Kotak Jerit | Link Anda!!



.Harap Maklum.


Sila Tinggalkan Link Anda Disni!! (,")(",)




CP : Kenangan Bersama Guruku. P : 2.

salam readers. sambungan dari cerpen part 1.

" Damia Qumaira, cantik nama itu, saya suka ". Ucapan pertama perkenalan itu begitu menyentuh rasaku. " Saya baru habis belajar. Sekolah ini merupakan sekolah yang pertama saya bertugas ", jelasnya.

Aku rasa berdebar setiap kali bertentangan mata dengannya. Hari kedua, dia memberi tajuk karangan untuk diselesaikan. Aku tetap ingat tajuk bebas " pengalaman" itu.

" Damia Qumaira, cerita awak ini bagus, awak pandai mengarang, tapi mengapa ejaan awak banyak salah. Ejaan awak layak dan sama taraf dengan budak darjah enam ".

Nada suara itu selamba, tapi diikuti dengan pandangan yang begitu membenci. Ini benar-benar menyakiti hati. Itulah teguran pertamanya. Kepala bagaikan dihempap batu menerima teguran itu.

Sedu sedan masih belum dapat ku kawal. Air mata masih terus deras mengalir. Hari telah larut malam. Sederas air mata itu ingatanku menjelma.

" Cikgu baru tu smart ".
" Kau sukakan dia ke? "
" Tapi dia benci aku. Setiap yang aku lakukan salah belaka ".
" Tapi aku tahu dia suka kau ".
" Mana kau tahu ".
" Aku kan duduk sebelah kau, aku tengok bila kau tunduk, dia mesti tengok kau ".

Entah mengapa hatiku sedikit damai bila mendengar kata-kata yati, kawanku. Rasanya mahu aku menemuinya, mengapa dia begitu lancang mengutuk aku.

" Awak nie, Damia, pandai tapi malas ". Kata-kata itu seperti menjerut leherku dan susah bernafas. Hairan! aku rasa aku adalah antara pelajar yang rajin mengulangkaji pelajaran. Tapi itulah tuduhan yang harus aku telan. Apakah dia sengaja menyakiti hatiku?

bersambung..

. Award dari en. Mamat.



Assalammualaikum..

award nie dari en. mamat. tq sebab apple terpilih dari 90 orang penerima award nie.
apple sangat-sangat hargainya.


Pendapat apple tentang blog luahan hati.

  • blog yang simple
  • menarik sebab bnyk pengisian
  • ada puisi
itu saja kot apple dapat senaraikan. n tq again 4 award. apa pun blog awk memang best!

.sekian.

Award again!!

First!


salam readers. apple dpt award lg. nie ha award dari cik fa-zlyn
cam biasa la kena jawab soklan.

soalan

1. citerkumrsfaz.blogspot.com di mata kalian :
nama tuan punya blog nie fa-zlyn. muka dia ala2 cina gitu.

2. nama blog anda dan kenapa anda letak nama itu :
nama blog sy mizzapple. saya letak nama tu sebab saya suka makan apple.

3. nama URL blog anda dan dari mana datangnya idea tu :
http://appleohapple.blogspot.com time nak buat blog nie sy tgh makan apple. idea dtg dari si2 la. keh3

4. apakah kaedah dalam penulisan blog anda :
macam2.

5. apa perasaan anda bila tengok blog orang cantik & menarik sedangkan blog anda tidak :
teringin nak ada blog camtu.

6. bilakah blog anda diwujudkan :
Jun 2009. setahun lebih sudah.

7. siapakah orang pertama yang tahu dan menjadi follower blog anda :
alamak. xingat la pulak.

8. sila tag 5 orang lain untuk menerima anugerah dan pas kan syarat2 ini :

kudin nz
keen
nora

3 sudah yg selebihnya apple kasi kt pengunjung blog apple.


dan syarat2 sebelum ambk award nih adalah:
jawab soalan2 nih k!

