang damai di hati.

**************************************************************************
berapa banyak aku pergi da..

Aku pergi.
Hanya untuk...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.BERCUTI.

hoyeeey!! mengong sebentar.
tak sabarnye nak g bercuti.

***************************************************************************
.sekian.

.Kisah si Penjual Ubat dan Gempa Bumi.

.sekadar gambar hiasan.

Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya.

Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa pada tepat jam 11.30 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia pada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai orang, ada seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pakcik dan orang ramai yang membeli ubat tersebut terus memakannya untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. satu minit berlalu.. dua minit.. tiga minit.. hingga minit ke sepuluh. Pakcik tadi pun berteriak kepada penjual ubat tersebut.

Pakcik : Eh! Dah lama ni. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?

Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya!
Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!

*******************************************************************************
.sekian.

.Follower ke 1000.

maaf. gambar nie tiada kena mengena dengan entry. =p
note : sila buat muka comel sbelum baca ye. :)


salam readers. follower aku dah mencecah ke angka 1000. sungguh xsangka ramai gak yg sudi jd follower aku. tp kalau pikir2 balik sebab apa ampa jd follower aku eh? blog aku nie simple je, entry pulak tah hape2.

ampa jd follower aku nie ikhlas ke? ke saja2 nak menambah bilangan follower? ala, macam ayat biasa yang selalu ampa guna! i follow u, u follow me back. tak pun aku dah follow, follow aku balik! tak kisah la, yang penting ampa happy no.

ok! lupakan pasal follow memollow nie. entry nie khas untuk follower bertuah aku yang ke 1000.
jeng jeng jeng. siapakah gerangannya??

.
.
.
.
.
.

nie dia!!

cik aina .

sila terjah blog beliau. nak jadi follower pun boleh. rasanya beliau nie baru lagi kot dalam dunia berblogging nih. aku pun xbape nak kenal lg. lepas nie boleh la kenal2. tukar2 no tepon! ye cik aina? boleh x? keke

aku xdk award nak kasi kt ang, xdan ( xsempat ) nak buat. so aku buat entry yang simple nie jelh. akhir sekali, thnx sudi jadi follower aku n tolong jawab satu soklan untuk aku boleh?. pasaipa ang follow blog aku nih? nie soklan ja jgn ang pikir aku marah ang plak. hehe .
haaa!!! sila jawab ye! saja ja nak tau.

.sekian.




 
design by mizzapple