PADA tahun 1985, rumah pasangan R o n dan May Hall yang tinggal di Yorkshire, England, hangus terbakar. Namun, sebuah lukisan budak menangis milik mereka langsung tidak terusik oleh api yang marak. Spekulasi lukisan itu menjadi punca kebakaran rumah pemilik-pemiliknya menjadikan misteri itu semakin menarik.
Budak lelaki dalam lukisan itu dikatakan seorang anak yatim piatu yang ibu bapanya mati dalam satu kebakaran. Bernama Don Bonillo, kanak-kanak tersebut berusia antara tiga hingga lima tahun ketika dia ditemui merayau-rayau oleh Bragolin di jalanan di Madrid.
Di mana saja Bonillo ditempatkan, kebakaran akan berlaku hingga dia digelar diablo atau syaitan. Sumpahan budak menangis di Yorkshire yang bermula pada September 1985 dikatakan ada kaitan dengan lukisan itu. Dan ia semakin menjadi-jadi apabila di Britain, versi lukisan itu dicetak secara komersial.
Menurut Punt, dia telah melakukan ujian di Building Research Establishment iaitu sebuah makmal berhampiran Watford yang melakukan ujian kebakaran bagi tujuan penyelidikan. Hasilnya agak mengejutkan. Api hanya membakar bahagian tepi beberapa keping lukisan budak menangis itu. Rahsianya? Lukisan itu diletakkan secara terbalik atau menghadap lantai sekali gus melindunginya daripada asap dan haba panas.
Sebuah lagi karya yang dianggap berhantu ialah sebuah lukisan yang dinamakan The Hands Resist Him. Ia dihasilkan pada tahun 1972 oleh seorang pelukis dari Oakland, California, Amerika Syarikat, Bill Stoneham.
Ia lukisan seorang budak lelaki berdiri di sebelah anak patung perempuan di hadapan pintu berpanel kaca yang berlatarbelakangkan tangan-tangan melekap di pntu kaca. Menurut Stoneham, budak lelaki itu ialah dirinya sewaktu berumur lima tahun manakala laluan pintu merujuk kepada garisan pemisah antara realiti dan mimpi.
Anak patung itu pula digambarkan sebagai pembimbing budak lelaki itu untuk melalui pintu di belakang mereka itu. Lukisan itu diposkan untuk dilelong menerusi laman eBay pada Februari 2000 dan tiba-tiba menjadi terkenal kerana misterinya. Bakal pembeli mendakwa karakter di dalam lukisan tersebut bergerak pada waktu malam dan kadangkala meninggalkan lukisan tersebut dan masuk ke dalam bilik yang mempamerkannya.
Menurut Stoneham, terdapat seorang pemilik galeri dan seorang pengkritik seni, mati dalam masa setahun selepas berurusan dengan lukisan itu.
*sekian dari epal*