1. mizzapple di mata kalian :
2. nama blog anda dan kenapa anda letak nama itu :
3. nama URL blog anda dan dari mana datangnya idea itu :
4. apakah kaedah dalam penulisan blog anda :
5. apa perasaan anda bila tengok blo
g orang cantek & menarik sedangkan blog anda tidak :
6. bilakah blog anda diwujudkan :
7. siapakah orang pertama yang tahu dan menjadi follower blog anda :
8. sila tag 5 orang lain untuk menerima anugerah dan pas kan syarat-syarat ini :

~sekian~

Second!

thnx zanna anugerah apple award nie.


award nie paling simple sebab xperlu jawab soklan. suka2. =p
so. apple nak kasi award nie kt member2 blogger yg the best la. hoho

biskut
along
cekmet

* pada yg kena tag. sila amek ye. tq *

26 November 1987???

Salam readers.

ada apa dengan tarikh 26 November 1987 nie?? hmm. korang rasa2 apa eh?? teka cepat. ala lambat la korang nie. meh la anak cucu cicit semua, nenek nak story. =p

sebenarnya tarikh tu adalah tarikh lahir insan yang pernah bertakhta dihati apple. hari nie lah hari lahir beliau. apple xde kesempatan nak ucap sendiri kt dia. perasaan sakit tu masih lagi terasa sampai sekarang. apple langsung xleh nak lupakan apa yang dia dh lakukan kt apple. apple xnk berdendam, so apple terima je dengan redha. n doa apple, apple harap dia bahagia bersama insan yang dia sayangi.

seandainya dia terbaca warkah nie, apple harap dia sedar akan kesilapan dia. apple xminta dia kembali tapi sekurang2 nya mohon la maaf untuk kali terakhir. n akhir kata, " SELAMAT HARI LAHIR MOHAMAD AINUDDIN ". MAY GOD BLESS U.

~sekian~

CP : Kenangan Bersama Guruku. P : 1.

Salam readers.

Tangisanku timbul lagi. Esakan bertambah menjadi. Wajah Cikgu Riduan dengan kumis tipisnya terbayang di mata. Adakah kerana aku bersalah maka begitu sekali kutukan Cikgu Riduan terhadapku?

" Damia Qumaira, awak tidak menjawab soalan yang saya kemukakan dengan tepat, saya beri awak markah kosong. " Lantang suara Cikgu Riduan.

" Saya suruh awak main bola sepak, awak main bola jaring, macam mana nak betul, sambungnya lagi, berkias ibarat.

Segala kata-kata itu begitu menyakitkan hati. Bagaimana mahu memujuk hati supaya jangan terlalu memikirkan cikgu muda yang berkulit cerah itu.

Sedu sedanku masih berterusan. Namun, aku cuba mengesatnya supaya tidak didengar oleh ibu dan ayah yang sedang berehat di ruang tamu. Adik-adik pula sibuk mengulangkaji pelajaran di perpustakaan kecil di rumahku yang bersebelahan dengan bilikku.

" Awak nie cerdik, tapi tidak pandai menggunakan kecerdikan itu, " suara Cikgu Riduan yang semacam membenci benar-benar menganggu. Air mataku terus mengalir setiap kali mengingati kata-kata Cikgu Riduan.

Tapaknya begitu teratur menuju ke meja guru di depan kelas. Reaksinya kemas, berseluar gelap, berbaju putih dan bertali leher gelap sesuai dengan seluarnya.

" Tampannya dia ", bisik hatiku. Untuk waktu sesedih ini pun aku masih mampu mengingati segalanya pada hari pertama kedatangannya.

Hatiku berdebar setiap kali mengingati cikgu itu. Mungkin sebagai manusia yang menempuh remaja, ada rasa asing terbentuk dalam diri aku pada guru muda itu.

bersambung.

Tahukah Anda???


Assalamualaikum semua sahabat blogger.

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca blog ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. Sentuh la telinga korang dgn siku sampai kena. Tak normal la korang maknanya. wuwu

.Minum Air Najis.


Assalammualaikum semua.

Di laluan pejalan kaki berhampiran sebuah hospital di Port-au-Prince, ibu negara Haiti, seorang wanita terbaring dalam keadaan yang sungguh melarat. Tanpa dibaluti sebarang pakaian, tubuh kurusnya mengerekot sementara tangan kanannya digunakan untuk melindungi dada yang terbuka.

Sirna matanya mengharap agar ada manusia yang sudi membawanya ke hospital untuk dirawat namun tiada siapa yang peduli dengan keadaan wanita berkenaan. Orang yang lalu-lalang hanya memandang dan terus pergi tanpa rasa belas. Alasannya, mereka tidak mahu dijangkiti oleh wabak pembunuh yang sedang merebak di negara itu.

Senario ini bukan kebiasaan di Port-au-Prince walaupun Haiti digelar negara paling miskin di Amerika Latin.

Air najis

Namun, sejak dua minggu lalu, wabak taun yang mula merebak menjadi mimpi ngeri kepada seluruh rakyat negara itu. Apa tidaknya, dalam tempoh sebulan, sudah lebih 1,000 nyawa menjadi korban.

Deretan bencana yang menimpa Haiti seolah-olah memberi petanda bahawa gelombang maut bakal tiba ke pulau tersebut. Bermula dengan Taufan Tomas yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh serta lebih 6,000 keluarga hilang tempat tinggal awal bulan ini.

Haiti juga hampir musnah dalam bencana gempa bumi yang meragut 250,000 nyawa dan mengakibatkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal Januari lalu. Musibah banjir baru-baru ternyata merumitkan lagi keadaan di Haiti. Kawasan pedalaman dikatakan terjejas teruk apabila sawah padi dan kawasan penempatan ditenggelami air sehingga menyukarkan mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Penduduk di kawasan luar bandar sangat bergantung kepada sungai sebagai sumber air untuk minuman dan pertanian disamping aktiviti harian spt memasak, membasuh dan mandi. Walaupun sudah dimaklumkan terdapat bakteria daripada najis manusia yang menyebabkan air sungai ini tercemar, mereka masih meminum airnya.

* kasihan betul tgk wanita 2. syukurlah kt malaysia belum ada musibah macam nie lagi. *

.Selamat Hari Raya Qurban.


Assalammualaikum semua rakan2 blogger.
kamu.

jaga diri kamu baik2 tau.
kalau kita dekat senang org nk jga kamu.
kamu jgn merayau kt mn2 tau.
kat luar tu sngt bahaya.
org syg sngt dekat kamu.
kalau kamu dh xde mesti org sngt sedih.
so, dengar la nasihat org nie.
jgn noty2 tau.

sb kamu tue.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

seekor LEMBU

wakakakaka.

kesian kamu kn. nti kamu terpaksa dikorbankan. wuwu

SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA RAKAN2 BLOGGER.
SEGALA SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFI.


bunga rampai direnjis wangi,
haruman kasih tetap dihati,
aidiladha kali nie amat beerti.
semoga kita dapat menginsafi diri.

Award again!!


Salam blogger. kali nie apple kena tag lagi dari 2 rakan blogger yang agak2 baru je kenal. ok. tanpa membuang masa jom layan tag2 kt bwh nie.

First!!



award nie dari eyka elisha
tengs kt cik eyka 4 the award.

7 BENDA PASAL DIRI KITA

♥ seorang yang pendiam. pemalu. ikt tempat n keadaan
♥ suka melukis. suka menconteng. tu mmg dh mnjadi tabiat. wewe
♥ seorang yang pembersih. rajin mengemas rumah. xsuka kotor
♥ seorang yang simple dari segala aspek. caya x?? woowoo

apa lagi eh?? ckup2 la 2. kunk cite lbeh2 korang bosan nti.

then kena tag la pulok!

ree
wawa
aida


Second!!
Tengs en. baulu bangkit kerna tag apple. hadoiii. kena jawab tag lagi. bagi tak menghampakan pada pengetag. so, apple kena jawab jgak le.

Let Know Something About Me!

apa benda paling penting dalam hidup anda?
kehidupan yang sempurna. my family. n all my friend.

benda terakhir yang korang beli pakai duit sendiri?
handphone le.

dimanakah tempat korang nak langsungkan perkahwinan & apakah tema korang?

hotel 5 bintang. wuwu
tema ala2 taman gitu. =p

berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
forever n ever.

novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?

dara dan nur.

antara mak ayah korang, mana yang lebih mesra?
dua-dua mesra.

namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?

bakal suami. keh3

adakah korang basuh baju korang sendiri?
yap. kdng2. tp slunye en. mesin.

dimanakah tempat korang betul2 nak pergi?

tempat yang paling indah dan nyaman.

pilih satu, peluk atau cium?
satu pun xmao!

beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?
xkenal pn spe en. baulu bangkit nie.
xkenal jgak
cmform mmg xkenal lh. haha

benda yang korang sayang dalam hidup korang?
smua yg apple miliki. ^^

5 lagu korang suka dengar?
maher zain - insyaallah
fotograf - luka seribu rindu
bnyk sbnrnya tp dpt huraikan 2 jelh.

5 blogger yang dipertanggungjawabkan utk jwb tag nih.

biskut
zanna
tomato

3 saje. yg slebihnya d'tujukan kt korang2 yg dtg blog apple.
yeh! da siap semuanya. korang jgn lupa amek ye.

jalan2 ditepi paya,
snggah mncari si ikan haruan,
sudah baca sila la amek ya,
jlnkan tanggungjwb yg d'berikan. ^^

Award Lagi!!


Assalammualaikum. tenkiu pada zana kerna beri award nie kt apple.

so, da dapat award kena jawab la kan.

1. Nickname untuk cik blog nie.
mizzapple

2. Ucapan untuk pemberi award.
terima kasih atas award nie walaupun blog apple nie simple je.

3. 6 Fav artis / singer / group yang diminati.
fahrin ahmad
faizal tahir
maher zain [ 3 cukup la eh ]

4. Tag award pada 10 rakan blogger / folower.
syafiq tengku
budak botak
baulu bangkit
iman
shima emma

yang selebihnya apple kasi kt korang yang slu kunjung blog apple. tq.

* pada rakan2 blogger yang kena tag. sudi2 kan la amek award nie ye. *

Dimana Letaknya Kecantikan Lelaki dan Kehebatan Wanita??


Assalammualaikum sahabat blogger semua.

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki???

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Dan dimana Kehebatan Wanita???

Kehebatan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang hebat adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kehebatan wanita berdiri di atas teguh iman. Seluruh kehebatan yang ada pada Khadijah adalah kehebatan sempurna bagi seorang wanita.

Sabda Rasulullah SAW: “ Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Nenek Tua Jadi Pengedar Dadah!!


Salam sahabat blogger. Banjir sudah melanda kedah n perlis. Pada yang tinggal b'dekatan sungai tu awasilah anak anda. jangan sampai dibawa arus sungai yang deras. yeh! topik ari nie. jom nengok story kt bwh.

lokasi : atas kerusi.
mood : banjir.
Seorang pesara berumur 87 tahun, Ola Mae Agee akan meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-88 di penjara selepas polis menangkapnya semasa dia mengedar dadah dari kediamannya. Agee dihukum penjara 18 bulan selepas juri sebuah mahkamah mendapati dia bersalah menjual dadah dari kediamannya.

Dia ditangkap selepas seorang anggota polis menyamar untuk membeli kokain berharga AS$24.10 (RM74.48) daripada nenek itu. Hukuman itu menyebabkan nenek tersebut bakal berumur hampir 90 tahun semasa dia berada di dalam penjara.

Nenek itu pernah mengaku salah pada Disember 1996 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk menjual, mengeluar dan menghantarnya.

* Nenek2. da tua2 pn masih jual menda yang tak berfaedah. insaf la nenek oi. =p *




 
design by mizzapple